Hotel Pakistan

Hotel Terbaik di Pakistan

Ciptakan perjalanan mempesona, teroka penginapan terbaik di Pakistan,
Bandar, destinasi, atau nama hotel
Tarikh Daftar Masuk & Daftar Keluar
Tempoh: 1 Malam
Tetamu dan Bilik
Cari
  1. /
  2. 3,221Hotel di Pakistan

Hotel popular di Pakistan

Semak hotel terpilih berikut dan ulasannya yang terkini
Primary image 1 Avari Towers Karachi, Hotel Pakistan
8
(239)
Sangat Baik
Hotel
Daerah Karachi, Sindh
Kelab kesihatan
Teres atas bumbung
Bar tepi kolam renang
Payung pantai
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 731.23
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Roomy Signature Hotel, Hotel Pakistan
Hotel
Wilayah Ibu Negara Islamabad, Pakistan
Harga sekitar
RM 512.38
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Pearl Continental Lahore, Hotel Pakistan
Hotel
Lahore District, Punjab
Kelab kesihatan
Bilik wap
Pengangkutan dari lapangan terbang
Sauna
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 425.62
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Pearl Continental Hotel Karachi, Hotel Pakistan
8.2
(386)
Sangat Baik
Hotel
Daerah Karachi, Sindh
Bilik wap
Pengangkutan dari lapangan terbang
Kerusi berjemur kolam renang
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 701.05
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Hotel de Papae Intl, Hotel Pakistan
8.2
(12)
Sangat Baik
Hotel
Wilayah Ibu Negara Islamabad, Pakistan
Bar
Harga sekitar
RM 235.60
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Pearl Continental Rawalpindi, Hotel Pakistan
Hotel
Daerah Rawalpindi, Punjab
Pakej lamaran romantik
Kelab kesihatan
Gelanggang tenis terbuka
Payung pantai
Tab panas
Bar
Harga sekitar
RM 451.03
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Marriott Karachi Hotel, Hotel Pakistan
8
(213)
Sangat Baik
Hotel
Daerah Karachi, Sindh
Bilik wap
Pengangkutan dari lapangan terbang
Tab panas
Sauna
Daftar keluar ekspres
Bar
Harga sekitar
RM 796.94
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Islamabad Serena Hotel, Hotel Pakistan
8.6
(174)
Sangat Baik
Hotel
Wilayah Ibu Negara Islamabad, Pakistan
Kedai
Teres atas bumbung
Pengangkutan dari lapangan terbang
Sauna
Daftar keluar ekspres
Spa
Harga sekitar
RM 654.11
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Ramada by Wyndham Lahore Gulberg II, Hotel Pakistan
Hotel
Lahore District, Punjab
Bilik wap
Pengangkutan dari lapangan terbang
Tab panas
Kerusi berjemur kolam renang
Daftar keluar ekspres
Spa
Harga sekitar
RM 518.70
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Ramada by Wyndham Multan, Hotel Pakistan
8.6
(49)
Sangat Baik
Hotel
Bahagian Multan, Punjab
Penjagaan anak
Kelab kesihatan
Bar tepi kolam renang
Pengangkutan dari lapangan terbang
Kawasan berkelah
Bar
Harga sekitar
RM 298.67
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Pearl Continental Bhurban, Hotel Pakistan
Hotel
Abbottabad Tehsil, Abbottābād District
Kelab malam
Kelab kesihatan
Bilik permainan
Gelanggang tenis terbuka
Payung pantai
Bar
Harga sekitar
RM 749.13
Lihat Ketersediaan
Lobby 1 Hotel Rose Wood, Hotel Pakistan
2
(1)
Sederhana
Hotel
Daerah Karachi, Sindh
Harga sekitar
RM 162.98
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Beach Luxury Hotel, Hotel Pakistan
7.6
(24)
Baik
Hotel
Daerah Karachi, Sindh
Biliard
Harga sekitar
RM 572.46
Lihat Ketersediaan
Hotel Mehran 1, Hotel Pakistan
6.8
(15)
Baik
Hotel
Daerah Karachi, Sindh
Harga sekitar
RM 307.78
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Hotel Nova, Hotel Pakistan
8.4
(4)
Sangat Baik
Hotel
Lahore District, Punjab
Kedai
Harga sekitar
RM 191.13
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Islamabad Marriott Hotel, Hotel Pakistan
8.4
(244)
Sangat Baik
Hotel
Wilayah Ibu Negara Islamabad, Pakistan
Kedai
Payung pantai
Sauna
Daftar keluar ekspres
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 640.14
Lihat Ketersediaan
Room 1 Kehkashan Huest House, Hotel Pakistan
Rumah Tetamu
Daerah Karachi, Sindh
Harga sekitar
RM 266.60
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Quetta Serena Hotel, Hotel Pakistan
7.3
(18)
Baik
Hotel
Daerah Pishin, Balochistān
Kelab kesihatan
Gelanggang tenis terbuka
Bar tepi kolam renang
Pengangkutan dari lapangan terbang
Daftar keluar ekspres
Bar
Harga sekitar
RM 504.04
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Chalet Islamabad, Hotel Pakistan
7.2
(28)
Baik
Hotel
Wilayah Ibu Negara Islamabad, Pakistan
Teres atas bumbung
Daftar keluar ekspres
Kawasan berkelah
Harga sekitar
RM 267.03
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Islamabad Hotel, Hotel Pakistan
7.6
(17)
Baik
Hotel
Wilayah Ibu Negara Islamabad, Pakistan
Kelab kesihatan
Pengangkutan dari lapangan terbang
Harga sekitar
RM 506.28
Lihat Ketersediaan

Terokai promosi

Temui perkara yang Anda suka

Lebih lanjut tentang hotel di Pakistan

Republik Islam Pakistan ataupun Pakistan merupakan sebuah negara yang terletak di Asia Selatan. Ia mempunyai garis pantai sepanjang 1,046 kilometer (650 batu) di sepanjang Laut Arab di bahagian Selatan. Pakistan juga bersempadan dengan Afghanistan dan Iran di bahagian Barat, India di Timur dan China di bahagian Timur Laut. Majoriti penduduk Pakistan adalah Muslim Sunni. Pakistan merupakan negara ke-6 di dalam dunia yang mempunyai penduduk paling ramai. Pakistan juga adalah negara ke-2 teramai yang mempunyai penduduk beragama Islam di dunia selepas Indonesia. Asal usul Pakistan adalah merupakan sebahagian daripada India. Pakistan berpecah kepada dua iaitu Pakistan Barat dan Pakistan Timur. Pakistan Timur kini dikenali sebagai Bangladesh. Pakistan pernah dijajah oleh British dan menjadi sebahagian daripada India Brisitsh yang berpusat di Delhi. Tapak tamadun purba Mahenjo Daro yang terkenal terletak di Lembah Indus, Pakistan. Lembah Indus ini pernah dijajah oleh kuasa besar pada masa dulu iaitu Parsi dan Greek. Kemudian, Pakistan dikuasai oleh kuasa Arab, Afghanistan dan Turki. Lembah Indus pada waktu dahulu pernah terdiri daripada beberapa kerajaan purba termasuklah Mehrgarh yang merupakan salah satu bandar purba yang terawal diketahui. Tamadun Lembah Indus juga terdapat di Harappa dan Mohenjo-daro. Wilayah ini pernah ditakluk oleh beberapa penakluk seperti Harappa, Indo-Arya, Parsi, Yunani, Saka, Parthia, Kushan, White Hun, Afghan, Arab, Turki dan Mughal.

Nama Pakistan adalah singkatan dari perkataan Punjab, Afghan, Kashmir, Sindh dan juga Balochistan. Nama ini mula diperkenalkan pada tahun 1934 oleh Choudhary Rahmat Ali di dalam risalah Now or Never. Pakistan dikenali sebagai Dominasi Pakistan pada tahun 1947. Kemudian namanya ditukar kepada Republik Islam Pakistan pada tahun 1956. Negara Pakistan ini terdiri daripada empat buat wilayah iaitu Sindh, Punjab, Balochistan dan wilayah sempadan Barat Laut. Pakistan juga menguasai sebahagian wilayah Kashmir yang juga dituntut oleh India.

Pelancong yang ingin datang ke Pakistan kebiasaanya memerlukan visa. Terdapat pelbagai jenis visa yang boleh dipohon oleh pelancong. Sesetengah pelancong boleh memohon visa apabila tiba di Pakistan. Walau bagaimanapun, permohonan visa semasa tiba di Pakistan adalah bagi mereka yang melancong bersama satu kumpulan ataupun untuk tujuan urusan perniagaan. Bagi pelancong individu, Pakistan tidak menawarkan servis visa semasa ketibaan. Menurut majalah Wanderlust, visa ke Pakistan merupakan salah satu visa yang sukar diperoleh. Terdapat 5 buah negara yang tidak memerlukan visa untuk masuk ke Pakistan iaitu Maldives, Nepal, Samoa, Tonga dan Trinidad and Tobago. Bagi rakyat Malaysia, anda boleh memohon visa semasa tiba di Pakistan jika anda datang ke Pakistan untuk bekerja ataupun melancong bersama kumpulan. Bagi pelancong individu dari Malaysia, anda perlu memohon visa. Anda boleh berada di Pakistan selama 90 hari selepas visa diluluskan.

Pakistan mempunyai lebih daripada 60 bahasa yang digunakan di dalam negara itu. Bahasa Urdu, merupakan bahasa lingua franca dan menjadi identity penduduk muslim. Bahasa Urdu ini merupakan bahasa kebangsaan yang difahami oleh lebih 75% masyarakat Pakistan. Bahasa ini merupakan medium utama untuk berkomunikasi di dalam negara itu. Walau bagaimanapun, bahasa ini digunakan oleh 8% daripada populasi Pakistan. Bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi Pakistan. Ia digunakan dalam urusan rasmi dan kerajaan. Selain daripada itu, Bahasa Punjabi merupakan bahasa yang paling banyak digunakan dalam kalangan populasi Pakistan di Punjab. Bahasa Saraiki pula kebiasaanya digunakan di Selatan Punjab dan Hindko. Bahasa Sindhi digunakan di Sindh manakala bahasa Balochi digunakan di Balochistan.

Pakistan mempunyai tiga musim iaitu musim sejuk, musim panas dan musim monsun. Musim sejuk di Pakistan adalah dari bulan November hingga Mac. Manakala musim panas di Pakistan adalah dari bulan April hingga Julai. Musim monsun pula adalah dari bulan Julai hingga September. Masa yang terbaik untuk melawat ke Pakistan adalah dari bulan November hingga Mac kerana pada ketika itu, cuacanya cerah dan sejuk. Sekiranya anda ingin membuat aktiviti merentas hutan di Utara Pakistan, anda boleh datang pada bulan April hingga Oktober. Selain daripada bulan tersebut, cuaca di gunung-ganangnya akan bersalji dan akan menyukarkan anda untuk bergerak ke satu-satu tempat.

Terdapat pelbagai makanan dan minuman di Pakistan. Mereka punyai banyak variasi makanan dan minuman. Antara makanan dan minuman yang terkenal di Pakistan ini adalah dhal, nashta, ayam karahi, raita (salad sayur dan yogurt), lassi (minuman yogurt), briyani, kebab dan macam-macam lagi. Kebanyakan masakan di Pakistan mempunyai pengaruh dari India.

Bagaimana untuk ke Sana?

Menaiki Kapal Terbang

Pakistan mempunyai banyak lapangan terbang. Walau bagaimanapun, bukan kesemua lapangan terbang boleh digunakan oleh orang awam. Empat lapangan terbang yang utama di Pakistan adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah yang terletak di Karachi, Lapangan Terbang Antarabangsa Benazir Bhutto yang terletak di Islamabad, Lapangan Terbang Antarabangsa Allama Iqbal yang terletak di Lahore dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bacha Khan yang terletak di Peshawar. Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah merupakan lapangan terbang yang tersibuk di Pakistan dengan jumlah penumpang dan pergerakan pesawat yang banyak berbanding lapangan terbang yang lain.

Jika anda datang dari Malaysia untuk ke destinasi seperti Karachi, Islamabad, Lahore ataupun Peshawar, anda boleh mengambil penerbangan seperti:

Karachi – Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah

Anda boleh memilih untuk menaiki penerbangan Pakistan International Airlines, Malaysia Airlines, Emirates ataupun Thai Airways. Walau bagaimanapun, hanya Pakistan International Airlines sahaja yang menyediakan penerbangan terus ke Karachi. Penerbangan lain seperti Malaysia Airlines, Emirates ataupun Thai Airways masing-masing memerlukan transit di lapangan terbang lain. Bagi penerbangan Malaysia Airlines dan Thai Airways, mereka akan transit di Bangkok. Manakala, penerbangan Emirates akan transit di Dubai. Tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Karachi adalah sekitar RM 1,024 dan ke atas. Tiket penerbangan yang paling murah adalah daripada Pakistan International Airlines iaitu RM 1,024. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Karachi akan mengambil masa selama 5 jam 55 minit.

Islamabad – Lapangan Terbang Antarabangsa Benazir Bhuttho

Untuk ke Islamabad dari Kuala Lumpur, anda boleh memilih untuk menaiki penerbangan Thai Airways ataupun Pakistan International Airlines. Walau bagaimanapun, tiada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Islamabad. Harga tiket penerbangan yang paling murah adalah dari Thai Airways dengan harga RM 1,017 untuk satu hala. Jika anda menaiki Thai Airways untuk ke Islamabad, anda perlu transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi terlebih dahulu sebelum berlepas ke Islamabad.

Lahore – Lapangan Terbang Antarabangsa Allama Iqbal

Bagi anda yang inginkan ke Lahore pula, anda boleh mengambil penerbangan Pakistan International Airlines ataupun Thai Airways. Tiada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Lahore. Pakistan International Airlines menawarkan harga tiket penerbangan yang termurah iaitu RM 845 bagi satu hala.

Peshawar – Lapangan Terbang Antarabangsa Bacha Khan

Bagi anda yang ingin ke Peshawar pula, anda boleh memilih beberapa penerbangan seperti Pakistan International Airlines, Qatar Airways dan juga Emirates. Tiada penerbangan terus ditawarkan oleh mana-mana penerbangan. Harga tiket penerbangan yang termurah adalah daripada Pakistan International Airlines iaitu RM 1,025. Dengan menaiki Pakistan International Airlines, anda perlu transit di Karachi terlebih dahulu sebelum tiba di Peshawar.

Apa yang Ingin Dilakukan di Sana?

Karachi - Mohatta Palace Museum

Mohatta Palace Museum ini terletak di Karachi, Sindh, Pakistan. Ia dibina di sebelah pantai oleh Shivratan Chandraratan Mohatta. Muzium ini mempamerkan artifak kebudayaan yang terdapat di Pakistan.

Mazar-e-Quaid

Dikenali juga sebagai Makam Jinnah ataupun Makam Negara. Di sini tempat bersemadi Quaid-e-Azam Muhammad Ali Jinnah iaitu pengasas kepada Pakistan.

Lahore - Sheesh Mahal

Sheesh Mahal ini terletak di dalam blok Shah Burj di sudut Utara-Barat Kubu Lahore. Ia dibina pada tahun 1632 dan mempunyai seni bina yang sangat cantik.

Lahore Fort

Lahore Fort ini terletak di bandar Lahore. Lahore Fort terletak di hujung Utara Kota Tembok Lahore.

Badshahi Mosque

Badshahi Mosque ini terletak di daerah Punjab. Masjid ini dibina pada tahun 1670 menggunakan batu pasir merah dan mempunyai 4 menara yang menawan.

Islamabad - Faisal Mosque

Masjid ini terletak di Islamabad. Masjid ini mempunyai ciri seni bina yang kotemporari. Masjid ini juga mempunyai 8 sisi konkrit yang diilhamkan oleh khemah Bedouin.

Pakistan Monument

Monumen ini berbentuk seperti bunga yang sedang berkembang. Ia merupakan monumen negara dan muzium warisan di Pakistan. Monumen ini menjadi simbolik kepada perpaduan masyarakat di Pakistan.

Di mana Tempat Penginapan di Sana?

Pearl Continental Lahore

Hotel Pearl Continental Lahore ini terletak di Lahore. Hotel menawarkan pelbagai servis yang menarik untuk anda. Staf hotel ini juga bakal melayani anda dengan hospitaliti yang terbaik. Hotel ini juga mempunyai banyak restoran yang menawarkan masakan yang bervariasi.

Dreamworld Resort, Hotel and Golf Course

Hotel ini terletak di Karachi. Hotel ini salah satu hotel yang terbaik yang anda boleh dapatkan di Karachi. Hotel ini menawarkan pemandangan yang cantik untuk anda berseronok dan berehat bersama rakan ataupun keluarga. Terdapat banyak kemudahan yang ada di Dreamworld Resort, Hotel and Golf Course ini seperti aktiviti air, menunggang kuda dan lain-lain lagi.

Islamabad Serena Hotel

Hotel bertaraf 5 bintang ini bakal membuat anda terpegun dengan kecantikan dan kemewahannya. Islamabad Serena Hotel ini terletak di Islamabad. Kualiti, layanan dan kemudahan yang disediakan teramat baik. Lokasinya juga sangat strategik kerana ia terletak di tengah bandar Islamabad.

Karachi Marriott Hotel

Karachi Marriott Hotel ini terletak di bandar Karachi. Hotel ini bertaraf 4 bintang. Hotel ini menjanjikan penginapan yang anda tidak akan lupakan. Servis yang disediakan amatlah baik. Terdapat beberapa restoran di dalam Karachi Marriott Hotel ini. Anda dapat mencuba kesemua masakan yang ada di hotel ini. Rasai pengalaman seperti berada di rumah ketika anda di Karachi Marriott Hotel ini.

Pearl-Continental Hotel Peshawar

Hotel ini terletak di Peshawar. Ia merupakan salah satu hotel yang terbaik di Peshawar. Kualiti makanan, bilik dan juga servis di hotel ini merupakan salah satu yang terbaik di Peshawar.

Baca lagi

Facts about hotel in Pakistan

Total Accommodation
20 Properties
Popular Region
Punjab, Daerah Karachi
Popular Hotel
Marriott Karachi Hotel, Islamabad Serena Hotel

Soalan Lazim

Apakah kawasan terbaik untuk dilawati yang berdekatan dengan Pakistan?
Berapa banyak hotel disenaraikan di Pakistan?
Currently, there are around 20 hotels that you can book in Pakistan

Guest reviews in hotel near Pakistan

7.7
Menyenangkan
14,379 reviews from hotels in Pakistan with aggregated rating of 7.7/10.
Review from various users that have stayed in hotel near Pakistan will help you to choose the perfect hotel easily!

Mengapa menempah penginapan di Traveloka?

Sedia untuk Anda dalam 24/7
Live chat, e-mel atau panggilan telefon, Khidmat Pelanggan kami boleh Anda percayai dengan satu klik sahaja.
Banyak pilihan fleksibiliti
Rancang & sesuaikan perjalanan Anda tanpa kerumitan dengan Pembatalan Percuma, Bayar di Hotel, dan banyak lagi.
Pelbagai cara pembayaran yang selamat sesuai pilihan Anda
Pilih cara pembayaran yang Anda mahukan dari pelbagai pilihan pembayaran global yang tersedia.

Kami ada pilihan lebih, tak hanya hotel

Terokai pelbagai penginapan menyesuaikan kebutuhan Anda

Apa yang menarik minat Anda?