OYO 89831 Sri Sena Hotel

Hotel
52, Tingkat Bawah Jalan Medan Niaga, Taman Seri Firdaus, Kangar, Perlis, Malaysia, 01000
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Sri Sena Hotel adalah sebuah hotel yang murah terletak di tengah-tengah bandar Kangar, Perlis. Ia adalah sebahagian daripada sebuah rumah kedai tiga tingkat, berdekatan dengan jalan utama di kawasan itu. Hotel ini merupakan pilihan yang baik sebagai tempat penginapan semasa becuti-cuti di Kangar terutama sekali bagi mereka yang mencari sebuah bilik penginapan dengan harga yang murah.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
WiFi

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
52, Tingkat Bawah Jalan Medan Niaga, Taman Seri Firdaus, Kangar, Perlis, Malaysia, 01000
Lobi OYO 89831 Sri Sena Hotel
Lobi 2 OYO 89831 Sri Sena Hotel

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai OYO 89831 Sri Sena Hotel

Sri Sena Hotel adalah sebuah hotel yang murah terletak di tengah-tengah bandar Kangar, Perlis. Ia adalah sebahagian daripada sebuah rumah kedai tiga tingkat, berdekatan dengan jalan utama di kawasan itu. Hotel ini merupakan pilihan yang baik sebagai tempat penginapan semasa becuti-cuti di Kangar terutama sekali bagi mereka yang mencari sebuah bilik penginapan dengan harga yang murah.

Bagaimana untuk ke Sri Sena Hotel

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Sri Sena Hotel terletak di tengah-tengah bandar Kangar, Perlis. Ia terletak dalam jarak radius dua kilometer dari pusat bandar. Perjalanan ke Sri Sena Hotel ini akan mengambil masa kira-kira lima minit untuk sampai ke Kangar dan sangat mudah dengan memandu. Memandu dari Kuala Lumpur pula akan mengambil masa hampir lima jam setengah untuk sampai ke hotel, melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Jarak antara ibu negara Malaysia ke Sri Sena Hotel hampir 500 kilometer.

Bagi mereka yang tidak mahu memandu selama itu, terdapat perkhidmatan bas ekspres yang boleh didapatkan dari Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur. Harga tiket bermula dari RM 47, untuk satu perjalanan selama enam hingga tujuh jam. Semua bas ekspres akan berhenti di terminal bas dalam bandar Kangar, hanya sepuluh minit dari hotel. Teksi boleh didapatkan di terminal bas tersebut yang akan membawa penumpang ke mana-mana sahaja tempat di bandar.

Bagi mereka yang lebih suka menggunakan penerbangan, lapangan terbang yang terdekat dengan bandar Kangar adalah Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar, Kedah. Perlis tidak mempunyai lapangan terbang sendiri. Lapangan terbang ini terletak hampir 50 kilometer dari hotel. Lapangan terbang itu hanya mengendalikan beberapa destinasi domestik iaitu dari Kuala Lumpur dan Johor Bharu. Pemanduan dari lapangan terbang ke Sri Sena Hotel akan mengambil masa kurang dari satu jam.

Pilihan Bilik di Sri Sena Hotel

Sri Sena Hotel hanya mempunyai dua jenis bilik. Jenis bilik yang pertama adalah bilik Standard yang mempunyai sebuah katil ukuran queen. Bilik Standard ini adalah sebuah bilik kecil yang selesa dan masih boleh memuatkan dua orang dewasa dengan selesa. Harga bilik ini bermula dari hanya RM 105 untuk malam. Jenis bilik yang seterusnya adalah bilik Deluxe. Ia sedikit lebih besar daripada bilik Standard, pada 12-meter persegi. Bilik Deluxe juga dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz queen dan bermula pada harga RM 120 untuk malam. Memandangkan Sri Sena Hotel ini menawarkan bilik-bilik asas sahaja, tidak banyak kemudahan yang tersedia di dalam bilik. Kemudahan asas dalam semua bilik dilengkapi dengan satu set pembuat kopi/teh, beberapa air botol percuma dan sebuah televisyen berskrin rata. Terdapat juga sebuah meja di dalam bilik. Semua bilik di Sri Sena Hotel lengkap dengan panyaman udara sepenuhnya.

Bilik mandi peribadi di setiap bilik di hotel ini mempunyai pancuran mandian air panas, tandas dan beberapa helai tuala untuk kegunaan dalam bilik. Kelengkapan mandi yang lain tidak disediakan oleh hotel.

Semua bilik mempunyai akses ke sambungan Wi-Fi percuma dari hotel, tetapi kekuatan sambungan dan kelajuannya boleh menjadi sangat lambat disebabkan oleh bilangan orang yang menggunakan perkhidmatan tersebut pada satu-satu masa.

Restoran dan Kafe di Sri Sena Hotel

Sri Sena Hotel tidak mempunyai restoran atau kafe di bangunannya. Walau bagaimanapun, terdapat banyak restoran yang terletak berdekatan. Terdapat juga sebuah kedai serbaneka di depan hotel.

Kemudahan dan Aktiviti di Sri Sena Hotel

Sri Sena Hotel menyediakan beberapa kemudahan untuk membuatkan tetamu rasa lebih selesa dan menyenangkan sepanjang tinggal di hotel tersebut. Sri Sena Hotel mempunyai meja depan yang beroperasi 24 jam sehari bagi memudahkan pendaftaran masuk dan keluar lebih mudah. Terdapat tempat letak kereta yang terletak berhampiran dengan hotel. Tempat letak kereta ini berada di tepi jalan dan keselamatan kenderaan adalah bawah tanggungjawab sendiri. Sebahagian daripada tempat letak kereta mempunyai kemampuan untuk menampung keperluan mereka yang berkerusi roda. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan bagi tetamu hotel yang meletakkan kenderaan mereka di tempat letak kereta tersebut.

Tempat Menarik berhampiran Sri Sena Hotel

Muzium Kota Kayang -

Muzium Kota Kayang adalah satu-satunya muzium negeri di Perlis. Ia terletak di kawasan Bukit Kayang, hanya 12 minit jauhnya dari Sri Sena Hotel. Bangunan Muzium Kota Kayang sendiri mempunyai banyak sejarah selain daripada pelbagai jenis barangan dan artifak yang dipamerkan di dalam muzium. Sebelum bangunan tersebut menjadi sebuah muzium, pada mulanya ia dibina sebagai sebuah tempat kediaman keluarga, milik menteri kanan Perlis abad ke-19, Raja Syed Salim. Pada tahun 1991, bangunan itu dirobohkan, dibina semula dengan rupa bentuk yang sama dengan bangunan asal, dan diubah sepenuhnya untuk menjadi sebuah muzium milik negeri Perlis. Muzium Kota Kayang ini dipenuhi dengan pelbagai jenis artifak, seni dan hasil tangan dengan pengaruh Islam dari Perlis dan Kedah serta pelbagai lagi barangan yang dimiliki oleh keluarga diraja. Tiada bayaran masuk yang dikenakan untuk melawat Muzium Kota Kayang.

Semua Kemudahan

Lobi OYO 89831 Sri Sena Hotel
Lobi
Luar Bangunan OYO 89831 Sri Sena Hotel
Luar Bangunan

Perkhidmatan Hotel

  • Daftar masuk ekspres
  • Daftar keluar ekspres
  • Meja depan
  • Pesanan bilik waktu terhad
  • Kakitangan berbilang bahasa

Kemudahan Dalam Bilik

  • Kabel TV
  • Pancuran mandi
  • TV

Umum

  • Penyaman Udara
  • Bilik larangan merokok

Kemudahan Internet

  • WiFi percuma

Kemudahan Umum

  • WiFi di kawasan umum

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting
Ingin daftar masuk di luar waktu penerimaan tetamu (waktu awal pagi atau lewat malam)? Sila hubungi pihak penginapan secara terus untuk pengaturan daftar masuk.

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
14:00 - 19:00
Daftar keluar:
01:00 - 12:00

Deposit

Deposit 0 diperlukan semasa daftar masuk. Penginapan ini menerima wang tunai dan kad debit.

Dasar Tambahan

Hotel will collect minimum amount of deposit upon arrival from guest. Amount of deposit is subject to changes.

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
14:00 - 19:00 - 01:00 - 12:00

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di OYO 89831 Sri Sena Hotel?
Berikut facilities yang ada di OYO 89831 Sri Sena Hotel seperti AC, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di OYO 89831 Sri Sena Hotel?
Masa check-in di OYO 89831 Sri Sena Hotel bermula dari 14:00 - 19:00 manakala masa check-out ialah pada 01:00 - 12:00

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 18 ulasan tetamu yang disahkan
7.8
Menyenangkan
Hebat
4
Bagus
7
Memuaskan
3
Biasa
4
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan

Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...

All
staf mesra (1)
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
Zb
Zuraini b. H.
Backpacking
9.7
/ 10
07 May 2018
Mesra ... bersih air panas / sejuk untuk tetamu
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

FM
Farhan M. F.
9.4
/ 10
01 May 2017
besar dan bersih .. terima kasih untuk perkhidmatan
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

MF
M Firman H.
8.7
/ 10
16 May 2018
Pengalaman pertama di Perlis, boleh menjadi hotel yang dari segi kemudahan baik-baik saja, katil dan bilik mandi sangat baik, aircond baik. Saiz bilik adalah sangat kecil.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

sr
siti r. a. r.
Percutian Keluarga
8.5
/ 10
17 Jun 2018
Daftar masuk mudah, mudah mendaftar keluar, wifi yang kuat. Kelemahannya adalah bahawa bilik itu tidak kalis bunyi, boleh mendengar bunyi dari luar.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

NA
Norfaizha A.
Perjalanan Perniagaan
6.8
/ 10
27 Jul 2017
Kakitangan ramah. Tetapi mereka mungkin perlu sentiasa menukar / membasuh katilnya.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

SS
Sayful S.
Percutian Keluarga
6.4
/ 10
10 Sep 2018
Wifi tidak disediakan oleh hotel ini
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

TH
THINH H. B.
6
/ 10
07 Sep 2018
WiFi tidak berfungsi semasa menginap 4 malam, hotel tidak membaikinya. Tiada siapa pun yang membersihkan bilik.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

KK
Kesavan K.
Percutian Keluarga
4.5
/ 10
24 Apr 2017
Perlu untuk meningkatkan perkhidmatan banyak bilik mesti mempunyai peralatan yang betul Mesti mempunyai kebersihan meningkatkan
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

An icon button
1
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Lobi 4 OYO 89831 Sri Sena Hotel

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved