Jika anda ingin mencari tempat penginapan yang ideal di Mersing, maka Teluk Sari Beach Resort adalah pilihan yang tepat. Pekerja-pekerja di resort ini telah memberi perkhidmatan yang baik kepada tetamu mereka. Selain itu, terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan untuk keselesaan para tetamu. Di samping itu, semua bilik yang ditawarkan oleh resort ini telah dilengkapi dengan kemudahan yang sangat bagus. Para tetamu juga boleh menghabiskan masa lapang mereka dengan melakukan beberapa aktiviti luar yang telah dianjurkan oleh resort ini. Selain itu, lokasi resort ini sangat strategik kerana ia berhampiran dengan pantai. Tambahan pula, mereka dapat melihat pemandangan laut dari resort ini.
Teluk Sari Beach Resort terletak di Jalan Penyabong, Tanjung Resang, Endau, 86900 Mersing, Johor. Cara yang pertama untuk sampai di Teluk Sari Beach Resort adalah dengan memandu kereta. Bagi para pengunjung yang datang dari Kuala Lumpur, mereka perlu mengambil Lebuhraya Hubungan Timur-Barat, Cheras -Kajang, Kajang SILK Hwy dan lebuhraya LEKAS. Kemudian, mereka perlu ambil jalan keluar dari Jalan Kuala Pilah yang berada di Laluan 61 di Seremban. Selepas itu, dengan menggunakan laluan 51, mereka harus menuju ke Jalan Dato yang terletak di Laluan 9,Taman Pilah Jaya, Kuala Pilah. Seterusnya, mereka perlu memandu dari Jalan Bahau-Keratong ke Muadzam Shah. Dari jalan Jalan Muadzam-Bukit Ibam, mereka perlu meneruskan perjalanan ke Laluan 3/AH18 di Kampung Leban Condong, Kuala Rompin. Apabila mereka sampai ke Laluan 3/AH18, pelancong perlu ke kanan. Perjalanan itu diteruskan lagi dengan ke Jalan Penyabong-Endau dan terus ke Jalan Penyabong-Tanjung Resang. Para pengunjung dapat menemui Teluk Sari Beach Resort apabila mereka sudah tiba di Jalan Penyabong-Tanjung Resang. Para pengunjung yang menggunakan laluan ini akan menemui beberapa tol di lebuh raya. Perjalanan ini mengambil masa selama 4 jam 30 minit.
Cara yang kedua adalah dengan mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 atau 2. Terdapat beberapa penerbangan yang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Perjalanannya akan mengambil masa selama 50 minit. Sebaik sahaja mereka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, mereka perlu mengambil teksi atau menyewa kereta untuk sampai ke resort. Dari Jalan Lapangan Terbang yang berada di Laluan 16, mereka perlu mengambil jalan Senai-Desaru. Kemudian, mereka perlu mengambil Laluan 3/AH18 ke Jalan Tanjung Resang di Hutan Lipur Gunung Aring. Seterusnya, mereka perlu meneruskan perjalanan mereka lagi dengan melalui Jalan Tanjung Resang dan mereka harus memandu terus ke Jalan Penyabong-Tanjung Resang. Oleh itu, mereka dapat menemui resort ini apabila mereka sampai di Jalan Penyabong-Tanjung Resang. Perjalanan yang berada di atas jalan raya mengambil masa selama 2 jam 18 minit.
Teluk Sari Beach Resort telah menawarkan 3 jenis bilik. Antaranya ialah Standard dengan kawalan penyaman udara, Bilik Standard untuk tiga tetamu dan Bilik Keluarga. Semua bilik di resort ini telah dilengkapi dengan kemudahan asas yang sama seperti penyaman udara, meja dan air botol percuma. Mereka juga mempunyai kemudahan bilik mandi yang sama seperti bilik mandi peribadi bersama air pancuran dan air panas. Para tetamu juga diberikan peralatan mandian percuma. Walau bagaimanapun, sarapan pagi dan Wi-Fi tidak disediakan untuk 3 pakej bilik di resort ini. Bagi Standard Air Conditioning, saiz bilik ini adalah 18 meter persegi. Hotel ini telah menyediakan 1 katil Double dan 2 katil bujang yang boleh memuatkan lebih dari 2 orang. Oleh itu, jumlah bayaran untuk bilik ini adalah RM 195 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan. Bilik berikutnya ialah Bilik Standard untuk tiga tetamu. Bilik ini mempunyai saiz sebesar 18 meter persegi dan ia boleh menampung seramai 3 tetamu sahaja. Selain itu terdapat 1 katil Double dan 1 katil bujang yang disediakan untuk para tetamu. Oleh itu, jumlah kos untuk bilik ini adalah RM 230 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan. Bilik yang terakhir ialah Bilik Keluarga. Bilik ini mempunyai 3 katil Double yang boleh memuatkan lebih dari 4 orang. Saiz bilik ini lebih besar daripada bilik sebelumnya iaitu 30 meter persegi. Oleh itu, jumlah harga bilik ini ialah RM 360 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.
Teluk Sari Beach Resort memiliki sebuah restoran untuk para tetamu yang menginap di resort ini. Mereka boleh menikmati pelbagai jenis hidangan yang disediakan oleh pihak restoran. Restoran ini akan dibuka pada waktu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.
Teluk Sari Beach Resort telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan dan perkhidmatan untuk tetamu mereka. Terdapat tempat letak kereta disediakan untuk para tetamu yang membawa kereta. Resort ini juga telah menyediakan perkhidmatan bilik supaya bilik-bilik di resort ini sentiasa dalam keadaan bersih dan dijaga rapi. Selain itu, terdapat kaunter penyambut tetamu yang akan beroperasi selama 24 jam untuk mengendalikan daftar masuk dan keluar dan mereka juga akan sedia membantu sekiranya para tetamu memerlukan pertolongan daripada mereka. Para tetamu juga boleh menggunakan peti deposit keselamatan yang telah disediakan oleh resort ini. Selain itu, mereka boleh mendapatkan surat khabar percuma di kawasan lobi. Di samping itu, para tetamu boleh menghabiskan masa lapang mereka dengan melakukan beberapa aktiviti luaran yang telah dianjurkan oleh resort ini. Aktiviti luarannya adalah berkanu, memancing, menyelam dan beberapa sukan air yang lain. Terdapat juga kawasan untuk berkelah dan para tetamu boleh mengadakan aktiviti barbeku di luar resort ini. Seterusnya, terdapat beberapa kedai yang berdekatan dengan resort ini.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
DEAR GUEST, PLEASE CONTACT US IN ADVANCE AND PROVIDE YOUR CONTACT NUMBER AND EMAIL ADDRESS in order to arrange for Check-in and KEY collection. KINDLY NOTE WE DO NOT HAVE 24 HOURS RECEPTION DESK. THEREFORE, PLEASE CONTACT US DIRECTLY IN ORDER FOR SMOOTHER CHECK IN TO AVOID HASSLE AND UNPLEASANT STAY.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 14:00 - Sebelum 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |