Hotel Serbia

Hotel Terbaik di Serbia

Ciptakan perjalanan mempesona, teroka penginapan terbaik di Serbia,
Bandar, destinasi, atau nama hotel
Tarikh Daftar Masuk & Daftar Keluar
Tempoh: 1 Malam
Tetamu dan Bilik
Cari
  1. /
  2. 2,035Hotel di Serbia

Hotel popular di Serbia

Semak hotel terpilih berikut dan ulasannya yang terkini
Exterior view 1 Mama Shelter Belgrade, Hotel Serbia
9
(410)
Cemerlang
Hotel
Daerah Banat Selatan, Autonomna Pokrajina Vojvodina
Daftar keluar ekspres
Harga sekitar
RM 579.04
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Garni Hotel Le Petit Piaf, Hotel Serbia
8.6
(99)
Sangat Baik
Hotel
Daerah Banat Selatan, Autonomna Pokrajina Vojvodina
Pengeluar wain
Perkhidmatan limo atau kereta bandar
Bar
Harga sekitar
RM 402.74
Lihat Ketersediaan
Room 1 Novel Inn, Hotel Serbia
9
(54)
Cemerlang
Apartmen
Novi Beograd, Belgrade
Biliard
Bilik permainan
Daftar keluar ekspres
Harga sekitar
RM 306.46
Lihat Ketersediaan
Lobby lounge 1 Square Nine Hotel Belgrade-The Leading Hotels of The World, Hotel Serbia
Hotel
Daerah Banat Selatan, Autonomna Pokrajina Vojvodina
Perkhidmatan limo atau kereta bandar
Kelab kesihatan
Teres atas bumbung
Tab panas
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 3,166.80
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Side One Design Hotel, Hotel Serbia
8
(87)
Sangat Baik
Hotel
Daerah Banat Selatan, Autonomna Pokrajina Vojvodina
Daftar keluar ekspres
Harga sekitar
RM 221.80
Lihat Ketersediaan
Exterior 1 Mercure Belgrade Excelsior, Hotel Serbia
8.8
(211)
Sangat Baik
Hotel
Daerah Banat Selatan, Autonomna Pokrajina Vojvodina
Harga sekitar
RM 432.87
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Metropol Palace Belgrade, Hotel Serbia
8.5
(760)
Sangat Baik
Hotel
Daerah Banat Selatan, Autonomna Pokrajina Vojvodina
Perkhidmatan limo atau kereta bandar
Bilik permainan
Tab panas
Daftar keluar ekspres
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 537.13
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Belgrade Art Hotel, a member of Radisson Individuals, Hotel Serbia
Hotel
Daerah Banat Selatan, Autonomna Pokrajina Vojvodina
Perkhidmatan limo atau kereta bandar
Bilik wap
Perpustakaan
Sauna
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 473.93
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Hotel Mar Garni, Hotel Serbia
9.2
(168)
Cemerlang
Hotel
Daerah Srem, Autonomna Pokrajina Vojvodina
Bar
Harga sekitar
RM 325.80
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Constantine the Great, Hotel Serbia
8.6
(100)
Sangat Baik
Hotel
Daerah Banat Selatan, Autonomna Pokrajina Vojvodina
Perpustakaan
Bar
Harga sekitar
RM 364.15
Lihat Ketersediaan
Hotel Exterior 1 Crowne Plaza BELGRADE by IHG, an IHG Hotel, Hotel Serbia
Hotel
Daerah Banat Selatan, Autonomna Pokrajina Vojvodina
Kasino
Tenis
Pusat kecergasan
Bar
Harga sekitar
RM 731.57
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Feel Belgrade Aparthotel, Hotel Serbia
9.2
(232)
Cemerlang
Apartmen
Daerah Banat Selatan, Autonomna Pokrajina Vojvodina
Perkhidmatan limo atau kereta bandar
Daftar keluar ekspres
Harga sekitar
RM 2,536.11
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Queen's Astoria Design Hotel, Hotel Serbia
Hotel
Daerah Banat Selatan, Autonomna Pokrajina Vojvodina
Bar
Harga sekitar
RM 512.57
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Hotel Moskva, Hotel Serbia
9
(1,001)
Cemerlang
Hotel
Daerah Banat Selatan, Autonomna Pokrajina Vojvodina
Mandian Turki
Kedai
Sauna
Daftar keluar ekspres
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 619.60
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Zepter Hotel Belgrade, member of Zepter Hotels, Hotel Serbia
Hotel
Daerah Banat Selatan, Autonomna Pokrajina Vojvodina
Perkhidmatan limo atau kereta bandar
Perpustakaan
Sauna
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 532.54
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Hollywoodland Wellness & Spa Hotel, Hotel Serbia
Hotel
Novi Beograd, Belgrade
Taman air
Bilik wap
Payung pantai
Tab panas
Sauna
Spa
Harga sekitar
RM 315.90
Lihat Ketersediaan
Hotel Exterior 1 Five Points Square - City Center, Hotel Serbia
Hotel
Daerah Banat Selatan, Autonomna Pokrajina Vojvodina
Harga sekitar
RM 244.81
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Aparthotel SPA Woodside by Anaya, Hotel Serbia
Apartmen
Opština Raška, Raška
Pengangkutan dari lapangan terbang
Kawasan berkelah
Spa
Harga sekitar
RM 636.23
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Airport Apartments, Hotel Serbia
7.1
(34)
Baik
Rumah Tetamu
Novi Beograd, Belgrade
Harga sekitar
RM 81.89
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Nevski Hotel, Hotel Serbia
9
(125)
Cemerlang
Hotel
Daerah Banat Selatan, Autonomna Pokrajina Vojvodina
Bar
Harga sekitar
RM 441.94
Lihat Ketersediaan

Terokai promosi

Lebih lanjut tentang hotel di Serbia

Serbia adalah sebuah negara yang terletak di pertengahan Balkan di Eropah Tenggara. Sempadan bagi Serbia adalah Hungary di utara, Romania dan Bulgaria di timur, Macedonia di selatan serta Montenegro, Herzegovina, Bosnia dan Croatia di barat. Ibu kota di Serbia ialah Belgrade. Bandar ini adalah salah satu bandar terbesar dan paling tua di Eropah Timur Selatan. Belgrade mempunyai keluasan sebesar 360 kilometer persegi. Penduduk Belgrade adalah dalam sekitar 1.369 juta orang pada tahun 2015 dan akan dijangka lebih ramai pada masa akan datang.

Pada abad kedua, negara ini telah ditawan oleh orang Rom. Semasa pemerintahan Rom, Serbia telah meluaskan beberapa wilayah seperti Macedonia, Dacia, Dalmatia, Praevalitana, Pannonia dan Moesia. Terdapat tujuh belas pemerintah Rom yang telah dilahirkan pada zaman moden Serbia. Salah seorang daripada mereka ialah Constantine the Great. Dia adalah pemerintah Kristian pertama yang mengarahkan toleransi kepada agama. Sejak itu, semua pemerintah Serbia menganut agama Kristian. Pada abad ke-6, negara ini telah menjadi lebih luas dengan adanya Skada, Morava, Sava dan Neretva. Kemudian, Serbia telah diperintah oleh dinasti Nemanjic. Pada masa itu, Serbia telah berjaya menjadi sebuah kerajaan dan pengaruhnya terus berkembang ke wilayah lain. Walau bagaimanapun, kuasa Serbia tidak dapat bertahan lama. Ia telah terjadi bermulanya pertempuran Kosovo pada tahun 1939. Kemudian, Serbia ditaklukkan oleh kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1459. Pada abad ke-16, negara ini telah berada di bawah pemerintahan Jovan Nenad.

Semasa pemerintahan Uthmaniyyah, orang Kristian di Serbia dianggap sebagai golongan rendah dan mereka perlu membayar cukai yang sangat besar. Sebahagian majoriti kecil Serbia telah mengamalkan agama Islam. Kerajaan Uthmaniyyah hanya membenarkan orang Serbia mengamalkan tradisi dan budaya mereka secara terhad dan “Serbian Patriarchate of pec” telah dimansuhkan oleh mereka. Penduduk Serbia tidak berpuas hati dengan peraturan kerajaan Uthmaniyyah dan mereka telah membuat beberapa surat rayuan supaya mereka dibenarkan untuk meninggalkan negara ini Pada tahun 1718 hingga 1939, Serbia Tengah berjaya di bawah pemerintahan Habsburg Monarchy. Serbia adalah salah satu negara di Balkan yang berjaya menghapuskan sistem feudalisme. Kemudian, berlakunya pertempuran antara Uthmaniyyah dan Serbia pada tahun 1862. Pada tahun 1865, negara ini telah Berjaya memperoleh kemerdekaan kerana tentera Turki telah meninggalkan Principality. Walau bagaimanapun, Uthmaniyyah cuba bersatu dengan Bosnia dan disebabkan itu, Serbia telah mengisytiharkan perang. Negara ini telah memperoleh kemerdekaan secara rasmi yang telah diiktiraf di Kongres Berlin.

Pada tahun 1882, Serbia telah menjadi sebuah kerajaan yang diperintah oleh Raja Millan I. Pada tahun 1912, Balkan berjaya menawan wilayah Eropah seperti Kosovo dan Raska. Ini adalah kerana mereka berjaya mengalahkan Empayar Uthmaniyyah semasa Perang Balkan Pertama. Kemudian, Serbia terus memperluaskan wilayah mereka dan mereka berjaya memperoleh seramai 50 peratus penduduk di Serbia. Walau bagaimanapun, mereka telah kehilangan ramai penduduk pada akhir Perang Dunia Pertama. Pada masa itu, kuasa Austria-Hungary telah meningkat. Pada 28 Jun 1914, seorang ahli organisasi Young Bosnia, Gavrilo Pincip telah membunuh Archduke Franz Ferdinand di Sarajevo. Ini telah membawa kepada peperangan antara Austria-Hungary dan Serbia. Serbia telah memenangi pertempuran tersebut dengan bantuan Rusia. Mereka juga telah memenangi pertempuran lain seperti Pertempuran Cer dan Pertempuran Kolubara. Mereka telah mengisytiharkan kemenangan yang pertama dengan menentang kuasa-kuasa pusat dalam perang dunia pertama. Pada tahun 1915, kuasa pusat telah berjaya mengambil alih negara ini. Ramai penduduk di Serbia telah melarikan diri ke negara lain dan kebanyakan tentera Serbia telah meninggal dunia semasa peperangan. Apabila keruntuhan Empayar Austro-Hungaria, Banat, Backa dan Baranja, Kerajaan Serbia dibangunkan dan diisytiharkan oleh Putera Regent Serbia Alexander dari Serbia. Ketika itu, kerajaan ini berada di bawah pemerintahan Raja Petrus dan kemudian, negara tersebut telah diperintah oleh Raja Alexander yang merupakan anak kepada Raja Petrus. Pada masa itu, nama negara telah berubah menjadi Yugoslavia. Walau bagaimanapun, beliau telah dibunuh oleh Vlado Chemozemski di Marseille pada tahun 1934. Selepas itu, anaknya, Peter II telah mengambil alih menjadi pemerintah negara tersebut.

Pada bulan Mac 1941, Yugoslavia telah menyertai Perikatan Tripartite. Kemudian, Jerman cuba menyerang Belgrade. Pergerakan untuk menentang Jerman ialah dari parti komunis yang diketuai oleh Josip Broz Tito. Semasa pemerintahan parti komunis di Belgrade, mereka telah membentuk sebuah kerajaan, memansuhkan sistem monarki dan mengisytiharkan sistem republik persekutuan, iaitu Serbia dan wilayah autonominya Kosovo dan Vojvodina. “The Syrmian Front” adalah pertempuran terakhir bagi Perang Dunia II yang dihadapi oleh parti-pari komunis di Serbia. Kemenangan dalam pertempuran tersebut telah menyebabkan pembubaran sistem monarki dan referendum perlembagaan. Aleksandar Rankovic adalah ahli politik yang paling berpengaruh semasa zaman Tito tetapi kemudiannya beliau telah dipecat kerana terdapat perselisihan faham dan masalah perpaduan Serbia.

Selepas itu, Slobodan Milosevic telah berkuasa di Serbia. Beliau berkata bahawa bagi wilayah autonomi di Kosovo, Croatia dan Slovenia yang akan ditangani oleh para sekutunya. Kemudian, terdapat berlakunya ketegangan antara kepimpinan komunis dan nasionalisme di Yugoslavia. Hasilnya adalah negara-negara seperti Slovenia, Kroasia, Bosnia dan Herzegovina, Macedonia dan Kosovo telah berpisah dengan Yugoslavia. Negara ini kerap dilanda masalah. Permasalahan yang paling besar adalah apabila penduduk Serbia meminta kemerdekaan dari Yugoslavia yang berlaku di Croatia dan Bosnia. Pada tahun 1990, parti demokrasi pelbagai pihak telah ditubuhkan. Pada tahun 1996, orang Serbia telah membuat bantahan terhadap kerajaan apabila Parti Sosialis Serbia enggan menerima kekalahannya. Perang Kosovo bermula apabila pertempuran antara Tentara Pembebasan Kosovo dan pasukan keselamatan Yugoslav. Selepas itu, NATO telah campur tangan dalam pertempuran tersebut dan membuat pasukan Serbia menarik diri dari pertempuran itu. Sejak pertempuran ini berakhir, pentadbiran PBB telah ditubuhkan di wilayah tersebut. Republik Persekutuan Yugoslavia telah dinamakan semula sebagai Serbia dan Montenegro pada tahun 2003.

Di Serbia, majoriti penduduk mereka mengamalkan agama Ortodoks iaitu dengan 85 peratus, Katolik Roman pula dengan 5 peratus, 3 peratus daripada penduduk adalah Islam dan 1 peratus adalah Protestan. Terdapat 6 peratus lagi adalah bagi agama Yahudi, ateis dan lain-lain. Bagi para pelancong dari Malaysia, pihak Serbia tidak menyediakan visa bagi mereka untuk masuk negara Serbia. Walau bagaimanapun, terdapat perancangan dengan menandatangani perjanjian dua hala lagi mengenai liberalisasi visa untuk Malaysia dan negara-negara lain. Dalam pada itu, rakyat Malaysia boleh mendapatkan visa dari negara-negara jiran seperti Indonesia. Di Serbia, cuaca akan menjadi panas pada musim panas dan cuaca akan sejuk pada musim sejuk. Dari bulan Disember hingga Februari, suhu akan turun hingga 0 Celcius pada musim sejuk. Pada siang hari, suhu akan lebih tinggi sehingga 10 Celsius. Pada musim bunga, cuaca di Serbia masih sejuk. Kebiasaannya, salji akan berlaku pada bulan Mac atau April. Di Serbia, musim panas akan ada dari bulan Jun hingga Ogos. Pada siang hari, cuaca akan menjadi panas dan pada waktu malam, ia akan menjadi sejuk. Pada musim luruh, cuaca tidak selalu hujan. Hanya di kawasan barat sahaja cuaca hujan akan nada pada bulan November. Oleh itu, masa yang ideal untuk melawat Serbia adalah dari bulan Mei hingga September.

Masakan Serbia mempunyai ciri-ciri yang sama seperti orang Balkan. Para pelancong perlu mencuba beberapa hidangan yang terkenal apabila mereka tiba di Serbia. Serbia mempunyai hidangan kebangsaan mereka yang dipanggil sebagai Pijeskavica. Hidangan ini juga merupakan salah satu hidangan terkenal di Eropah. Selain itu, hidangan ini juga telah disediakan di restoran-restoran di Jerman, Sweden dan Austria. Pijeskavica adalah daging lembu atau daging babi yang akan dihidangkan bersama dengan krim susu kajmak, sos ajvar lada dan urnebes campuran sos pedas. Selain itu, para pelancong perlu mencuba Karadordeva Snicla. Ia adalah stik yang dinamakan dari nama Prince Karadjordje. Stik itu disumbat bersama kajmak dan kemudian, ia akan digoreng. Hidangan ini akan disajikan dengan sos tartar dan kentang panggang. Bagi pencuci mulut, para pelancong boleh mencuba pai keju Serbia. Di Serbia, hidangan tersebut dipanggil sebagai Gibanica. Ia diperbuat daripada doh tipis dengan keju dan di atas hidangan akan dituangkan bersama telur. Satu lagi hidangan manis yang mesti dicuba oleh para pelancong ialah Baklava. Ia adalah pastri manis yang diperbuat daripada pastri filo dan untuk intinya adalah kacang dan sirup atau madu.

Bagaimana untuk ke Sana?

Menaiki Kapal Terbang

Para pelancong dari Malaysia yang ingin melancong ke Serbia, mereka perlu mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Mereka boleh memilih untuk penerbangan transit atau penerbangan terus ke Serbia. Harga tiket bagi seorang adalah dalah RM 3,000 hingga RM 5,000. Walau bagaimanapun, harga tiket akan dinaikkan lagi pada cuti umum dan cuti sekolah. Lapangan terbang utama di Serbia ialah di Lapangan Terbang Belgrade Nikola Tesla. Perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Belgrade Nikola Tesla mengambil masa selama 14 jam dan 10 minit. Sebaik sahaja mereka tiba, mereka boleh mengambil teksi dan meneruskan perjalanan ke tempat penginapan mereka.

Apa yang Ingin Dilakukan di Sana?

Muzium Sejarah Yugoslav

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah Yugoslav, mereka melawat ke Muzium Sejarah Yugoslav. Muzium ini terletak di kota Belgrade. Di muzium ini, ia telah merangkumi sejarah Yugoslavia. Para pengunjung berpeluang untuk mempelajari kisah hidup bekas presiden Yugoslavia. Terdapat hadiah Tito semasa pemerintahannya dari tahun 1953 hingga 1980 dikumpul dan dipamerkan di muzium ini. Selain itu, terdapat lebih dari 200,000 artifak telah dipaparkan dan antaranya adalah tongkat upacara yang digunakan semasa hari jadi Tito. Baton-baton itu akan diberikan kepadanya di stadium Tentara Rakyat Yugoslavia. Para pengunjung juga boleh melihat kubur Tito kubur di Rumah Bunga. Mereka juga boleh mengunjungi muzium-muzium yang lain seperti Muzium Nikola Tesla, Muzium Penerbangan, Muzium Sejarah Serbia, Muzium Bank Negara, Muzium Roma dan Muzium Negara Serbia.

Ada Ciganlija

Serbia juga terkenal dengan aktiviti-aktiviti luar. Bagi mereka yang ingin meluangkan masa dengan melakukan aktiviti sebegini, mereka boleh melawat Ada Ciganlija. Ia adalah sebuah pulau sungai yang terletak di Sungai Sava. Pada musim panas, tempat ini adalah salah satu destinasi yang terkenal di kalangan penduduk tempatan dan para pelancong. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Ada Ciganlija seperti mendayung, berkayak di tasik, joging, bola keranjang, tenis dan meletakkan golf. Para pengunjung juga boleh membuat aktiviti berkelah kerana tempat itu akan menyediakan meja berkelah dan kerusi.

Gunung Tara

Seperti yang anda tahu, separuh daripada Serbia dipenuhi dengan kawasan gunung. Bagi mereka yang ingin mendaki, mereka boleh melawat di Gunung Tara. Ia terletak di kawasan barat Serbia dan di pergunungan Dinarides Dalaman. Gunung ini adalah salah satu destinasi mendaki yang utama di Serbia. Para pelawat boleh melihat pelbagai spesies hidupan liar yang berbeza. Contohnya seperti beruang. Mereka juga dapat melihat dua tasik tiruan yang indah iaitu Perucac I Zaovine dan Zaovine Lake. Perucac I Zaovine adalah tempat yang sempurna bagi mereka yang suka menyelam. Mereka juga mempunyai laluan mendaki dan juga direka sebagai laluan berbasikal. Laluan ini akan membawa pengunjung ke semua bahagian Tara Mountain dan perjalanan untuk mendakinya adalah dalam beberapa hari. Ini kerana mereka perlu melalui tiga bahagian gunung. Bahagian pertama adalah mereka perlu melalui Krntija, Veiki Stolac untuk Predov krst. Kemudian, mereka akan menuju ke Veliki Kraj. Bahagian kedua pula akan membawa mereka ke Zboriste dan Mokra goa. Manakala untuk bahagian ketiga, mereka akan melalui hutan dan padang rumput yang cantik. Sepanjang perjalanan di atas gunung, terdapat penginapan telah disediakan untuk para pengunjung bermalam di Tara Mountain. Selain darpada Tara Mountain, mereka juga boleh melawat gunung-gunung lain seperti Stara Planina, Pegunungan Homolje, Vratna Gates, Svrljig Mountains, Lazar Canyon, Ovcar & Kablar Mountains, Fruska Gora dan Rtanj Mountain.

Di mana Tempat Penginapan di Sana?

Saint Ten Hotel

Saint Ten Hotel terletak di Central Belgrade. Hotel ini terletak hanya 18 minit dari Lapangan Terbang Belgrade Nikola Tesla. Saint Ten Hotel telah menawarkan tempat penginapan yang sangat berkualiti di bandar Belgrade. Semua bilik di hotel ini telah dilengkapi dengan kemudahan mewah seperti televisyen skrin rata dengan saluran kabel, pembuat kopi atau teh, bar mini yang akan dipenuhi dengan beberapa barangan percuma, katil premium, jubah mandi, selipar, bilik mandi peribadi dan tab mandi. Selain itu, ia juga mempunyai penghawa dingin dan hotel ini menyediakan katil sofa. Para tetamu juga boleh membuat permintaan untuk katil tambahan atau katil bayi. Selain itu, mereka boleh menikmati panggilan antarabangsa secara percuma, Wi-Fi secara percuma dan akhbar harian secara percuma. Bilik-bilik di hotel ini sentiasa bersih dan dijaga rapi kerana mereka telah menawarkan perkhidmatan pengemasan bilik yang dilakukan pada setiap hari. Selain itu, bagi mereka yang ingin bersenam, terdapat sebuah gimnasium yang disediakan oleh hotel ini. Tambahan pula, para tetamu juga boleh menikmati spa yang telah disediakan. Terdapat sebuah restoran yang menyajikan pelbagai jenis hidangan yang memenuhi citarasa para tetamu di Saint Ten Hotel.

Holiday Inn Express Belgrade-City

Terletak 20 minit dari Lapangan Terbang Belgrade Nikola Tesla, Holiday Inn Express Belgrade-City telah menawarkan penginapan pada harga yang berpatutan di Belgrade. Setiap bilik di hotel ini telah dilengkapi dengan kemudahan asas. Di samping itu, hotel ini juga telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan terbaik untuk membuatkan tetamu mereka berasa lebih selesa semasa menginap di hotel ini. Para tetamu boleh mengakses Wi-Fi secara percuma dari bilik mereka dan juga di kawasan awam hotel. Mereka juga telah dibenarkan untuk membawa haiwan masuk ke dalam bilik mereka. Selain itu, para tetamu boleh menikmati sarapan pagi yang telah disediakan oleh hotel. Di hotel ini juga terdapat sebuah bar bagi mereka mendapatkan makanan dan minuman ringan.

2 Bedroom Apartment Skadarlua Bohemian

Bagi mereka yang ingin menginap di pangsapuri, pilihan yang ideal ialah di Apartment Skadarlua Bohemian. Ia adalah sebuah penginapan yang sesuai bagi keluarga yang besar dan juga bagi mereka yang ingin tinggal lebih lama di Belgrade. Para tetamu boleh menggunakan beberapa kemudahan yang telah disediakan oleh pangsapuri ini. Setiap bilik di pangsapuri ini dilengkapi dengan kemudahan yang berguna seperti pengering rambut, televisyen, peti keselamatan, penyaman udara dan peti sejuk. Selain itu, pangsapuri ini membenarkan tetamu mereka membawa haiwan peliharaan kecil atau besar ke bilik mereka. Terdapat kaunter penyambut tetamu yang akan beroperasi selama 24 jam bagi mengendalikan proses daftar masuk dan keluar untuk bilik-bilik di pangsapuri ini. Mereka juga dapat membantu para tetamu sekiranya para tetamu memerlukan pertolongan dari mereka. Tambahan pula, kepada para tetamu yang membawa kereta, mereka boleh meletak kereta mereka di garaj. Di samping itu, mereka juga boleh berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan mereka kerana terdapat Wi-Fi percuma yang sedia ada di kawasan awam.

Baca lagi

Facts about hotel in Serbia

Total Accommodation
20 Properties
Popular Region
Belgrade, Morava
Popular Hotel
Square Nine Hotel Belgrade-The Leading Hotels of The World, Metropol Palace Belgrade

Soalan Lazim

Apakah kawasan terbaik untuk dilawati yang berdekatan dengan Serbia?
Jika anda berada di Serbia, anda juga boleh melawati Vojvodina, Serbia Tengah
Berapa banyak hotel disenaraikan di Serbia?
Currently, there are around 20 hotels that you can book in Serbia

Guest reviews in hotel near Serbia

8.8
Mengagumkan
53,640 reviews from hotels in Serbia with aggregated rating of 8.8/10.
Review from various users that have stayed in hotel near Serbia will help you to choose the perfect hotel easily!

Mengapa menempah penginapan di Traveloka?

Sedia untuk Anda dalam 24/7
Live chat, e-mel atau panggilan telefon, Khidmat Pelanggan kami boleh Anda percayai dengan satu klik sahaja.
Banyak pilihan fleksibiliti
Rancang & sesuaikan perjalanan Anda tanpa kerumitan dengan Pembatalan Percuma, Bayar di Hotel, dan banyak lagi.
Pelbagai cara pembayaran yang selamat sesuai pilihan Anda
Pilih cara pembayaran yang Anda mahukan dari pelbagai pilihan pembayaran global yang tersedia.

Kami ada pilihan lebih, tak hanya hotel

Terokai pelbagai penginapan menyesuaikan kebutuhan Anda

Apa yang menarik minat Anda?