Travellers Planet Hotel & Guesthouse terletak di Pusat Bandar Melaka, Melaka, Malaysia. Guesthouse ini juga terletak hanya 10 minit dari Jonker Street yang terkenal. Guesthouse ini juga hanya beberapa minit perjalanan dari Menara Taming Sari. A’Famosa juga hanyalah 8 minit berjalan kaki dari guesthouse. Menara Jam pula adalah 10 minit berjalan kaki. Ramai pengunjung mengatakan guesthouse ini adalah sangat bersih manakala pekerja disitu pula adalah sangat mesra dan sangat membantu apabila tetamu bertanyakan tentang tarikan yang ada di sekitar guesthouse ini. Para tetamu boleh menempah bilik di guesthouse ini dengan melayari website guesthouse ini terus atau dengan melayari pelbagai laman sesawang pelancongan.
Ada beberapa cara untuk sampai ke Travellers Planet Hotel & Guesthouse. Cara utama untuk ke guesthouse ini adalah dengan memandu ke guesthouse ini. Dari Kuala Lumpur, para pengunjung boleh mengambil Lebuhraya Utara – Selatan yang menghala ke Melaka. Pengunjung boleh mengambil susur keluar 231 di Ayer Keroh. Jarak antara Kuala Lumpur dan guesthouse ini adalah 145 kilometer. Ia akan mengambil lebih kurang dalam 1 jam dan 51 minit. Lebuhraya ini mempunyai tol untuk sampai ke hotel itu.
Cara lain untuk ke Bandar Melaka adalah dengan menaiki bas. Pengunjung boleh menaiki bas di Bandar Tasik Selatan untuk ke Bandar Melaka. Antara syarikat bas yang membuat perjalanan ke Bandar Melaka adalah Plusliner, Transnasional dan Sri Maju. Harga tiket pula adalah lebih kurang RM 15 hingga RM23 bergantung kepada syarikat bas. Ia akan mengambil lebih kurang 2 jam untuk sampai ke Terminal Bas Melaka. Di sana bas akan menurunkan penumpang di terminal bas di mana pengunjung boleh mengambil teksi untuk ke hotel.
Para pengunjung juga boleh mengambil kereta api untuk ke Melaka. Ia adalah kereta apai antara bandar KTM di mana ia tidak di kategorikan sebagai perjalanan jarak jauh. Harga tiket pula adalah lebih murah. Ia adalah kurang dari RM10 sehala. Dari stesen Ia mungkin akan mengambil masa yang agak Panjang kerana penumpang harus berhenti di setiap stesen hingga ke Melaka. Dari stesen kereta api pengunjung boleh mengambil teksi untuk ke guesthouse.
Hotel ini mempunyai 3 jenis bilik untuk dipilih oleh para tetamu. Ada bilik Double Room with Fan yang boleh memuatkan 2 tetamu pada satu masa. Ia mempunyai 1 katil queen. Bilik ini mempunyai kipas sahaja dengan sebuah meja. Tandasnya pula perlu dikongsi dengan bilik lain. Tetapi ia masih mempunyai mandian air panas. Ia berharga RM 35 sahaja untuk 1 malam.
Kemudian terdapat bilik Standard Double Room. Bilik ini boleh memuatkan 2 tetamu pada satu masa. Guesthouse ini telah meletakkan 1 katil queen di bilik ini. Bilik ini mempunyai kipas sahaja dengan sebuah meja. Tandasnya pula perlu dikongsi dengan bilik lain. Tetapi ia masih mempunyai mandian air panas. Ia berharga RM 50 sahaja untuk 1 malam.
Bilik terakhir adalah bilik Standard Triple Room. Bilik ini boleh menempatkan 3 orang tetamu pada satu masa. Guesthouse ini telah meletakkan 1 katil queen dan 1 katil single di bilik ini. Bilik ini mempunyai kipas sahaja dengan sebuah meja. Tandasnya pula perlu dikongsi dengan bilik lain. Tetapi ia masih mempunyai mandian air panas. Ia berharga RM 70 sahaja untuk 1 malam.
Ada banyak kemudahan yang ada di sini untuk membuatkan para tetamu lebih selesa. Guesthouse ini mempunyai tempat letak kenderaan untuk para tetamu yang membawa kenderaan mereka sendiri. Guesthouse ini juga mempunyai penyambut tetamu yang beroperasi 24 jam. Guesthouse ini menyediakan tempat penyimpanan bagasi. Guesthouse ini mempunyai Wifi di seluruh hotel dan juga di dalam bilik. Mereka juga menyediakan perkhidmatan untuk mengambil tetamu mereka dari lapangan terbang dengan sedikit bayaran. Ada juga ruang menonton televisyen untuk kegunaan awam. Dapur juga ada untuk tetamu membuat air atau memanaskan makanan mereka. Guesthouse ini juga membenarkan tetamu mereka untuk daftar masuk awal dan daftar keluar lambat secara percuma jika ada kekosongan.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Bermula 1 Januari 2025, Kerajaan Negeri Melaka akan mengenakan Cukai Warisan mandatori sebanyak MYR 3.00 bagi setiap bilik yang didiami untuk satu malam di semua penginapan hotel. Cukai ini boleh berubah tanpa pemberitahuan awal. Cukai ini akan dikutip oleh pihak hotel semasa ketibaan tetamu.
Kemudahan Popular | AC, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 14:00 - Sebelum 12:00 |
Bilik tersedia di Travellers Planet Hotel & Guesthouse | 15 |
Bilangan tingkat di Travellers Planet Hotel & Guesthouse | 4 |
Fasilitas lain di Travellers Planet Hotel & Guesthouse | Kabel TV, Kaunter, Pengering rambut, Dapur kecil, Peti sejuk |