Terma & Syarat Xtrans

  1. Penumpang kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas perlu membeli tiket dewasa.
  2. Harga termasuk minyak, tol, fi parkir, dan cukai.
  3. Untuk perjalanan dari lapangan terbang, penumpang disarankan untuk memilih bas perantara yang berlepas sekurang-kurangnya 1 jam selepas ketibaan penerbangan agar mempunyai masa secukupnya untuk menyelesaikan proses imigrasi, tuntutan bagasi dan pemeriksaan kastam.
  4. Perjalanan dari Bandung ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta dianggar memerlukan masa 7 jam. Penumpang disarankan untuk memilih jadual bas perantara yang sesuai agar dapat tiba di lapangan terbang tepat pada waktu.
  5. Kod tempahan pada baucar yang dikeluarkan oleh Traveloka digunakan sebagai bukti yang sah untuk menaiki bas Xtrans. Baucar ini juga boleh dijadikan bukti yang sah untuk tuntutan terhadap kesilapan pihak Xtrans.
  6. Xtrans akan menyediakan perkhidmatan mengikut butiran pada baucar yang dikeluarkan oleh Traveloka.
  7. Penumpang mesti mendaftar masuk di kaunter Xtrans di lokasi perlepasan selewat-lewatnya 15 minit sebelum waktu berlepas.
  8. Penumpang mesti membawa baucar Traveloka untuk daftar masuk.
  9. Untuk perjalanan dari lapangan terbang, penumpang mesti menaiki bas perantara mengikut lokasi dan waktu pada baucar.
  10. penumpang gagal tiba di lokasi perlepasan tepat pada waktu, tempahan akan terbatal dan tidak boleh dibayar balik.
  11. Untuk perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, penumpang boleh menaiki bas perantara dari semua terminal (Terminal 1, 2, dan 3).
  12. Jika penerbangan tertangguh, sila hubungi Pusat Panggilan XTrans di talian (022) 8206 2555 untuk penjadualan semula.
  13. Tempat duduk akan ditentukan semasa penumpang menaiki bas Xtrans.
  14. Jika tempahan berjaya dan terbukti dengan baucar yang dikeluarkan oleh Traveloka tetapi penumpang tidak mendapat tempat duduk pada tarikh perjalanan, Xtrans akan menyediakan pengangkutan lain, tanpa mengenakan sebarang kos tambahan.
  15. Penumpang boleh mengubah lokasi penghantaran semasa perjalanan selagi lokasi tersebut tersedia dalam senarai Xtrans.
  16. Penumpang disarankan untuk menghubungi Khidmat Pelanggan Traveloka jika terdapat sebarang masalah tempahan Xtrans.
  1. Penumpang dilarang merokok dalam kenderaan.
  2. Penumpang dilarang membawa bahan berbau kuat dan/atau barangan berbahaya (cth. barangan tajam, bahan mudah terbakar, bahan letupan, bahan kimia, bahan berbahaya, dan ubat terlarang).
  3. Penumpang tidak dibenarkan memandu kenderaan Xtrans.
  4. Penumpang dilarang menggunakan perkhidmatan Xtrans untuk kegiatan jenayah atau aktiviti haram.
  5. Penumpang bertanggungjawab terhadap akibat yang disebabkan pelanggaran Terma dan Syarat Xtrans.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved