The Regency Hotel Kuala Lumpur terletak di Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur. Hotel ini terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Lokasinya sangat ideal bagi pelancong yang ingin pergi ke mana-mana destinasi tarikan pelancong kerana hotel ini berada di lokasi yang sangat strategik. Pengunjung boleh akses ke mana-mana tempat dengan mudah kerana hotel ini sangat berdekatan dengan kemudahan pengangkutan awam. Pemandangan daripada hotel ini bakal membuatkan anda terpegun. Anda bakal menyaksikan keindahan bandar Kuala Lumpur jika anda menetap di sini. Hotel ini juga ideal bagi anda yang ingin berehat pada hujung minggu mahupun untuk bercuti di Kuala Lumpur. Untuk apa jua sebab anda berada di Kuala Lumpur. The Regency Hotel Kuala Lumpur pastinya bakal menjadi pilihan anda.
Untuk ke The Regency Hotel Kuala Lumpur, terdapat pelbagai cara mod pengangkutan boleh anda pilih. Anda boleh menaiki bas, kereta api, penerbangan ataupun memandu kereta untuk datang ke Kuala Lumpur sebelum pergi ke The Regency Hotel Kuala Lumpur.
Jika anda ingin datang ke Kuala Lumpur menaiki bas, anda boleh mengambil bas di stesen bas yang berdekatan tempat anda ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Jika anda datang daripada Utara Malaysia seperti Alor Star. Anda boleh mengambil bas di Stesen Bas Shahab Perdana. Perjalanan daripada Stesen Bas Shahab Perdana ke TBS akan mengambil masa sehingga 4 jam dan 53 minit bergantung kepada keadaan trafik pada waktu itu. Apabila anda sudah tiba di TBS. Anda boleh pergi ke The Regency Hotel Kuala Lumpur menggunakan teksi mahupun Transit Aliran Ringan (LRT). Jika anda menggunakan teksi, perjalanan daripada TBS ke The Regency Hotel Kuala Lumpur akan mengambil masa sehingga 27 minit bergantung kepada keadaan trafik pada waktu itu. Selain itu juga, anda boleh menggunakan LRT untuk pergi ke The Regency Hotel Kuala Lumpur. Untuk pergi ke The Regency Hotel Kuala Lumpur dengan menggunakan LRT, anda boleh menaiki LRT laluan Sri Petaling daripada TBS menuju ke Stesen Putra World Trade Centre (PWTC). Perjalanan itu akan mengambil masa selama 21 minit. Apabila anda tiba di Stesen PWTC, anda perlu berjalan kaki selama 12 minit sebelum tiba di The Regency Hotel Kuala Lumpur.
Selain itu juga, anda boleh datang ke Kuala Lumpur dengan menggunakan Perkhidmatan Kereta api Elektrik (ETS). Anda boleh mengambil ETS daripada tempat anda untuk ke Stesen Kuala Lumpur (KL) Sentral. Apabila anda sudah tiba di Stesen KL Sentral, anda boleh mengambil monorel daripada Stesen KL Sentral untuk ke Stesen Chow Kit. Perjalanan dari Stesen KL Sentral untuk ke Stesen Chow Kit akan mengambil masa selama 24 minit. Apabila anda sudah tiba di Stesen Monorel Chow Kit, anda perlu berjalan kaki selama 7 minit untuk pergi ke The Regency Hotel Kuala Lumpur.
Anda juga boleh menjimatkan masa anda untuk ke Kuala Lumpur dengan menggunakan penerbangan. Anda boleh mengambil penerbangan daripada tempat anda untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Sebagai contoh, jika anda datang daripada Johor Bahru, anda boleh mengambil penerbangan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ke KLIA. Perjalanan akan mengambil masa selama 55 minit. Apabila anda sudah tiba di KLIA, anda boleh mengambil keretapi KLIA Ekspres untuk ke Stesen KL Sentral selama 30 minit. Apabila tiba di Stesen KL Sentral, anda boleh menggunakan monorel untuk ke The Regency Hotel Kuala Lumpur.
Jika anda memilih untuk datang ke The Regency Hotel Kuala Lumpur dengan menggunakan kereta, anda boleh mengikut cadangan laluan ini melalui Plaza Tol Jalan Duta. Dari Plaza Tol Jalan Duta, ambil Lebuhraya Duta - Ulu Kelang ke Jalan Pahang. Ambil jalan keluar ke Jalan Gombak dari Lebuhraya Kuala Lumpur - Gua Musang/E33. Ikuti Jalan Pahang dan Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Jalan Raja Alang di Chow Kit sebelum tiba di The Regency Hotel Kuala Lumpur.
Terdapat 8 jenis bilik yang ada di The Regency Hotel Kuala Lumpur. Anda boleh memilih mana-mana bilik mengikut kesesuaian dan bajet anda. Di sini terdapat bilik Superior Twin, Superior King, Deluxe Twin, Deluxe King, Superior Suite, Deluxe Suite, Executive Suite dan Royal Suite. Bilik Superior Twin mempunyai 1 katil Twin manakala bilik Superior King mempunyai 1 katil bersaiz Queen. Bagi bilik Deluxe Twin dan Deluxe King pula, ia mempunyai 1 katil Twin dan 1 katil bersaiz King. Bagi bilik Superior Suite, Deluxe Suite dan Executive Suite, masing-masing mempunyai 1 katil bersaiz Queen manakala bagi bilik Royal Suite, ia mempunyai 1 katil bersaiz King.
Terdapat satu restoran di The Regency Hotel Kuala Lumpur iaitu Market Front Coffee Terrace. Restoran ini terletak di aras satu hotel ini. Anda boleh menikmati kelazatan masakan dan minuman di restoran itu. Sajian pagi hinggalah ke sajian malam disediakan di hotel itu.
Pelbagai kemudahan terdapat di The Regency Hotel Kuala Lumpur. Hotel ini memberikan servis yang terbaik kepada tetamunya bagi menjamin keselesaan tetamunya sepanjang berada di The Regency Hotel Kuala Lumpur. Antara kemudahan yang terdapat di hotel ini adalah perkhidmatan dobi, sistem keselamatan 24 jam. Selain itu, anda juga boleh membuat permintaan untuk menambah tilam di dalam bilik anda. Bukan itu sahaja, The Regency Hotel Kuala Lumpur juga mempunyai kemudahan kolam renang untuk digunakan oleh tetamunya.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 14:00 - Sebelum 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |
Bilik tersedia di The Regency Hotel Kuala Lumpur | 304 |
Bilangan tingkat di The Regency Hotel Kuala Lumpur | 24 |
Fasilitas lain di The Regency Hotel Kuala Lumpur | Makan malam a la carte, Makan tengah hari a la carte, Restoran dengan penyaman udara, Sarapan, Sarapan dan makan malam |