The Puteri Pacific Johor Bahru merupakan satu-satunya Hotel Konvensyen di Johor. Ia terletak secara strategic di tengah-tengah pusat bandar Johor Bahru. Ia menjadikan The Puteri Pacific Johor Bahru tempat penginapan yang sangat sesuai bagi anda yang datang ke Johor Bahru untuk urusan perniagaan. The Puteri Pacific Johor Bahru bukan sahaja untuk tetamu yang datang atas urusan perniagaan, malahan The Puteri Pacific Johor Bahru juga sesuai untuk mereka yang datang ke Johor Bahru untuk bercuti dan berehat. The Puteri Pacific Johor Bahru terletak di Jalan Trus dan ia menawarkan akses yang sangat mudah ke banyak tempat menarik yang menjadi tarikan pelancong di Johor Bahru. The Puteri Pacific Johor Bahru menjanjikan penginapan yang sangat selesa dan tidak akan anda lupakan dengan bilik-bilik yang ditawarkan di sini. Oleh itu, untuk apa jua sebab anda berada di Johor Bahru, anda pastinya mahu memilih The Puteri Pacific Johor Bahru sebagai tempat penginapan anda.
Anda boleh pergi ke The Puteri Pacific Johor Bahru dengan mudah kerana hotel ini terletak betul-betul di tengah bandar Johor Bahru. Terdapat beberapa pilihan pengangkutan awam yang anda boleh gunakan untuk ke The Puteri Pacific Johor Bahru seperti bas, kapal terbang atau pun memandu kenderaan anda sendiri.
Jika anda datang ke Johor Bahru dengan menggunakan bas dari Kuala Lumpur, anda boleh mengambil bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Larkin Sentral di Johor Bahru. Tambang bas adalah sekitar RM30 hingga RM35. Perjalanan dari TBS ke Larkin Sentral akan mengambil masa sehingga 3 jam dan 10 minit dari Kuala Lumpur bergantung kepada keadaan lalu lintas pada masa itu. Sebaik sahaja anda telah sampai ke terminal bas Larkin Sentral, anda boleh menggunakan teksi untuk ke The Puteri Pacific Johor Bahru. The Puteri Pacific Johor Bahru berjarak 8.0 km dari terminal bas Larkin Sentral.
Lapangan terbang yang terdekat dengan The Puteri Pacific Johor Bahru adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Jika anda ingin menggunakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, anda boleh menempah penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Perjalanan dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai akan mengambil masa sekitar 50 hingga 60 minit perjalanan. Kemudian, dari lapangan terbang, anda boleh menggunakan teksi untuk ke The Puteri Pacific Johor Bahru selama 32 minit.
The Puteri Pacific Johor Bahru mempunyai 416 bilik tamu yang merangkumi suites dan servis apartment. The Puteri Pacific Johor Bahru menawarkan 6 jenis bilik yang boleh anda pilih untuk menginap sepanjang anda berada di Johor Bahru. Bilik-bilik yang terdapat di The Puteri Pacific Johor Bahru adalah princess deluxe, imperial deluxe, executive floor deluxe, junior suite, executive suite dan apartment suite. Bilik princess deluxe dan imperial deluxe mempunyai 2 katil bersaiz bujang manakala bilik executi floor deluxe, junior suite dan executive suite mempunyai 1 katil bersaiz queen. Walau bagaimanapun, keluasan setiap bilik berbeza sedikit. Apartment suite punyai mempunyai 1 bilik yang mempunyai 1 katil bersaiz queen.
Terdapat 3 restoran dan kafe di The Puteri Pacific Johor Bahru. Anda boleh berkunjung ke mana-mana restoran atau kafe yang terdapat di The Puteri Pacific Johor Bahru untuk berehat sambil menikmati makanan yang lazat. Restoran atau kafe yang terdapat di The Puteri Pacific Johor Bahru adalah Puteri Café, Champion Sports Bistro dan Kai Xuan Chinese Restaurant. Puteri Café dibuka pada setiap hari daripada pukul 6.30 am sehingga 10.30 pm. Anda boleh menikmati sarapan hinggalah ke makan malam di kafe tersebut secara bufet atau pun ala carte. Bagi anda yang ingin berehat sambil menyaksikan perlawanan bola sepak, anda boleh berkunjung ke Champion Sports Bistro. Ia dibuka setiap hari daripada pukul 4 pm sehingga lewat tengah malam. Anda boleh berkunjung ke Kai Xuan Chinese Restaurant untuk mencuba masakan cina.
The Puteri Pacific Johor Bahru menawarkan pelbagai servis dan kemudahan untuk tetamunya yang menetap di The Puteri Pacific Johor Bahru. The Puteri Pacific Johor Bahru menyediakan kemudahan Wi-Fi dan penghawa dingin di dalam setiap bilik tamu mereka. The Puteri Pacific Johor Bahru perkhidmatan pemesanan makanan secara 24 jam. The Puteri Pacific Johor Bahru juga menyediakan perkhidmatan dobi untuk tetamunya. Anda juga boleh menggunakan gimnasium yang terdapat di The Puteri Pacific Johor Bahru untuk bersenam. Selain daripada itu, The Puteri Pacific Johor Bahru juga mempunyai kolam renang.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 15:00 - Sebelum 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |
Bilik tersedia di The Puteri Pacific Johor Bahru | 416 |
Bilangan tingkat di The Puteri Pacific Johor Bahru | 15 |
Fasilitas lain di The Puteri Pacific Johor Bahru | Sarapan a la carte, Makan malam a la carte, Makan tengah hari a la carte, Restoran dengan penyaman udara, Sarapan |