Hotel Ukraine

Hotel Terbaik di Ukraine

Ciptakan perjalanan mempesona, teroka penginapan terbaik di Ukraine ,
Bandar, destinasi, atau nama hotel
Tarikh Daftar Masuk & Daftar Keluar
Tempoh: 1 Malam
Tetamu dan Bilik
Cari
  1. /
  2. 5,097Hotel di Ukraine

Hotel popular di Ukraine

Semak hotel terpilih berikut dan ulasannya yang terkini
Primary image 1 Grata Apartments, Hotel Ukraine
9.6
(33)
Cemerlang
Apartmen
Daerah Shevchenkivskyi, Misto Kyyiv

Sold out

Primary image 1 Modern Art Hotel, Hotel Ukraine
9
(39)
Cemerlang
Hotel
Raion Pustomyty, L’vivs’ka Mis’krada
Bar

Sold out

Primary image 1 Hotel Verhovina, Hotel Ukraine
7.8
(78)
Baik
Hotel
Kyievo-Sviatoshynskyi Raion, Kyiv Oblast
Bar

Sold out

メイン イメージ 1 Ribas Rooms, Hotel Ukraine
10
(1)
Cemerlang
Hotel
Raion Primorskyi, Ovidiopol’skiy Rayon

Sold out

Primary image 1 Wish Aqua & Spa Resort, Hotel Ukraine
8.6
(9)
Sangat Baik
Hotel
Boryspil’s’ka Mis’krada, Kyiv Oblast
Kelab kesihatan
Bilik permainan
Bar tepi kolam renang
Tab panas
Spa
Bar

Sold out

Primary image 1 Taurus City, Hotel Ukraine
9.4
(50)
Cemerlang
Hotel
Raion Pustomyty, L’vivs’ka Mis’krada
Teres atas bumbung
Harga sekitar
RM 281.87
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Mirniy Resort, Hotel Ukraine
6.4
(9)
Baik
Hotel
Raion Primorskyi, Ovidiopol’skiy Rayon
Bar

Sold out

Primary image 1 Apart-hotel Poseidon, Hotel Ukraine
9
(4)
Cemerlang
Apartmen
Raion Ovidiopol, Bilhorod-Dnistrovs’ka Mis’krada
Kerusi berjemur pantai
Tuala pantai
Payung pantai

Sold out

メイン イメージ 1 Golf Village, Hotel Ukraine
Hotel
Raion Makariv, Kyiv Oblast
Kelab golf
Rumah kelab
Kereta golf
Bilik permainan
Kawasan berkelah
Bar

Sold out

Primary image 1 Mini hotel on Geroiv Energetykiv,18, Hotel Ukraine
Hotel
Daerah Solomianskyi, Misto Kyyiv
Daftar keluar ekspres
Harga sekitar
RM 89.20
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Ratusha apartment, Hotel Ukraine
9.2
(20)
Cemerlang
Apartmen
Raion Pustomyty, L’vivs’ka Mis’krada

Sold out

Primary image 1 Rakhiv Plai, Hotel Ukraine
Rumah Tetamu
Raion Rakhiv, Zakarpattia Oblast
Gelanggang tenis terbuka
Kawasan berkelah
Spa

Sold out

Primary image 1 Non-Stop Hotel, Hotel Ukraine
9
(217)
Cemerlang
Hotel
Boryspil’s’ka Mis’krada, Kyiv Oblast
Bar
Harga sekitar
RM 243.46
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Z Hostel, Hotel Ukraine
7.8
(29)
Baik
Lain-lain
Daerah Shevchenkivskyi, Misto Kyyiv
Daftar keluar ekspres
Bar

Sold out

Primary image 1 Villa Panama, Hotel Ukraine
7.8
(21)
Baik
Hotel
Raion Primorskyi, Ovidiopol’skiy Rayon
Tuala pantai
Bar tepi kolam renang
Kerusi berjemur kolam renang
Daftar keluar ekspres
Bar

Sold out

Primary image 1 ZS Club Hotel, Hotel Ukraine
10
(4)
Cemerlang
Hotel
Daerah Moskovskyi, Kharkivs’ka Mis’krada
Bar

Sold out

メイン イメージ 1 Villa Captain, Hotel Ukraine
Hotel
Raion Heniches'kyi, Khersons’ka Oblast’
Bar

Sold out

Primary image 1 Campus Community A-Hotel, Hotel Ukraine
8.2
(8)
Sangat Baik
Lain-lain
Raion Pechersk, Misto Kyyiv
Biliard
Bilik permainan
Bar
Harga sekitar
RM 72.33
Lihat Ketersediaan
Hotel Exterior 1 Holiday Inn KYIV by IHG, Hotel Ukraine
Hotel
Daerah Solomianskyi, Misto Kyyiv
Tenis
Pusat kecergasan
Bar

Sold out

Primary image 1 Best Western Plus Market Square Lviv, Hotel Ukraine
Hotel
Raion Pustomyty, L’vivs’ka Mis’krada
Bar
Harga sekitar
RM 323.62
Lihat Ketersediaan
Mena Holiday Beach Resort Half Moon Bay 1, Hotel Ukraine
Lain-lain
Raion Shumskyi, Ternopil’s’ka Oblast’

Sold out

Terokai promosi

Facts about hotel in Ukraine

Jumlah Hotel: 21 Hartanah
Wilayah Populer
Raion Komsomolsk, Raion Ivankiv
Hotel popular
Grata Apartments, Modern Art Hotel
Skor ulasan
8.6 daripada 2,656 ulasan

Lebih lanjut tentang hotel di Ukraine

Ukraine adalah negara berdaulat di Eropah Timur. Tidak termasuk Crimea, Ukraine memiliki populasi sekitar 42.5 juta, menjadikannya negara ke 32 paling ramai penduduk di dunia. Ibukota dan bandar terbesarnya ialah Kiev. Agama yang dominan di negara ini adalah Orthodox Timur dan Katolik Yunani. Ukraine kini berada dalam fasa perebutan wilayah dengan Rusia ke atas Semenanjung Crimean. Termasuk Crimea, Ukraine mempunyai kawasan seluas 603,628 km2 (233,062 meter persegi) dan menjadikannya negara terbesar di seluruh Eropah dan negara ke-46 terbesar di dunia. Wilayah moden Ukraine telah didiami sejak 32,000 SM. Semasa Zaman Pertengahan, kawasan itu merupakan pusat utama kebudayaan Slavia Timur. Kekuatan Kievan Rus pada waktu itu membentuk asas identiti Ukraine. Berikutan pemecahannya pada abad ke-13, wilayah itu dipertandingkan, diperintah dan dibahagikan oleh pelbagai kuasa, termasuk Lithuania, Poland, Austria-Hungary, Empayar Uthmaniyyah dan Rusia. Republik Cossack muncul dan makmur selama abad ke-17 dan ke-18, tetapi wilayahnya akhirnya dipisahkan antara Poland dan Empayar Rusia dan akhirnya bergabung sepenuhnya ke Kesatuan Soviet yang didominasi Rusia pada akhir 1940-an sebagai Republik Sosialis Soviet Ukraine. Pada tahun 1991 Ukraine memperoleh kemerdekaannya dari Kesatuan Soviet selepas pembubarannya pada akhir Perang Dingin. Sebelum kemerdekaannya, Ukraine biasanya dirujuk dalam Bahasa Inggeris sebagai "The Ukraine", tetapi sumber menyatakan penggunaan “The” telah digugurkan selepas itu.

Berikutan kemerdekaannya, Ukraine mengisytiharkan dirinya sebagai negeri yang neutral. Walau bagaimanapun, ia membentuk perkongsian ketenteraan terhad dengan Persekutuan Rusia dan negara-negara CIS yang lain. Ukraine juga membuat perjanjian kerjasama dengan NATO pada tahun 1994. Pada tahun 2013, selepas Presiden Viktor Yanukovych telah memutuskan untuk memberhentikan Perjanjian Persatuan Kesatuan Ukraine-Eropah dan mencari hubungan ekonomi yang lebih dekat dengan Rusia, demonstrasi dan protes besar-besaran berlaku untuk beberapa bulan yang dikenali sebagai Euromaidan, yang kemudiannya meningkat menjadi revolusi Ukraine pada tahun 2014 yang membawa kepada kejatuhan Presiden Yanukovych itu. Berikutan dari itu, tertubuhlah sebuah kerajaan baru di Ukraine. Berikutan peristiwa ini, Rusia mengorak langkah untuk membuat penggabungan dengan Crimea pada bulan Mac 2014 dan Perang Donbass telah tercetus pada April 2014. Pada 1 Januari 2016, Ukraine menguatkuasakan ekonomi Kawasan Perdagangan Bebas dan Komprehensif dengan Kesatuan Eropah.

Ukraine adalah negara membangun dan menduduki tempat ke-84 dalam Indeks Pembangunan Manusia. Sehingga 2018, Ukraine mempunyai pendapatan peribadi terendah dan KDNK terendah kedua per kapita di Eropah. Ia juga mengalami kadar kemiskinan yang tinggi dan rasuah yang teruk. Walau bagaimanapun, kerana tanah ladangnya yang luas dan subur, Ukraine adalah salah satu pengeksport bijirin terbesar di dunia. Ukraine juga menjadi kuasa tentera kedua terbesar di Eropah selepas Rusia. Negara ini adalah negara yang mempunyai penduduk dengan pelbagai etnik, 77.8 peratus daripadanya adalah Ukraine, diikuti oleh minoriti Rusia yang sangat besar serta Georgia, Romania, Belarus, Tatar Krimea, Bulgaria dan Hungaria. Ukraine adalah republik kesatuan di bawah sistem separuh presiden dengan kuasa berasingan iaitu cawangan perundangan, eksekutif dan kehakiman. Negara ini adalah anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Majlis Eropah, OSCE, organisasi GUAM dan salah satu negara pengasas Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS).

Pengunjung ke Ukraine mesti mendapatkan visa dari salah satu misi diplomatik Ukraine kecuali mereka berasal dari salah satu negara yang dikecualikan visa atau negara yang warga negaranya boleh mendapatkan visa semasa ketibaan. Terdapat 5 buah negara yang tidak memerlukan visa untuk memasuki Ukraine dan boleh menetap selama-lamanya di sana iaitu warga negara Armenia, Azerbaijan, Georgia, Moldova dan Uzbekistan. Manakala, semua warga negara Kesatuan Eropah tidak memerlukan visa untuk memasuki Ukraine dan mereka boleh menetap di Ukraine selama 90 hari. Bagi rakyat Malaysia yang ingin berkunjung ke Ukraine, anda memerlukan visa untuk berkunjung ke Ukraine. Walau bagaimanapun, anda boleh memohon visa semasa ketibaan di lapangan terbang. Anda boleh menetap di Ukraine sehingga 15 hari. Selain daripada memohon visa semasa ketibaan, anda juga boleh memohon e-visa sebelum datang ke Ukraine. Dengan memohon e-visa ini, anda boleh menetap selama 30 hari di Ukraine.

Bahasa rasmi Ukraine adalah bahasa Ukraine yang merupakan bahasa Slavia Timur. Ia merupakan bahasa asli bagi 67.5% penduduk Ukraine termasuk Surzhyk. Rusia adalah bahasa ibunda bagi 29.6% penduduk Ukraine yang kebanyakannya berada di kawasan bandar dan 2.9% adalah penutur asli bahasa lain. Ethnologue menyenaraikan 40 bahasa minoriti dan dialek yang hampir kesemuanya berasal dari bekas Kesatuan Soviet. Menurut Artikel 10 Perlembagaan Ukraine, negara itu mempunyai kewajiban untuk memastikan perkembangan dan fungsi komprehensif bahasa Ukraine dalam semua bidang kehidupan sosial di seluruh Ukraine sambil menjamin pembangunan, penggunaan dan perlindungan bahasa Rusia dan bahasa minoriti lain yang bebas di Ukraine.

Ukraine mempunyai iklim sederhana manakala Pantai Selatan Crimea mempunyai iklim subtropika. Iklim Ukraine dipengaruhi oleh udara yang panas dan lembap yang berasal dari Lautan Atlantik. Purata suhu tahunan adalah 5.5-7 °C (41.9-44.6 °F) di Utara, 11-13 °C di bahagian Selatan. Penurunan hujan adalah tidak sekata di Barat dan Utara. Manakala, penurunan hujan terendah adalah di Timur dan Tenggara Barat Ukraine terutamanya di Pergunungan Carpathian yang menerima kira-kira 1,200 milimeter hujan pada setiap tahun. Sementara itu, Crimea dan kawasan pantai Laut Hitam menerima hujan sekitar 400 milimeter.

Ukraine merupakan sebuah negara yang kaya dengan makanannya yang tersendiri. Ia merujuk kepada identiti negara Ukraine itu. Antara makanan yang terkenal di sana adalah potato varenyky iaitu karipap kentang, holubtsi iaitu rol kubis, kotlety po-kyivskomy iaitu ayam Kiev dan bermacam-macam lagi.

Bagaimana untuk ke Sana?

Menaiki Kapal Terbang

Terdapat banyak lapangan terbang yang ada di Ukraine. Lapangan terbang yang tersibuk di Ukraine adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Boryspil yang terletak di Kiev dan Lapangan Terbang Antarabangsa Simferopol yang terletak di Simferopol. Kedua-dua lapangan terbang itu memiliki jumlah penumpang yang teramai di dalam Ukraine.

Bagi anda yang ingin bercuti ke Kiev, ibu kota kepada Ukraine. Anda boleh memilih beberapa penerbangan yang ditawarkan dari Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur, anda boleh mengambil penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Boryspil di Kiev. Beberapa syarikat penerbangan menyediakan penerbangan untuk ke Kiev seperti British Airways, Qatar Airways dan KLM. Walau bagaimanapun, tiada penerbangan terus disediakan oleh mana-mana penerbangan. Tambang penerbangan yang termurah diberikan oleh British Airways dengan harga sebanyak RM 3,675. Harga tiket penerbangan boleh berubah-ubah mengikut waktu dan tarikh anda ingin membuat penerbangan.

Selain daripada berkunjung ke Kiev, anda juga boleh berkunjung ke bandar kedua tersibuk di Ukraine iaitu Simferopol. Beberapa syarikat penerbangan menyediakan penerbangan untuk ke Simferofol. Dari Kuala Lumpur, anda boleh mengambil penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Simferopol. Tiada penerbangan terus disediakan oleh mana-mana penerbangan. Anda perlu transit di beberapa lapangan terbang lain sebelum membuat penerbangan ke Simferopol. Harga tambang penerbangan termurah diberikan oleh Emirates iaitu MR 4,535 bagi dua hala.

Apa yang Ingin Dilakukan di Sana?

Kiev Pechersk Lavra

Kiev Pechersk Lavra atau Kyiv Pechersk Lavra, yang juga dikenali sebagai Biara Gua Kiev. Ia adalah sebuah biara Kristian Ortodoks yang bersejarah yang namanya digunakan sebagai nama satu daerah yang terletak di Kiev. Ia adalah tempat mistik dan mempunyai banyak kubur-kubur dan ratusan orang suci dikebumikan di sana. Tiada cahaya di dalamnya, anda perlu berjalan dengan membawa lilin untuk melihat di dalamnya. Anda pastinya tidak akan menyesal dengan berkunjung ke sini.

Saint Sophia’s Cathedral

Saint Sophia Cathedral di Kiev adalah monumen seni bina yang luar biasa Kievan Rus'. Katedral ini merupakan salah satu mercu tanda terkenal di bandar dan tapak warisan pertama di Ukraine yang tersenarai dalam Senarai Warisan Dunia bersama dengan kompleks Biara Gua Kiev.

Hryshko National Botanical Garden

Hryshko National Botanical Garden terletak di Kiev, ibu negara Ukraine. Hryshko National Botanical Garden adalah taman botani Akademi Sains Kebangsaan Ukraine. Tempat ini sangat berbaloi untuk dilawati. Anda boleh menikmati angin yang segar dengan berjalan-jalan di taman. Kawasannya besar ditutup dengan rumput, pokok dan semak. Apabila bunga dan pokok mekar ia kelihatan sangat cantik. Anda juga boleh makan dan berkelah di sana.

Children’s Park

Taman kanak-kanak ini merupakan taman tema yang popular yang mempunyai zoo, akuarium, taman permainan dan taman hiburan. Taman ini terletak di Simferopol.

Di mana Tempat Penginapan di Sana?

Premier Palace

Hotel Premier Palace ini terletak di bandar Kiev. Hotel ini dibina menggunakan batu indah yang berasal sejak tahun 1900. Hotel mewah bertaraf 5 bintang ini terletak berdekatan dengan Pinchuk Art Centre yang hanya 4 minit berjalan kaki. Hotel ini juga terletak 6 minit berjalan kaki dari perhentian kereta api bawah tanah. Hotel ini menyediakan pelbagai kemudahan bagi pengunjungnya seperti kemudahan Wi-Fi secara percuma, televisyen dan pemanas air di dalam bilik air. Sarapan bufet disediakan bagi semua tetamunya. Anda boleh menikmati makanan Ukraine semasa menetap di sini.

Hilton Kyiv

Hotel mewah di bangunan kontemporari tinggi ini terletak hanya 15 minit berjalan kaki dari pusat membeli belah di Khreshchatyk Street dan hanya 2 km dari Katedral St. Sophia. Hotel ini menyediakan pelbagai kemudahan bagi tetamunya seperti kemudahan Wi-Fi percuma dantelevisyen berskrin rata di dalam setiap bilik. Bagi mereka yang menetap di suite di Hotel Hilton Kyiv ini, terdapat ruang tamu dan dapur di dalam biliknya. Hotel ini juga mempunyai kemudahan kolam renang dan gimnasium yang beroperasi selama 24 jam.

Hotel Sportivnaya

Hotel Sportivnaya berada di Simferopol. Ia terletak di bangunan moden yang rendah, hotel ini berjarak 1 km dari kedua-dua Muzium Republik Crimean dan Katedral Alexander Nevsky di Simferopol. Bilik-bilik di sini mempunyai dekorasi yang ringkas dan mempunyai kemudahan seperti Wi-Fi dan penyaman udara. Sarapan pagi juga disediakan di hotel ini.

Baca lagi

Soalan Lazim

Apakah kawasan terbaik untuk dilawati yang berdekatan dengan Ukraine ?

Apakah hotel terbaik untuk menginap di Ukraine ?

Berapa banyak hotel disenaraikan di Ukraine ?

Currently, there are around 21 hotels that you can book in Ukraine

Ulasan tetamu di hotel berdekatan Ukraine

8.6
Sangat Baik
Ulasan 2,656 daripada hotel di Ukraine dengan penilaian agregat 8.6/10.
Ulasan daripada pelbagai pengguna yang pernah menginap di hotel berdekatan Ukraine akan memudahkan anda memilih hotel yang sesuai!

Jika anda mempunyai pengalaman, tulis ulasan, OK!

Ulasan yang anda berikan akan membantu pengembara lain merancang perjalanan mereka.

Mengapa menempah penginapan di Traveloka?

Sedia untuk Anda dalam 24/7
Live chat, e-mel atau panggilan telefon, Khidmat Pelanggan kami boleh Anda percayai dengan satu klik sahaja.
Banyak pilihan fleksibiliti
Rancang & sesuaikan perjalanan Anda tanpa kerumitan dengan Pembatalan Percuma, Bayar di Hotel, dan banyak lagi.
Pelbagai cara pembayaran yang selamat sesuai pilihan Anda
Pilih cara pembayaran yang Anda mahukan dari pelbagai pilihan pembayaran global yang tersedia.

Kami ada pilihan lebih, tak hanya hotel

Terokai pelbagai penginapan menyesuaikan kebutuhan Anda

Apa yang menarik minat Anda?