The Haven Resort Hotel Ipoh terletak di Ipoh, Perak. Ia terletak berhampiran dengan Lost World of Tambun Theme Park, sekitar 1.49 km dari sana. Ia juga terletak berdekatan dengan tarikan pelancong lain di Perak seperti Tokong Gua Dong Hua dalam 1.09 km dan Masjid An Nur dalam jarak 1.94 km.
Anda boleh datang ke The Haven Resort Hotel Ipoh dengan mudah. Anda boleh memilih pelbagai pengangkutan awam seperti bas, kapal terbang dan juga kereta api untuk pergi ke sini ataupun anda boleh menaiki kenderaan anda sendiri.
Jika anda datang dari Pahang misalnya, anda boleh melakukan perjalanan dengan bas dari Kuantan Sentral ke Stesen Bas Ipoh. Terdapat beberapa bas yang mengembara dari Kuantan ke Ipoh. Perjalanan dari Kuantan ke Ipoh akan berlangsung sekitar 5 hingga 6 jam bergantung kepada keadaan trafik. Sebaik sahaja anda tiba di Stesen Bas Ipoh, anda boleh pergi ke tempat ini dengan teksi atau Grab, kira-kira 30 minit untuk sampai di sini.
Anda juga boleh datang ke Ipoh dengan menaiki kapal terbang. Anda boleh memilih penerbangan pilihan anda untuk pergi ke sini seperti Firefly atau Air Asia. Jika anda datang dari Kuala Lumpur, anda boleh mengambil penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh.
Di samping itu, anda juga boleh pergi ke Ipoh, Perak dengan kereta api laju atau ETS. Terdapat beberapa jenis koc yang anda boleh pilih dengan masa pilihan anda sendiri. Anda perlu pergi kira-kira 2 jam untuk tiba di stesen Ipoh.
Bagi anda yang ingin menaiki kenderaan anda sendiri, anda boleh mengikuti cadangan laluan dengan menggunakan lebuh raya PLUS ke tempat ini; anggaran masa untuk tiba kira-kira 3 jam bergantung kepada keadaan trafik.
Terdapat pelbagai restoran disediakan di The Haven Resort Hotel Ipoh. Mereka menyediakan sarapan, makan tengahari dan makan malam. Makanan yang disediakan juga sangat sedap dan lazat.
The Haven Resort Hotel Ipoh menawarkan pelbagai jenis bilik iaitu 1 Bedroom Lakeview Suite, 2 Bedroom Horizon View Suite, 2 + 1 Bedroom Lakeview Superior Suite, 2 + 1 Bedroom Lakeview Deluxe Suite, 3 Bedroom Lakeview Executive Suite dan 3 Bedroom Lakeview Premier Suite. Bilik sentiasa disediakan dalam keadaan bersih dan kemas.
Terdapat banyak kemudahan di The Haven Resort Hotel Ipoh dan sentiasa dalam keadaan baik. Semasa menunggu di kawasan awam tempat ini, anda boleh menggunakan Wi-Fi untuk mendapatkan hiburan bagi mengelakkan diri anda berasa bosan. Mereka ada menyediakan sebuah bilik bebas rokok dan kawasan merokok. Bagi mereka yang menaiki kenderaan sendiri, anda boleh meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang telah disediakan. Kemudahan di dalam bilik juga sentiasa dalam keadaan baik. Terdapat juga sebuah kolam renang air panas yang diletakkan di luar. Untuk kanak-kanak kecil yang datang ke sini, mereka boleh bermain di kawasan permainan kanak-kanak yang turut disediakan oleh pihak hotel. Bagi orang dewasa yang suka bersukan, sebuah pusat kecergasan turut disediakan di sini. Tempat ini sangatlah mesra pengguna terutamanya kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan mudah diakses walaupun anda perlu membawa kerusi roda sepanjang masa. Jika anda ingin memanjakan diri anda, anda boleh pergi ke bilik urut, spa dan bilik stim yang disediakan di sini. Sekiranya anda terlupa membawa barangan anda seperti berus gigi dan juga sabun, anda boleh membelinya dari kedai-kedai berdekatan. Anda juga boleh bermain badminton, skuasy, tenis dan berbasikal bersama-sama teman anda apabila berada di sini.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan bermula 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan penduduk tetap Malaysia. Sila maklum bahawa hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 15:00 - Sebelum 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |
Bilik tersedia di TUI BLUE The Haven Ipoh | 150 |
Bilangan tingkat di TUI BLUE The Haven Ipoh | 23 |
Fasilitas lain di TUI BLUE The Haven Ipoh | Daftar masuk awal, Restoran sarapan pagi, Restoran makan malam, Restoran makan tengah hari, Pesanan bilik |