Total Accommodation | 910 Properties |
Popular Area | Zhongzheng, Datong |
Popular Hotel | Grand Hyatt Taipei, Shangri-La Far Eastern, Taipei |
Popular Landmark | Ximending Shopping Street, Taipei 101 Mall |
Bandar terbaik untuk dilawati di Taipei City ialah Taoyuan City, Taipei Baru, Yilan, Keelung City, Hsinchu City, Hsinchu.
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Grand Hyatt Taipei, Shangri-La Far Eastern, Taipei, Regent TAIPEI, an IHG Hotel, W Taipei, Hotel Midtown Richardson, MGH Mitsui Garden Hotel Taipei Zhongxiao, S Aura Hotel, DoubleTree by Hilton Taipei Zhongshan, Solaria Nishitetsu Hotel Taipei Ximen, Suz & Catorze Hotel.
Buat masa ini, terdapat sekitar 910 hotel yang boleh anda tempah di Taipei City
Taipei atau secara rasminya dikenali sebagai Taipei City telahpun beroperasi sebagai ibu negara Taiwan sejak tahun 1945 lagi. Dengan populasi mencecah 2.7 juta orang yang tinggal di dalam bandar yang menjadi sebahagian daripada kawasan metropolitan Taipei-Keelung, Taipei adalah pusat politik, ekonomi, pendidikan dan budaya yang utama di Taiwan di samping menjadi salah satu hab utama di rantau Asia Timur. Sejarah penubuhan Taipei bermula dengan pendudukan orang asli Ketagalan sebelum penghijrahan besar-besaran orang Cina Han yang berlaku ketika pemerintahan Dinasti Qin pada kurun ke-18. Sejak dijadikan pusat pentadbiran oleh Kuomintang berikutan kemerosotan pengaruh Jepun, Taipei melalui pelbagai fasa pembangunan dari pelbagai sektor termasuk industri pelancongan. Bahkan industri pelancongan merupakan salah satu tunggak utama kepada sumber ekonomi bandar ini dan sehingga kini, Taipei masih menjadi antara destinasi utama yang kerap dituju oleh rakyat Malaysia untuk bercuti.
Demi memudahkan perjalanan anda, pengangkutan udara merupakan pilihan terbaik. Perjalanan anda akan bermula di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (sama ada satu atau dua, bergantung kepada pilihan penerbangan anda). Secara amnya, perjalanan ke Taipei akan mengambil masa sekitar empat jam lima puluh minit atau mungkin lebih jika terdapat sebarang penangguhan. Lapangan terbang utama untuk ketibaan ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taipei (IATA: TPE, ICAO: RCTP) yang terletak di daerah Daoyuan, Taoyuan serta Lapangan Terbang Antarabangsa Taipei (IATA: TSA, ICAO: RCSS) atau turut dikenali sebagai Lapangan Terbang Songshan yang terletak di daerah Songshan, Taipei.
Boleh dikatakan majoriti populasi di Taipei menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, oleh itu, boleh dikatakan Taipei mempunyai antara koleksi pengangkutan awam terluas di sekitar bandar.
Bandar Taipei memiliki system pengangkutan transit massa atau MRT yang tidak memerlukan sebarang pemandu. Lebih umum dikenali sebagai Metro Taipei, ia adalah antara pengangkutan awam yang termudah di Taipei kerana ia juga meliputi banyak hentian di sekitar Taipei dan kawasan-kawasan berhampiran yang boleh memudahkan perjalanan anda. Kekerapan yang boleh anda jangka untuk menaiki kereta api di Taipei ini adalah dalam satu hingga tiga minit.
Bas awam tidak pernah kurang di Taipei, berikutan keberkesanan sistem bas awam di sini yang membolehkan seseorang yang tidak berbahasa Cina pun berupaya menggunakannya. Anda boleh menaiki pelbagai jenis bas awam untuk ke destinasi di sekitar Taipei yang tidak diliputi oleh kereta api. Jika anda bertukar ke bas dari kereta api dalam tempoh sejam, anda turut mendapat diskaun bagi tambang perjalanan anda.
Taipei 101 atau dahulunya dikenali sebagai Taipei World Finance Center adalah pencakar langit jenis ‘supertall’ yang merupakan mercu tanda utama yang dapat ditemukan di Daerah Xinyi, Taipei. Taipei 101 merupakan struktur tertinggi di dunia sebelum selesai pembinaan Burj Khalifa pada tahun 2010. Ia juga merupakan bangunan hijau terbesar yang pernah didirikan, setelah menerima pensijilan LEED Platinum. Ia kini menjadi ikon bagi sebuah negara Taiwan yang moden sejak beroperasi pada tahun 2004 dengan reka bentuk arkitekur jenis ‘postmodernism’ yang digabungkan dengan unsur-unsur tradisi Asia.
Terletak di Daerah Wanghua, Tokong Longshan adalah tokong khusus untuk agama nenek-moyang Cina yang telah dibina di kawasan Mengjia pada tahun 1738 oleh peneroka Cina yang datang dari Fujian sebagai menghormati Dewi Guanyin. Sebagai tempat ibadat dan berkumpul yang utama bagi peneroka-peneroka Cina, tokong itu turut menempatkan altar bagi tuhan-tuhan lain seperti Mazu dan Guan Yu. Berikutan usianya, tokong ini telah berkali-kali dibina semula dan diubah suai disebabkan oleh bencana dan peperangan.
Pasar Malam Shilin adalah pasar malam terkenal yang berada di Daerah Shilin Taipei, yang merupakan pasar malam yang paling besar seumpamanya di sekitar bandar Taipei. Ia mempunyai dua buah seksyen yang berbeza; seksyen yang dahulunya ditempatkan di bangunan Pasar Shilin lama dengan 539 gerai makanan dan restoran kecil, serta perniagaan sekitar dan kedai-kedai yang menjual barangan bukan makanan. Ianya telah beroperasi sejak tahun 1913 lagi dan dahulunya terletak di dermaga berhampiran Sungai Keelung.
Antara hotel yang tersedia di Taipei termasuklah Tomorrow Hotel. Tomorrow Hotel merupakan hotel tiga bintang yang terletak di sekitar Chengdu Road, Ximending. Ianya menawarkan akses mudah ke pelbagai lokasi di sekitar kawasan Ximending seperti Ximending Shopping Street dan juga Tokong Tianhou. Jika anda inginkan penginapan yang lebih eksklusif dan mewah, anda boleh bermalam di Hotel Midtown Richardson. Ia merupakan hotel empat bintang yang masih lagi berada berhampiran Ximending dan juga tidak jauh dari stesen keretapi berhampiran.
Untuk kumpulan backpacker yang biasanya akan berkelana dengan bajet yang lebih terhad, anda mungkin berminat dengan Ximen WOW Hostel. Meski dikategorikan sebagai hotel, ianya lebih kepada hostel dengan menawarkan sarapan percuma dan merupakan antara hostel yang dinilai tinggi oleh golongan backpackers yang sememangnya menginginkan penginapan yang murah dan berkualiti. Selain daripada itu, anda juga boleh ke Angels’ Hostel – Taipei Ximen yang juga berkonsepkan moden dengan lokasi strategik yang memudahkan akses ke Ximening dengan hanya berjalan kaki sahaja.