Swiss-Garden Hotel Melaka terletak di tengah-tengah pusat bandar bersejarah Melaka. Walaupun bandar itu mempunyai gabungan budaya dan sejarah yang berabad-abad lamanya, namun hotel ini menawarkan para tetamu sebuah penginapan dari dunia moden yang disertai dengan kemewahan dan keselesaan. Hotel ini terletak ideal menghadap zon Warisan Dunia Melaka yang diperakui oleh UNESCO dan membolehkan para tetamu mendapat akses mudah ke beberapa tarikan terbaik di Melaka termasuk Jonker Street yang hanya 15 minit berjalan kaki dari hotel. Selain itu, para tetamu juga dapat menikmati pemandangan Sungai Melaka yang mengalir di sekitar hotel, menghadap ke kampung Melayu tradisional iaitu Kampung Morten.
Hotel ini terletak dengan strategik di pusat Melaka yang menghadap zon Warisan Dunia Melaka serta Jalan Jonker. Oleh kerana hotel ini adalah bangunan yang tertinggi di bandar itu, anda pasti tidak akan sesat. Hotel ini boleh diakses dengan bas, teksi dan kereta. Stesen Bas Melaka hanya terletak 4 km dari hotel dan dari sana, anda boleh memilih untuk pergi ke hotel dengan sama ada teksi atau dengan menyewa kereta sendiri.
Hotel ini juga menyediakan tetamu dengan perkhidmatan pengangkutan ke lapangan terbang supaya anda tidak perlu bimbang untuk mendapatkan pengangkutan sendiri ke hotel.
Hotel ini menawarkan para tetamu 630 bilik secara keseluruhan dengan dua jenis bilik yang berbeza mengikut pilihan tetamu, keselesaan serta bilangan tetamu yang menginap.
Pertama adalah Bilik Deluxe yang berukuran 32 meter persegi dan menawarkan keselesaan mewah kepada para tetamu. Dihiasi dengan warna yang sejuk, bilik ini juga dilengkapi dengan beberapa kemudahan untuk kegunaan dan keselesaan para tetamu. Televisyen LED adalah salah satu kemudahan yang dilengkapi di dalam bilik dengan saluran satelit serta sambungan ke internet berkelajuan tinggi, Wi-Fi yang membolehkan tetamu tetap berhubung sepanjang penginapan mereka. Bilik ini juga mempunyai penyaman udara untuk keselesaan penginapan anda. Dengan harga bermula dari RM 587.25 setiap malam, ini pasti bilik yang ideal untuk anda menikmati percutian anda di Melaka.
Seterusnya adalah Executive Suite yang disediakan untuk para tetamu demi pengalaman mewah di hotel ini. Suite ini mempunyai ruang tamu yang bergaya dan moden dilengkapi sebuah ruang makan serta beranda yang menghadap pemandangan bandaraya Melaka yang menakjubkan. Bilik ini luas dengan 55 meter persegi ruang, dihiasi dengan warna bertona sejuk supaya penginapan anda selesa seperti yang diingini. Bilik ini juga berhubung dengan sebuah bilik Deluxe Twin, jika anda datang dengan keluarga besar atau rakan-rakan.
Untuk tetamu yang menginap di hotel, hotel mewah ini menawarkan anda akses ke restorannya. Garden Terrace menawarkan masakan tempatan dan barat yang terbaik dengan pemandangan kampung tradisional Melayu, Kampung Morten serta Sungai Melaka. Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 6.30 pagi hingga 5 petang dan juga menyediakan perkhidmatan hidangan ke bilik 24 jam.
Jika anda ingin menikmati makan malam anda dengan tema romantis dengan pasangan anda, anda dialu-alukan untuk mengakses Sky Garden yang terletak di tingkat 30 menara hotel. Dibuka setiap hari dari jam 5 petang hingga jam 1 pagi, ini adalah tempat jika anda ingin menikmati permandangan matahari terbenam serta pemandangan malam bandaraya Melaka yang menghadap ke Selat Melaka. Suasana ini pasti akan membolehkan anda menikmati makan malam romantis dengan pasangan anda.
Hotel ini bersesuaian dengan reputasinya menyediakan tetamu dengan segala-galanya untuk keselesaan anda bagi penginapan yang ideal. Dilindungi dengan keselamatan 24 jam, keselamatan anda bukanlah satu perkara yang perlu dipertikaikan. Hotel ini juga menyediakan tetamu dengan tempat meletak kereta bertutup bagi mereka yang datang dengan kereta mereka sendiri. Juga, para tetamu boleh berenang di salah satu daripada dua kolam renang bersaiz Olimpik atau bersenam di gimnasium yang disediakan. Jika tidak, terdapat juga kolam renang indoor. Untuk tetamu dengan kanak-kanak, terdapat sebuah taman tema air mini di tingkat 9 yang menghadap ke bandar. Bagi tetamu Islam, ada ruang sembahyang atau surau yang disediakan. Untuk tetamu yang ingin mempunyai aktiviti sukan waktu malam, hotel ini juga menyediakan gelanggang bola keranjang serta gelanggang tenis.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan bermula 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan penduduk tetap Malaysia. Sila sedia maklum bahawa hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025, Kerajaan Negeri Melaka mengenakan Yuran Cukai Warisan wajib MYR 5.00 setiap bilik yang diduduki setiap malam untuk semua penginapan hotel. Yuran ini boleh berubah tanpa notis terlebih dahulu. Yuran ini akan dikutip oleh hotel semasa ketibaan tetamu.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 15:00 - Sebelum 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |
Bilik tersedia di Swiss-Garden Hotel Melaka | 306 |
Bilangan tingkat di Swiss-Garden Hotel Melaka | 30 |
Fasilitas lain di Swiss-Garden Hotel Melaka | Restoran dengan penyaman udara, Makan malam a la carte, Makan tengah hari a la carte, Sarapan, Sarapan bufet |