Bayangkan perjalanan tanpa tekanan
Dengan perlindungan penuh insurans perjalanan kami, perjalanan tanpa bimbang anda boleh menjadi kenyataan. Bersama rakan insurans kami, anda dilindungi daripada kesulitan seperti penangguhan, pembatalan, kehilangan barang dan kemalangan semasa dalam perjalanan.
Berada jauh dari rumah boleh mencetuskan perasaan bimbang. Itulah sebabnya Traveloka menyediakan pelan insurans yang dirancang teliti dan bersesuaian dengan semua keperluan anda untuk membantu menghadapi situasi yang tidak diingini. Kami ingin memastikan anda dilindungi ketika hari bertolak sehingga anda kembali dari perjalanan.
Bersama Chubb Insurance Malaysia Berhad (9827-A), kami menyediakan Perlindungan Perjalanan Chubb khas untuk anda. Untuk perlindungan maksimum perjalanan anda, Chubb menawarkan dua jenis pelan berdasarkan laluan penerbangan anda.
Sila klik di sini untuk senarai negara.
Terma dan syarat insurans yang lengkap boleh dilihat dalam Ungkapan Polisi Perlindungan Perjalanan Chubb.
Ketahui butiran perlindungan insurans anda di bawah.
Sila ambil perhatian bahawa jumlah maksimum perlindungan mungkin berbeza dan bergantung pada Pelan Insurans laluan perjalanan anda.
Terma dan syarat Perlindungan Perjalanan Chubb adalah seperti berikut:
Tuntutan insurans boleh dihantar dengan mengunjungi pejabat Chubb, melalui emel dan secara pos. Untuk menghantar tuntutan insurans anda, sila ikuti langkah berikut.
Kategori | Dokumen yang Diperlukan |
---|---|
Umum |
|
Perlindungan Bagasi & Barangan Peribadi |
|
Kehilangan Dokumen Perjalanan |
|
Kemalangan Diri |
|
Kelewatan Bagasi |
|
Penangguhan Penerbangan |
|
Pembatalan Penerbangan oleh Penumpang |
|
Manfaat Lain |
|
Dapatkan jawapan untuk pertanyaan anda mengenai Perlindungan Perjalanan di sini!
Perlindungan Perjalanan ialah produk dari Chubb Insurance Malaysia Berhad (9827-A) yang disediakan khas untuk pelanggan Traveloka.
Kos Perlindungan Perjalanan bergantung pada penerbangan yang anda beli. Harga muktamad insurans boleh dilihat dalam Borang Tempahan.
Sila rujuk Pelan & Manfaat.
Maaf, penambahan insurans pada tempahan yang telah dibayar tidak boleh dilakukan.
Ya. Pembelian insurans hanya akan dipaparkan pada resit pembayaran. Anda akan menerima butiran polisi daripada Chubb dalam emel yang berasingan selain e-tiket yang dikeluarkan oleh Traveloka.
Perlindungan Perjalanan hanya tersedia untuk perjalanan domestik yang tidak melebihi 30 hari, atau perjalanan antarabangsa yang tidak melebihi 45 hari antara tarikh berlepas hingga tarikh kembali.
Setelah menjadualkan semula penerbangan, sila hubungi Chubb di talian +603 2058 3196 atau emel ke travel.my@chubb.com untuk mengemas kini polisi anda bagi menikmati manfaat insurans Chubb yang telah dibeli (tertakluk pada terma dan syarat).
Maaf, Perlindungan Perjalanan tidak boleh dibatalkan atau dibayar balik setelah pembayaran dibuat.
Sila rujuk Cara Menuntut.
Tuntutan mesti dihantar dalam masa 31 hari selepas tarikh kejadian.
Tuntutan akan diproses dalam masa 14 hari selepas dokumen lengkap diterima.
Sila hubungi Chubb Malaysia melalui:
Wisma Chubb, 38, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon: +603 2058 3196, atau 1800 88 2846
Emel: travel.my@chubb.com
(Isnin hingga Jumaat, 8:30pg hingga 5:15ptg)
Untuk bantuan segera, sila hubungi Chubb Assistance di talian +603 7628 3703 (tersedia 24 jam).
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Chubb Malaysia.
Chubb Assistance | Talian Kecemasan
(60)3 7628 3703
Chubb Insurance Malaysia Berhad (9827-A)
Wisma Chubb
38 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon: 1 800 88 2846 (dalam Malaysia) or +603 2058 3000 (luar Malaysia)
Emel: Travel.MY@chubb.com
Isnin hingga Jumaat: 8:30 PG hingga 5:15 PTG
Pilih destinasi dan tarikh perjalanan, kemudian tempah penerbangan anda.
Lengkapkan butiran tempahan dan tandakan kotak Perlindungan Perjalanan.
Jumlah harga termasuk insurans perjalanan anda.
Polisi insurans akan dihantar secara berasingan ke emel anda.