Persatuan Kristian Pemuda Pulau Pinang @ YMCA Pulau Pinang adalah tempat penginapan yang terbaik bagi mereka yang ingin mengunjungi ke Pulau Pinang untuk tujuan perubatan. Bilik hostel ini telah dilengkapi dengan kemudahan asas. Tambahan pula, harga untuk setiap bilik diletakkan pada harga yang berpatutan. Di samping itu, asrama ini telah menyediakan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan yang bagus untuk keselesaan para tetamu. Mereka juga boleh merasa makanan yang disediakan di sebuah restoran di dalam bangunan hostel ini. Lokasi hostel ini juga sangat strategik. Para tetamu boleh melawat ke beberapa hospital dengan mudah kerana perjalanannya hanya mengambil masa beberapa minit dari hostel.
Bagaimana untuk ke YMCA Penang
Para pengunjung boleh menggunakan beberapa cara untuk sampai ke YMCA Penang. Cara yag pertama adalah dengan menaiki kereta. Mereka perlu menggunakan Lebuhraya Utara - Selatan untuk ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu yang berada di Laluan 3113 di Gelugor. Kemudian, mereka perlu mengambil Jalan Masjid Negeri, Jalan Scotland dan Jalan Macalister ke Jalan Adams di George Town. Setelah itu, mereka dapat sampai ke hostel tersebut dalam masa beberapa minit. Perjalanannya akan mengambil masa selama 3 jam dan 57 minit. Sepanjang perjalanan, para pengunjung akan menemui tol dengan menggunakan laluan ini.
Cara alternatifnya ialah para pengunjung boleh memilih untuk menaiki kapal terbang. Mereka boleh mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) atau Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. Para pengunjung tidak perlu rasa bimbang kerana akan terdapat beberapa penerbangan yang akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Bagi mereka yang mengambil penerbangan dari KLIA 2, perjalanannya akan mengambil masa selama 50 minit. Manakala, perjalanan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah akan mengambil masa selama sejam. Sebaik sahaja mereka telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, mereka boleh menyewa kereta atau mengambil teksi untuk ke hotel. Perjalanan dari lapangan terbang ke hostel akan mengambil masa selama 22 minit lagi.
Pilihan Bilik di YMCA Penang
Terdapat dua jenis bilik yang ditawarkan oleh YMCA Penang. Antaranya ialah Bilik Deluxe Twin Premium dan Bilik Deluxe Triple Premium. Bagi Bilik Deluxe Twin Premium, saiz biliknya adalah 24 meter persegi dan ia boleh memuatkan 2 katil bujang. Bilik ini telah dilengkapi dengan kemudahan asas seperti penghawa dingin, televisyen, pembuat kopi atau teh dan sebuah meja. Bagi bilik mandi pula, ia mempunyai bilik mandi peribadi bersama air pancuran. Hostel ini juga telah menyediakan peralatan mandian percuma untuk tetamu mereka. Terdapat pengering rambut dan kemudahan menyeterika telah disediakan sekiranya mereka perlu menggunakannya. Selain itu, para tetamu boleh mengakses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik dan sarapan pagi akan disediakan seperti yang dinyatakan dalam pakej bilik ini. Oleh itu, jumlah harga untuk bilik ini adalah RM 122.55 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.
Bilik berikut ialah Bilik Deluxe Triple Premium. Bilik ini mempunyai saiz sebesar 27 meter persegi dan ia boleh memuatkan 1 katil Double dan 1 katil bujang. Bagi kemudahan dalam bilik, bilik ini mempunyai penyaman udara, meja, televisyen dan cerek elektrik. Bagi kemudahan bilik mandi pula, ia telah dilengkapi dengan bilik mandian pancuran dan bilik mandi peribadi. Terdapat kemudahan menyeterika dan pengering rambut turut disediakan untuk para tetamu. Para tetamu juga akan diberikan peralatan mandian secara percuma dari pihak hostel. Mereka juga boleh menikmati sarapan pagi secara percuma dan akses Wi-Fi secara percuma untuk pakej bilik ini. Oleh itu, jumlah bayaran untuk bilik ini ialah RM 182.40 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.
Restoran dan Kafe di YMCA Penang
YMCA Penang mempunyai sebuah restoran di dalam bangunan mereka. Restoran tersebut menyajikan pelbagai jenis hidangan yang dapat memenuhi citarasa para tetamu di hostel. Mereka akan menyediakan makanan pada waktu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.
Kemudahan dan Aktiviti di YMCA Penang
YMCA Penang telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan untuk membuatkan tetamu mereka berasa selesa semasa menginap di hostel ini. Bagi mereka yang membawa kereta, terdapat tempat letak kereta percuma telah disediakan untuk mereka. Selain itu, para tetamu boleh mendapatkan Wi-Fi secara percuma di kawasan awam hostel ini dan dengan ini, mereka dapat terus berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan mereka. Terdapat peti deposit keselamatan yang turut disediakan untuk tetamu mereka. Hostel ini juga mempunyai penyambut tetamu yang beroperasi selama 24 jam. Mereka telah bertanggungjawab untuk mengendalikan daftar masuk dan keluar dari bilik dan mereka juga sedia membantu para tetamu sekiranya para tetamu memerlukannya. Selain itu, terdapat kakitangan yang boleh bertutur pelbagai bahasa, tempat simpanan bagasi dan perkhidmatan dobi disediakan untuk para tetamu. Mereka juga boleh menggunakan kemudahan perniagaan seperti bilik persidangan, mesin fotostat dan projektor. Para tetamu juga berpeluang untuk bermain badminton di gelanggang badminton yang telah disediakan oleh hostel ini. Selain itu, terdapat beberapa kedai dan pasar raya yang berdekatan dengan hostel.
Tempat Menarik berhampiran YMCA Penang
Island Hospital - Island Hospital terletak di Jalan Macalister, George Town. Hospital ini ditubuhkan pada tahun 1996. Ia merupakan salah satu pusat kesihatan yang terkemuka di Malaysia. Hospital ini mempunyai beberapa pakar yang dilatih di luar negara seperti United Kingdom dan Australia. Island Hospital telah menyediakan teknologi dan peralatan yang canggih tinggi apabila melakukan suatu pembedahan. Para tetamu dari YMCA Penang boleh pergi ke hospital ini dengan hanya 3 minit berjalan kaki menggunakan Jalan Adams. Jarak antara hospital dan hostel adalah 0.13 km.
Hospital Loh Guan Lye - Terdapat satu hospital lagi yang terletak di Jalan Macalister dan ia juga terletak di tengah Pulau Pinang iaitu dikenali sebagai Hospital Loh Guan Lye. Hospital ini telah ditubuhkan pada tahun 1957. Hospital ini memberi perkhidmatan dan kemudahan kesihatan yang berkualiti kepada pesakit mereka. Selain itu, mereka mempunyai pengurusan rekod pesakit yang cekap. Hospital Loh Guan Lye terletak 0.40 km dari hostel. Perjalanan dari YMCA Penang ke hospital ini hanya mengambil masa selama 9 minit berjalan kaki.
Gleneagles Medical Centre/Gleneagles Penang Medical Centre - Pusat Perubatan Gleneagles terletak di Jalan Pangkor, Pulau Tikus, George Town. Ia adalah hospital swasta yang pertama di Pulau Pinang. Pusat perubatan ini telah memulakan operasi pertama mereka pada 1 Julai 1973. Ia mempunyai bangunan tiga tingkat. Mereka telah menyediakan beberapa perkhidmatan seperti pembedahan umum, ginekologi, radiologi dan anestesia. Perjalanan dari YMCA Penang ke Gleneagles Medical Centre mengambil masa selama 14 minit dengan berjalan kaki.
Merokok adalah dilarang dalam bangunan penginapan, tetapi tetamu dibenarkan untuk merokok di kawasan yang ditetapkan.
Haiwan peliharaan adalah tidak dibenarkan.
A tourism tax of MYR 10 per room per night is applied to all foreign guests. This tax is excluded from the room rates and must be paid upon check-in. Guests with a valid Malaysian Identity Card or valid permanent residents MY PR Card are exempted.
Upon check-in, hotel Front Desk will collect from guests MYR 2.00 Local Government Fee per room per night (imposed by Penang Government starting from 1st June 2014). This fee is excluded from room rates.
Strictly no-smoking in the room. Penalty (minimum MYR500.00 per room) will be imposed to guests who fail to adhere Hotel's Non-Smoking Policy. Alternatively, guests can smoke at public area.
YCafe is closed on every Monday.
You may be required to present valid government-issued identification at check-in, along with cash to cover the incidentals and deposits. This deposit will be fully refunded if there is no damage or abuse of facilities occurred among your stay.
All special request such as early check-in, late check-out, higher floor, extra bed etc are strongly subject to availability. Guests are encouraged to contact hotel at least 24 hours before arrival. Charges may applied.
For your information, we will be started our room renovation from 01 September 2018 until mid of November 2018. 36 out of 69 rooms will be closed for renovation. The work schedule will start from 9am to 5pm, Monday to Friday. Massive noise will occur during the first 3 weeks due to heavy construction work.
Kindly be informed that Hotel will not accept any bookings without MITI Form or Police Letter during travel date from 5th March till further notice as Malaysian Government had announced "No interstate travel " unless with a permission letter. Please produce the letter upon check in.
Due to the spiking of the Pandemic, we would like to take extra precautions upon having our guests to stay in our property. 1. Upon making reservations, guest are to ensure they are FULLY VACCINATED and check in date should be 14days after the 2nd dose. 2. To show THE DIGITAL CERTIFICATE in MySejahtera upon arrival and failing which we will not allow guest to enter our Premise.