Hotel Tai Ichi Bukit Bintang

Hotel
No. 78/80, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia, 55100
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Hotel Tai Ichi Bukit Bintang adalah tempat penginapan yang baik bagi mereka yang menginginkan persekitaran yang selesa pada harga yang berpatutan. Hotel ini telah menawarkan perkhidmatan bagus kepada para tetamu mereka. Bilik-bilik di hotel ini sentiasa bersih dan dijaga rapi. Selain itu, mereka juga telah menyediakan beberapa kemudahan untuk tetamu mereka. Tambahan pula, lokasi hotel ini sangat baik kerana ada pengangkutan awam yang berdekatan dengan hotel ini. Para pelancong boleh menaiki pengangkutan awam untuk pergi ke beberapa tempat yang menarik di Kuala Lumpur.
Pemenang Traveloka Hotel Awards 2020: Pengalaman Terbaik

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Restoran
Meja Depan 24 jam
Lif
WiFi

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
No. 78/80, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia, 55100
Lobi Hotel Tai Ichi Bukit Bintang
Lobi 2 Hotel Tai Ichi Bukit Bintang

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Hotel Tai Ichi Bukit Bintang

Hotel Tai Ichi Bukit Bintang adalah tempat penginapan yang baik bagi mereka yang menginginkan persekitaran yang selesa pada harga yang berpatutan. Hotel ini telah menawarkan perkhidmatan bagus kepada para tetamu mereka. Bilik-bilik di hotel ini sentiasa bersih dan dijaga rapi. Selain itu, mereka juga telah menyediakan beberapa kemudahan untuk tetamu mereka. Tambahan pula, lokasi hotel ini sangat baik kerana ada pengangkutan awam yang berdekatan dengan hotel ini. Para pelancong boleh menaiki pengangkutan awam untuk pergi ke beberapa tempat yang menarik di Kuala Lumpur.

Bagaimana untuk ke Hotel Tai Ichi Bukit Bintang

Hotel Tai Ichi Bukit Bintang terletak di No.78/80, Jalan Bukit Bintang, 55100 Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Bagi para pelancong yang menaiki pesawat, lapangan terbang yang terdekat ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 dan 2. Sebaik sahaja mereka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, terdapat beberapa teksi disediakan untuk para pelancong. Mereka boleh mengambil teksi terus ke hotel. Laluan terpantas untuk ke hotel ini adalah dengan menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur- Putrajaya (E20). Para pengunjung akan melalui tol di lebuh raya ini. Perjalanan untuk ke Hotel Tai Ichi Bukit Bintang akan mengambil masa selama 58 minit.

Pilihan Bilik di Hotel Tai Ichi Bukit Bintang

Terdapat 4 jenis bilik di Hotel Tai Ichi Bukit Bintang. Antaranya ialah Bilik Double Deluxe, Bilik Twin Deluxe, Bilik Triple dan Bilik Super Deluxe. Untuk Bilik Double Deluxe, ia mempunyai saiz sebesar 12 meter persegi dan mereka mempunyai katil Queen untuk 2 orang. Selain itu, hotel ini juga telah menyediakan banyak kemudahan bilik seperti meja, bar mini, air botol percuma, peti keselamatan peribadi, televisyen skrin rata, pembuat kopi atau teh dan penghawa dingin. Di bilik mandi pula, hotel ini telah menyediakan peralatan mandian untuk para tetamu dan mereka dapat menikmati bilik mandian pancuran. Para tetamu juga boleh mendapatkan Wi-Fi percuma dengan mudah di bilik ini. Walau bagaimanapun, sarapan tidak termasuk dalam pakej bilik ini. Oleh itu, jumlah harga bilik ini ialah RM 166 untuk satu malam termasuk caj servis dan perkhidmatan.

Bagi Bilik Twin Deluxe, saiz bilik ini adalah 12 meter persegi dan ia mempunyai 2 katil bujang yang untuk 2 orang tetamu. Terdapat beberapa kemudahan dalam bilik yang disediakan oleh hotel ini. Antaranya adalah penyaman udara peti keselamatan peribadi, televisyen skrin rata, air botol percuma, meja dan pembuat kopi atau teh. Hotel ini juga menyediakan peralatan mandian percuma kepada para tetamu mereka. Para tetamu juga dapat menikmati pancuran mandian yang terdapat dalam bilik mandi. Selain itu, para tetamu boleh mengakses Wi-Fi secara percuma di bilik mereka dan mereka boleh menikmati sarapan yang telah disediakan oleh hotel ini. Oleh itu, jumlah bayaran untuk pakej bilik ini ialah RM 166 untuk satu malam termasuk caj servis dan perkhidmatan.

Seterusnya ialah Bilik Triple. Bilik ini mempunyai saiz sebesar 15 meter persegi dan katilnya adalah 1 katil Double dan 1 katil bujang yang boleh memuatkan hingga 3 orang tetamu sahaja. Bagi kemudahan bilik, hotel ini telah menyediakan peti keselamatan peribadi, meja, penyaman udara, air botol percuma dan televisyen skrin rata. Di bilik mandi, ia telah dilengkapi dengan air pancuran dan peralatan mandian untuk para tetamu. Selain itu, para tetamu juga boleh mendapatkan Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Bagi pakej bilik ini, hotel ini telah menyediakan sarapan kepada tetamu mereka. Oleh itu, jumlah kos bilik ini adalah RM 155 untuk satu malam termasuk caj servis dan perkhidmatan.

Akhir sekali ialah Bilik Super Deluxe. Bilik ini mempunyai 2 katil bersaiz Queen yang boleh memuatkan 4 orang tetamu sahaja. Seterusnya, saiz bilik ini adalah 12 meter persegi. Terdapat banyak kemudahan dalam bilik yang telah disediakan untuk para tetamu. Antaranya adalah air botol percuma, bar mini, meja, peti keselamatan dalam bilik, cerek elektrik, penghawa dingin dan televisyen skrin rata. Di bilik mandi, para tetamu boleh menikmati pancuran mandian dan peralatan mandian akan diberikan kepada para tetamu. Selain itu, para tetamu juga bepeluang untuk mengakses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Tambahan pula, mereka boleh menikmati sarapan percuma yang telah disediakan oleh pihak hotel. Oleh itu, jumlah harga untuk pakej bilik ini adalah RM 244 untuk satu malam termasuk caj servis dan perkhidmatan.

Restoran dan Kafe di Hotel Tai Ichi Bukit Bintang

Terdapat sebuah restoran yang menyediakan hidangan sarapan pagi di Hotel Tai Ichi Bukit Bintang. Para tetamu dapat menikmati pelbagai jenis hidangan yang telah disediakan oleh restoran ini. Restoran dan kafe lain yang berhampiran dengan hotel termasuk The Saffron Restaurant, Express Teppanyaki, Gasoline Kafe, Reggae Bar Changkat dan BB Hailam Chicken Rice.

Kemudahan dan Aktiviti di Hotel Tai Ichi Bukit Bintang

Hotel Tai Ichi Bukit Bintang telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan untuk para tetamu mereka. Terdapat servis bilik 24 jam disediakan untuk para tetamu. Kakitangan hotel ini juga sentiasa bersedia untuk membantu tetamu mereka sekiranya para tetamu memerlukan bantuan daripada mereka. Selain itu, hotel ini telah menyediakan Wi-Fi secara percuma di kawasan awam supaya para tetamu dapat sentiasa berhubung dengan keluarga dan sahabat mereka. Para tetamu juga boleh menyimpan barang-barang mereka di dalam simpanan bagasi yang turut disediakan oleh hotel. Hotel ini juga mempunyai kaunter penyambut tetamu selama 24 jam bagi para tetamu yang ingin membuat daftar masuk atau keluar. Selain daripada servis bilik, para tetamu juga boleh menghubungi penyambut tetamu sekiranya mereka memerlukan bantuan.

Tempat Menarik berhampiran Hotel Tai Ichi Bukit Bintang

Alor Street -

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis makanan yang perlu dicuba oleh pelancong asing. Alor Street adalah salah satu destinasi makanan yang harus mereka lawati. Terdapat banyak gerai penjaja yang menjual pelbagai jenis hidangan. Para pelancong juga berpeluang untuk menikmati makanan terbaik di Malaysia pada harga yang lebih murah. Selain itu, mereka juga boleh mencuba hidangan makanan laut di restoran Cina. Bagi mereka yang ingin membeli makanan di Alor Street, tidak banyak gerai yang dibuka pada siang hari kerana kebanyakannya dibuka pada waktu malam. Selain daripada makanan,ramai pelancong asing suka berkumpul di tempat ini kerana mereka dapat belajar tentang budaya Malaysia. Bagi mereka yang ingin ke Alor Street, perjalanannya mengambil masa selama 3 minit dengan berjalan kaki dari hotel.

Plaza Low Yat -

Pada tahun 2009, Plaza Low Yat telah mendapat gelaran sebagai ” Malaysia’s Largest IT Lifestyle Mall”. Plaza Low Yat adalah tempat yang harus dikunjungi bagi orang yang ingin mencari produk IT seperti telefon pintar, komputer riba dan banyak lagi. Para pembeli juga boleh mendapatkan beberapa produk IT pada harga yang terbaik. Selain daripada kedai IT, terdapat sebuah medan selera yang besar disediakan untuk para pengunjung. Walau bagaimanapun, medan selera akan dikunjungi oleh ramai orang ketika waktu makan tengahari. Bagi mereka yang berminat untuk melihat produk-produk IT, mereka boleh berkunjung ke Plaza Low Yat dengan hanya 2 minit berjalan kaki dari Hotel Tai Chi Bukit Bintang.

Stesen Monorel Bukit Bintang -

Stesen Monorel Bukit Bintang terletak di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Para pelancong boleh menerokai kawasan Bukit Bintang dengan mudah kerana terdapat stesen kereta api yang berhenti di tempat tarikan pelancong ini. Bukit Bintang adalah syurga membeli-belah bagi penduduk tempatan dan pelancong asing. Terdapat beberapa pusat membeli-belah yang boleh dikunjungi. Antaranya ialah Pusat Membeli-Belah Lot 10, Sungai Wang, Pavilion KL dan Changkat Bukit Bintang. Para pelancong yang datang dari hotel boleh berjalan kaki ke Stesen Monorel Bukit Bintang dengan mengambil masa selama 3 minit. Selain itu, jarak antara hotel dan stesen ini adalah 0.20 km.

Stesen Monorel Imbi -

Stesen Monorel Imbi terletak di Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Terdapat beberapa tempat tarikan berhampiran stesen ini. Antaranya ialah Berjaya Times Square, Plaza Low Yat dan Plaza Sungai Wang. Tempat-tempat ini adalah tempat yang disyorkan untuk para pelancong yang sedang bercuti di Kuala Lumpur. Terdapat juga beberapa kedai yang menjual pelbagai jenis barangan dan mereka telah menjual barangan mereka pada harga yang murah. Perjalanan dari Hotel Tai Ichi Bukit Bintang ke Stesen Imbi Monorail hanya mengambil masa selama 5 minit dengan berjalan kaki.

Semua Kemudahan

Lobi Hotel Tai Ichi Bukit Bintang
Lobi
Luar Bangunan Hotel Tai Ichi Bukit Bintang
Luar Bangunan
Bilik Tidur Hotel Tai Ichi Bukit Bintang
Bilik Tidur
Restoran Hotel Tai Ichi Bukit Bintang
Restoran

Kemudahan Umum

  • Lif
  • Pesanan bilik 24 jam
  • Restoran sarapan pagi
  • Pesanan bilik
  • Peti keselamatan
  • WiFi di kawasan umum

Kemudahan Dalam Bilik

  • Kabel TV
  • Kaunter
  • Pancuran mandi
  • TV

Umum

  • Penyaman Udara
  • Bilik keluarga
  • Bilik larangan merokok

Perkhidmatan Hotel

  • Meja depan
  • Penyambut tetamu 24 jam
  • Penyimpanan bagasi

Makanan dan Minuman

  • Sarapan Eropah

Kemudahan Internet

  • Internet LAN

Kemudahan OKU

  • Pembolehcapaian mudah

Kemudahan Berhampiran

  • Kedai

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 14:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00

Instruksi Daftar Masuk Umum

-

Dasar Tambahan

-

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Lif, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 14:00 - Sebelum 12:00
Ketersediaan Sarapan
Ya

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Hotel Tai Ichi Bukit Bintang?
Berikut facilities yang ada di Hotel Tai Ichi Bukit Bintang seperti AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Lif, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Hotel Tai Ichi Bukit Bintang?
Masa check-in di Hotel Tai Ichi Bukit Bintang bermula dari Dari 14:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00
Adakah Hotel Tai Ichi Bukit Bintang menyediakan sarapan pagi?
Ya, Hotel Tai Ichi Bukit Bintang menyediakan sarapan pagi. Walau bagaimanapun, anda perlu memilih bilik dengan sarapan pagi atau membayar caj tambahan jika anda menempah bilik tanpa sarapan.

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 736 ulasan tetamu yang disahkan
8.4
Mengagumkan
Hebat
207
Bagus
392
Memuaskan
50
Biasa
87
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan

Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...

All
lokasi strategik (35)
perkhidmatan yang baik (5)
staf mesra (4)
kemudahan bagus (1)
lokasi bagus (1)
bilik bersih (17)
Lihat Lebih 6
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
Ruby C.
Percutian
8.5
/ 10
19 Jul 2022
Lokasinya bagus hanya dalam jarak berjalan kaki ke Pavilion, di tengah-tengah Bukit Bintang. Biliknya bagus dan bagus cuma tiada tingkap, selebihnya bagus
Translated by Google Icon
Imej Ulasan untuk Hotel Tai Ichi Bukit Bintang dari Ruby C.
Imej Ulasan untuk Hotel Tai Ichi Bukit Bintang 2 dari Ruby C.
Imej Ulasan untuk Hotel Tai Ichi Bukit Bintang 3 dari Ruby C.
Imej Ulasan untuk Hotel Tai Ichi Bukit Bintang 4 dari Ruby C.

Suka ulasan ini?

ZZ
Zenali Z.
Percutian
8.5
/ 10
11 Sep 2022
Sangat ramah staf. Dekat MRT dll

Suka ulasan ini?

VR
Vilonie R. M.
9.7
/ 10
29 Dec 2023
Hotelnya bagus, bersih, strategik, boleh jalan kaki ke Pavilon, Alor, lain kali saya akan menginap di sana lagi.
Translated by Google Icon

1 menyukai ulasan ini

FP
Fransiscus P.
Percutian pendek
9.7
/ 10
15 Nov 2023
Lokasi di Bukit Bintang dan berhampiran jalan Alor. Sesuai untuk makanan dan membeli-belah. Walaupun bilik kecil.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

DH
Daniel H.
Transit
9.7
/ 10
10 Jun 2023
Hotel yang sangat bagus, lokasi yang baik.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

AR
Andy R. H.
Transit
9.7
/ 10
06 Dec 2022
Lokasi yang sangat strategik, hotel yang cukup bagus
Translated by Google Icon

1 menyukai ulasan ini

Drales P.
Percutian
9.3
/ 10
13 Jun 2023
Plus: lokasi hotel sangat strategik, di Bukit Bintang. Banyak pasar mini dan tempat makan, jalan kaki sahaja. Minus: bilik sangat kecil, tidak sesuai sebagai hotel untuk membawa keluarga. Tetapi jika anda seorang backpacker solo, anda boleh mencuba hotel ini. Satu lagi kelemahan, lelaki tua yang menjadi penyambut tetamu hotel itu tidak ramah, agak kasar, cenderung tidak sabar dan mungkin akan bergaduh.
Baca Lebih Lanjut
Translated by Google Icon

2 menyukai ulasan ini

VF
Verina F.
Percutian
9.1
/ 10
04 Feb 2023
Semuanya bagus, tetapi terdapat begitu banyak semut di bilik hotel saya, dan mereka tidak mempunyai pengering rambut yang mencukupi untuk semua tetamu.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

M
Mardianto
Percutian
9.1
/ 10
30 Jan 2023
Salah satu hotel di kawasan Bukit Bintang, biliknya kecil dan bersih (cuma kedudukan AC betul-betul depan bila tidur.) Mana dekat.
Translated by Google Icon

2 menyukai ulasan ini

SL
Shirley L. H. M.
9.1
/ 10
15 Dec 2022
Nilai untuk wang kerana lokasinya yang strategik & kakitangan yang mesra.
Translated by Google Icon

2 menyukai ulasan ini

An icon button
1
2
3
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Lobi 4 Hotel Tai Ichi Bukit Bintang

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved