Hotel Mexico

Hotel Terbaik di Mexico

Ciptakan perjalanan mempesona, teroka penginapan terbaik di Mexico,
Bandar, destinasi, atau nama hotel
Tarikh Daftar Masuk & Daftar Keluar
Tempoh: 1 Malam
Tetamu dan Bilik
Cari
  1. /
  2. 26,872Hotel di Mexico

Hotel popular di Mexico

Semak hotel terpilih berikut dan ulasannya yang terkini
Primary image 1 Holiday Inn Express Mexico - Toreo by IHG, Hotel Mexico
Hotel
Naucalpan de Juárez, Estado de México
Daftar keluar ekspres
Harga sekitar
RM 503.27
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Azulik - Adults Only, Hotel Mexico
7.8
(757)
Baik
Hotel
Tulum, Estado de Quintana Roo
Pakej lamaran romantik
Kelab kesihatan
Pengangkutan dari lapangan terbang
Payung pantai
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 1,119.39
Lihat Ketersediaan
Beach 1 Hilton Tulum Riviera Maya All-Inclusive Resort, Hotel Mexico
Hotel
Tulum, Estado de Quintana Roo
Kelab kesihatan
Pusat kecergasan
Harga sekitar
RM 1,911.48
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Real Hispano, Hotel Mexico
9.2
(432)
Cemerlang
Hotel
Valladolid, Estado de Yucatán
Bar
Harga sekitar
RM 355.11
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Hotel Xcaret Arte – All Parks / All Fun Inclusive, Adults Only, Hotel Mexico
Lain-lain
Solidaridad, Estado de Quintana Roo
Mandian Turki
Kedai
Pengangkutan dari lapangan terbang
Payung pantai
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 3,520.44
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Hotel Century Reforma, Hotel Mexico
8.2
(1,074)
Sangat Baik
Hotel
Cuauhtémoc, Mexico City
Pakej lamaran romantik
Kerusi berjemur kolam renang
Bar
Harga sekitar
RM 406.09
Lihat Ketersediaan
Pool 1 Hilton Mexico City Reforma, Hotel Mexico
9.2
(1,065)
Cemerlang
Hotel
Cuauhtémoc, Mexico City
Pusat kecergasan
Bar
Harga sekitar
RM 1,213.13
Lihat Ketersediaan
メイン イメージ 1 Ayenda Hidalgo, Hotel Mexico
7.2
(145)
Baik
Hotel
Cuauhtémoc, Mexico City
Harga sekitar
RM 219.53
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Xkeban Tulum, Hotel Mexico
8.4
(48)
Sangat Baik
Hotel
Tulum, Estado de Quintana Roo
Teres atas bumbung
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 345.76
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Galeria Plaza Monterrey, Hotel Mexico
9
(1,252)
Cemerlang
Hotel
Monterrey, Estado de Nuevo León
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 433.28
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Holiday Inn Durango by IHG, Hotel Mexico
8.6
(416)
Sangat Baik
Hotel
Durango, Estado de Durango
Penjagaan anak
Bilik wap
Biliard
Sauna
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 562.40
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 City Express by Marriott Ciudad de México EBC Reforma, Hotel Mexico
Hotel
Cuauhtémoc, Mexico City
Pakej lamaran romantik
Daftar keluar ekspres
Harga sekitar
RM 615.12
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Amainah Bacalar Hotel Boutique - Adults Only, Hotel Mexico
Hotel
Bacalar, Estado de Quintana Roo
Marina
Pakej lamaran romantik
Tuala pantai
Bar tepi kolam renang
Payung pantai
Bar
Harga sekitar
RM 936.83
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 UTOPIC Polanco by ULIV, Hotel Mexico
8.8
(497)
Sangat Baik
Apartmen
Miguel Hidalgo, Mexico City
Teres atas bumbung
Spa
Harga sekitar
RM 525.94
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Hotel Casa Virreyes, Hotel Mexico
8.4
(538)
Sangat Baik
Hotel
Guanajuato, Estado de Guanajuato
Harga sekitar
RM 232.43
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Hyatt Regency Mexico City, Hotel Mexico
9.2
(1,071)
Cemerlang
Hotel
Miguel Hidalgo, Mexico City
Perkhidmatan limo atau kereta bandar
Kedai
Gelanggang tenis terbuka
Daftar keluar ekspres
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 1,419.46
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Barceló México Reforma, Hotel Mexico
9.2
(4,466)
Cemerlang
Hotel
Cuauhtémoc, Mexico City
Kedai
Bilik wap
Tab panas
Sauna
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 635.13
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 ibis Guadalajara Expo, Hotel Mexico
7.2
(1,000)
Baik
Hotel
Guadalajara, Estado de Jalisco
Bar
Harga sekitar
RM 267.93
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Mak Nuk Village Tulum II - Clothing Optional, Hotel Mexico
Hotel
Tulum, Estado de Quintana Roo

Sold out

Primary image 1 Hotel Bellas Artes, Hotel Mexico
9.6
(76)
Cemerlang
Hotel
Cuauhtémoc, Mexico City
Pakej lamaran romantik
Teres atas bumbung
Harga sekitar
RM 380.23
Lihat Ketersediaan

Terokai promosi

Lebih lanjut tentang hotel di Mexico

Mexico adalah sebuah negara yang terkenal dengan pemandangan yang menakjubkan, pantai-pantai yang indah serta warisan budaya yang menakjubkan. Tamadun-tamadun pra-Hispanik Mexico membina beberapa monumen arkeologi yang hebat di dunia, termasuk piramid bertemakan Teotihuacán dan kuil-kuil Maya Palenque yang indah. Kawasan-kawasan Aztec dan Mayan purba dan kebanyakan bandar-bandar penjajahan bersejarah telah menjadi diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO untuk memastikan ia tidak lenyap ditelan zaman demi generasi-generasi yang akan datang. Lokasi-lokasi termasuk Guanajuato, Chichén Itzá dan Uxmal telah menjana minat di kalangan pelancong sepertimana tempat percutian yang lain seperti Cancún, Puerto Vallarta dan Playa del Carmen.

Selain itu, Mexico juga merupakan destinasi peminat alam semula jadi dengan hutannya yang tebal,puncak gunung berapi dilitupi salji, padang pasir kaktus dan pantai sepanjang 10,000 kilometer yang kaya dengan hidupan liar. Ia adalah negara yang kaya dengan flora dan fauna, disebabkan ia sebuah negara yang mempunyai zon iklim yang berbeza-beza seperti gurun yang kering hingga hutan hujan tropika yang rimbun. Pelancong boleh menikmati pemandangan indah Mexico dengan mendaki hutan awan gunung Oaxaca ataupun puncak gunung berapi tidak aktif ataupun sekadar hanya mengagumi berjuta-juta rama-rama Monarch berhijrah. Pencinta sukan air boleh mencuba bermain luncur air di lautan Pasifik atau menyelam snorkel dan menerokai keindahan di bawah permukaan Laut Caribbean atau menuju ke sungai-sungai Mexico untuk mengarung jeram.

Iklim di Mexico berbeza secara dramatik merentasi landskap luas negara itu. Di bahagian utara utara Semenanjung Baja, di pantai Pasifik, iklimnya adalah Mediterranean, sementara di seberang semenanjung, menghadap ke Laut Cortez iklim adalah kering. Di selatan Semenanjung Baja, perubahan iklim menjadi sub-tropis/iklim separa-kering, manakala di La Paz dan Cabo mengalami iklim padang pasir tropika yang unik. Di tanah besar, kawasan utara Mexico cenderung menjadi sejuk, manakala kawasan yang lebih rendah mengalami iklim yang kering. Iklim tropika berlaku dari sekitar kawasan Tampico ke Cancun, serta bersebelahan Lautan Pasifik.

Pengembara juga harus menikmati budaya unik negara ini, yang merupakan campuran penduduk asli serta pengaruh kolonial dari Sepanyol. Pengaruh ini boleh dilihat dalam segala hal seperti masakan tradisional ke tradisi muzik dan tarian yang dinamik. Zaman penjajahan Sepanyol meninggalkan bandar-bandar yang indah yang penuh dengan plaza pokok-pokok dan gereja-gereja batu yang dipenuhi ukiran serta rumah-rumah agam yang indah. Sementara itu Mexico zaman sekarang menghasilkan karya seni hebat dari Diego Rivera dan Frida Kahlo. Muzium-muzium bertaraf antarabangsa di Mexico telah mendokumen sejarah negara yang menarik dan kehebatan hasil kreatifnya tidak berkesudahan. Budaya popular seperti kelab-kelab tarian bawah tanah dan seni jalanan Mexico City ke kraftangan indah penduduk pribumi bergiat rancak di kalangan penduduk-penduduknya.

Pelancong juga tidak patut melepaskan peluang untuk menikmati makanan-makanan Mexico. Kepelbagaian budaya di Mexico membuatkan menikmati makanan di negara itu satu pengembaraan penuh. Hidangan Mexico yang yang harus dicuba termasuk Yucatán's cochinita pibil (daging khinzir yang dipanggang dengan lama) dan taquerías yang boleh didapati di mana-mana sahaja di Mexico. Ia diperbuat dari kepingan tortilla yang diisi dengan pelbagai intian dan disaluti salsa buatan sendiri.

Selain itu, pelancong tidak boleh benar-benar mengalami Mexico tanpa mengenali penduduknya. Penduduknya benar benar pelbagai, dari Mexico City hipsters kepada penduduk asli Chiapas yang pemalu, kesemuanya terkenal kerana cinta mereka kepada warna dan kerap berpesta. Namun begitu, mereka juga rakyat berfalsafah tetapi memedulikan konsep masa. Orang Mexico biasanya bersopan-santun dan sering berfikiran positif serta berbudi Bahasa terhadap tetamu. Mereka bangga menjadi rakyat Mexico dan tidak takut menunjukkan rasa cinta mereka terhadap negara mereka.

Dari segi visa pula, Kementerian Luar Mexico menetapkan warga asing yang berhasrat untuk melawat Mexico kurang daripada 180 hari untuk tujuan pelancongan atau perniagaan, atau 30 hari jika dalam transit, boleh memasuki Mexico tanpa visa. Perkhidmatan ini disediakan untuk warga negara semua negara Kesatuan Eropah, termasuk Andorra, Argentina, Australia, Bahamas, Barbados, Belize, Brazil, Kanada, Chile, Colombia, Costa Rica, Hong Kong, Iceland, Israel, Jamaica, Jepun, Liechtenstein, Macau, Kepulauan Marshall, Malaysia, Micronesia, Monaco, New Zealand, Norway, Palau, Panama, Paraguay, Peru, San Marino, Singapura, Korea Selatan, Switzerland, Trinidad dan Tobago, Amerika Syarikat, Uruguay, Vatican City dan Venezuela. Semua pelawat ke Mexico dikehendaki mendapatkan kad pelancong secara sah. Kad pelancong Mexico ini dikenali secara rasmi sebagai Forma Migratoria Múltiple atau FMM dan mesti disimpan bersama-sama dengan pasport anda agar ia boleh dikembalikan kepada kerajaan Mexico ketika masa keberangkatan.



Bagaimana untuk ke Sana?

Menaiki Kapal Terbang

Pelancong boleh membuat pilihan untuk terbang ke Mexico dari Kanada atau Amerika Syarikat. Syarikat penerbangan seperti Air Canada, West Jet, Air Transat, Aeromexico dan Sunwing menawarkan penerbangan tanpa henti dari Kanada ke destinasi percutian popular di Mexico seperti Cancun, Puerto Vallarta dan San José del Cabo. Pelancong juga boleh mengambil penerbangan dari bandar-bandar Eropah seperti London, Frankfurt, Munich, Paris, Amsterdam, Madrid dan Rom. Mereka yang merancang untuk mengambil penerbangan dari Asia boleh memilih Aeromexico dan All Nippon Airways kerana kedua-duanya mempunyai penerbangan tanpa henti dari Tokyo-Narita ke Mexico City. Aeromexico juga menawarkan penerbangan dari Seoul-Incheon dan Shanghai-Pudong ke Mexico City.

Menaiki Kereta

Bagi mereka yang merancang untuk memandu ke Mexico dari Amerika Syarikat perlu mendapatkan permit bagi kereta yang memiliki nombor pendaftaran asing sebelum dibenarkan masuk ke Mexico. Pelancong juga perlu mendapatkan insurans motokar Mexico untuk memandu di Mexico kerana polisi insurans AS dan Kanada tidak diterima di negara tersebut. Apa-apa kemalangan walaupun kecil boleh membawa kepada hukuman penjara jika pelancong didapati tidak mempunya polisi insurans yang sah. Insurans motokar Mexico boleh didapati di BusyCactus.com, Lewis dan Lewis, Insurans Sanborns, Oscar Padilla dan AAA.

Menaiki Bas

Sistem bas antara bandar Mexico dilaporkan antara terbaik di dunia. Terdapat banyak syarikat perkhidmatan bas yang berbeza, tetapi kesemuanya menggunakan sistem tiket berkomputer pusat. Terdapat banyak syarikat bas yang berpangkalan di Mexico dengan pejabat cawangan di bandar-bandar utama AS yang menyediakan pengangkutan rentas sempadan seperti Omnibus Mexicanos, El Expresso, El Paso-Los Angeles Limosin Express, Turimex Internacional dan TUFESA Bus Lines.

Apa yang Ingin Dilakukan di Sana?

Cancún dan Mayan Riviera

Cancún, Playa del Carmen dan Pulau Cozumel, secara kolektif dikenali sebagai Mayan Riviera terletak di sepanjang pantai di Teluk Mexico. Walaupun Kawasan ini menarik lebih daripada 5 juta pelawat setiap tahun, anda tidak akan berasa sesak kerana pantai-pantainya yang luas dan air laut jernih yang tidak berkesudahan. Kawasan ini juga menawarkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti menyelam snorkel di antara terumbu dan ikan-ikan tropika, serta menyelam skuba di muzium bawah air di dunia yang terbesar dan koleksi arca yang terendam di kedalaman sehingga lapan meter. Selain itu, pelancong juga boleh melawat reruntuhan Mayan kuno di rantau ini, dengan beberapa tempat yang paling dekat di dalam jarak berjalan kaki dari pantai. Selain itu Chichén Itzá dan Tulum yang paling besar dan paling menarik terletak hanya beberapa jam sahaja dari kawasan itu.

Bandar Mexico

Mexico City bukan sahaja merupakan ibu negara Mexico, ia juga pusat kerajaan dan adalah salah satu destinasi yang paling popular di negara ini. Tarikan badar Mexico adalah kerana muzium-muzium, galeri seni bertaraf dunia dan lokasi-lokasi menarik. Pelancong Walaupun terdapat banyak lokasi menarik di bandar ini pelancong tidak perlu berasa gusar dan sebaliknya menumpukan lawatan mereka ke pusat bandar Mexico yang bersejarah (Centro Histórico de la Ciudad), sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang seluas 15-kilometer persegi dan mempunyai lebih daripada 1,400 bangunan kolonial penting dari abad ke-16 hingga abad ke-19. Di sini pelancong akan mendapati sebahagian besar tarikan utama di Mexico City adalah dalam jarak berjalan kaki dari Constitution Square (Plaza de la Constitución), plaza utama bandar Mexico yang sibuk dan juga Istana Negara, Katedral Metropolitan dan Templo Mayor bersama peninggalan Aztec.

Chichén Itzá: Mayan Metropolis

Bagi mereka yang melawat Cancún dan Playa del Carmen atau ibukota Yucatán Mérida tidak patut ketinggalan untuk melawat bandar Mayan yang indah di Chichén Itzá. Ia adalah salah satu daripada tapak arkeologi yang dibaikpulih yang terbaik di Mexico dan merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Pengunjung ke Metropolis ini pasti akan menghargai El Castillo yang juga dikenali sebagai Piramid Kukulkán, struktur tertinggi di Chichén Itzá yang setinggi 30 meter dan juga Caracol yang menakjubkan, tapak pemerhatian yang berumur hampir 1,000 tahun.

Di mana Tempat Penginapan di Sana?

Hostel Hospedarte Centro

Untuk pelancong bajet yang melawat Guadalajara boleh mempertimbangkan untuk menginap di asrama ini. Hostel Hospedarte Guadalajara Centro menggunakan bangunantahun 1900 yang diubahsuai dan menyediakan kawasan umum yang luas serta dilengkapi meja pool dan kerusi "equipales" Mexico. Kawasan umum ini mewujudkan suasana yang sempurna untuk berinteraksi dengan tetamu-tetamu lain dan saling bertukar pengalaman perjalanan. Hostel Hospedarte Centro terletak beberapa minit dari tarikan-tarikan di bandar ini. Ia terletak 1 minit berjalan kaki ke Plazas utama (Plaza de la Liberacion & Plaza de armas), 3 minit berjalan kaki ke Katedral dan 5 minit berjalan kaki ke Pasar Bandaraya.

One Ciudad de México Alameda

Hotel ini menawarkan bilik pada harga berpatutan. Lokasinya amat strategik dan terletak berhampiran dengan salah satu jalan utama di bandar ini. Ia terletak 10 minit dari Istana Seni Halus, 10 minit dari pejabat Setiausaha Hubungan Luar dan 20 minit dari dataran bandar Zocalo dan Katedral Metropolitan. Hotel ini menawarkan 117 bilik tetamu, restoran yang menyajikan sarapan panas percuma dan dibuka dari jam 6 pagi hingga 10 malam pada hari minggu dan dari jam 7 pagi hingga 11 malam pada hujung minggu. Ia adalah hotel 100% bebas rokok.

JW Marriott Cancun Resort & Spa

Hotel bertaraf 5 bintang ini hanya 1 minit berjalan kaki dari pantai Cancun. Hotel mewah pemenang Anugerah AAA Five Diamond ini menawarkan penginapan yang selesa serta mempunyai spa yang hanya beberapa langkah dari perairan biru Caribbean. JW Marriott juga menawarkan spa eksklusif Mayan yang memberi perkhidmatan melegakan badan dan minda. Bilik-bilik di Marriott Cancun dilengkapi dengan TV LCD 32-inci dan peralatan tempat tidur yang mewah.

Baca lagi

Facts about hotel in Mexico

Total Accommodation
20 Properties
Popular Region
Bandar Mexico, Reforma
Popular Hotel
Hotel Xcaret Arte – All Parks / All Fun Inclusive, Adults Only, Hyatt Regency Mexico City

Soalan Lazim

Apakah kawasan terbaik untuk dilawati yang berdekatan dengan Mexico?
Jika anda berada di Mexico, anda juga boleh melawati Bandar Mexico, Colima, Coahuila, Chihuahua, Chiapas, Campeche, Baja California, Zacatecas, Yucatán, Veracruz
Berapa banyak hotel disenaraikan di Mexico?
Currently, there are around 20 hotels that you can book in Mexico

Guest reviews in hotel near Mexico

8.4
Mengagumkan
3,954,270 reviews from hotels in Mexico with aggregated rating of 8.4/10.
Review from various users that have stayed in hotel near Mexico will help you to choose the perfect hotel easily!

Mengapa menempah penginapan di Traveloka?

Sedia untuk Anda dalam 24/7
Live chat, e-mel atau panggilan telefon, Khidmat Pelanggan kami boleh Anda percayai dengan satu klik sahaja.
Banyak pilihan fleksibiliti
Rancang & sesuaikan perjalanan Anda tanpa kerumitan dengan Pembatalan Percuma, Bayar di Hotel, dan banyak lagi.
Pelbagai cara pembayaran yang selamat sesuai pilihan Anda
Pilih cara pembayaran yang Anda mahukan dari pelbagai pilihan pembayaran global yang tersedia.

Kami ada pilihan lebih, tak hanya hotel

Terokai pelbagai penginapan menyesuaikan kebutuhan Anda

Apa yang menarik minat Anda?