TERMA DAN SYARAT PROGRAM TRAVELOKA POINTS

TERMA DAN SYARAT INI PERLU DIBACA SEBELUM MENGAKSES, MENGGUNAKAN ATAU MELAKUKAN TRANSAKSI MENGGUNAKAN TRAVELOKA POINTS. PENGGUNAAN ANDA TERHADAP TRAVELOKA POINTS MENANDAKAN ANDA MENERIMA TERMA DAN SYARAT INI.

Program Traveloka Points (“Program”) dikendalikan oleh Kumpulan Syarikat Traveloka, bersama anak syarikat dan syarikat bersekutu yang berkaitan ("kami", "kita", "milik kami" or “Traveloka”). Anda mesti mencapai umur sah dan mempunyai Akaun Traveloka yang sah untuk menyertai Program ini. Program ini disediakan di www.traveloka.com dan/atau aplikasi yang berkaitan ("Laman").

Sila ambil perhatian bahawa kami boleh mengubah atau meminda Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa jika perlu untuk mematuhi undang-undang atau peraturan yang mengikat kami atau untuk mencerminkan perubahan dalam amalan operasi kami. Kami akan berusaha untuk memberitahu anda mengenai kemaskini Terma dan Syarat ini, termasuk dengan menyiarkan kemaskini tersebut secara dalam talian. Sila kembali ke halaman ini sebelum atau semasa anda menggunakan atau melakukan transaksi di Laman, untuk mengesahkan dan bersetuju dengan versi Terma dan Syarat yang terkini. Versi terkini Terma dan Syarat akan menggantikan semua versi sebelum ini. Traveloka berhak menamatkan Program ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu kepada anda.

  1. TRAVELOKA POINTS
    1. Program ini adalah program ganjaran kesetiaan yang kami berikan kepada pengguna Traveloka, di mana pengguna boleh memperoleh dan menebus “Traveloka Points” serta menikmati manfaat tertentu di bawah Terma dan Syarat Program ini. Sebagai syarat asas, Program hanya layak untuk pengguna Traveloka yang mempunyai akaun pengguna di Laman (“Traveloka Account”) dan telah log masuk ke Akaun Traveloka tersebut.
    2. Traveloka Points boleh diperoleh daripada, antaranya:
      1. Menyelesaikan transaksi produk tertentu di Laman;
      2. Menyelesaikan tinjauan dan/atau ulasan tertentu;
      3. Menyelesaikan misi, rujukan, permainan tertentu;
      4. Menebus kupon yang diberikan daripada penyelesaian transaksi;
      5. Pemulangan wang bagi transaksi tertentu di Laman kami;
      6. Bayaran balik tuntutan insurans;
      7. Penukaran mata kesetiaan yang diurus oleh pihak ketiga, permohonan kad kredit dengan bank rakan kongsi;
      8. Insentif atau manfaat pekerja dan/atau rakan kongsi; dan/atau
      9. Aktiviti lain yang layak yang ditentukan oleh kami dari semasa ke semasa.

      Traveloka berhak menentukan kelayakan dan peraturan bagi pengguna untuk memperoleh Traveloka Points, termasuk formula yang digunakan untuk menentukan jumlah Traveloka Points yang anda boleh peroleh. Pengguna akan diberitahu secara munasabah apabila Traveloka Points diperoleh.

    3. Traveloka Points boleh diperoleh daripada, antaranya:
      1. Diskaun atau pengurangan harga bagi nilai sebenar mana-mana “Produk Layak” atau perkhidmatan di Laman, termasuk barangan yang kami senaraikan dihttps://www.traveloka.com/en-sg/loyalty-points (atau pengganti) dan/atau produk lain yang kami anggap sebagai Produk Layak mengikut budi bicara kami; dan/atau
      2. Ganjaran tertentu, produk, perkhidmatan, diskaun atau kupon manfaat lain yang ditawarkan oleh rakan kongsi, pembekal atau vendor kami (jika ada).

      Traveloka berhak menentukan manfaat yang boleh ditebus menggunakan Traveloka Points. Pengguna akan diberitahu secara munasabah mengenai manfaat tersebut.

    4. Syarat Tebusan Traveloka Points:
      1. Anda hanya boleh menebus Traveloka Points yang “aktif” (perlu diketahui bahawa terdapat Traveloka Points yang “tertunda”; mata ini belum aktif dan anda perlu memenuhi syarat tertentu, contohnya menyelesaikan perjalanan atau aktiviti, untuk menukar mereka menjadi Traveloka Points “aktif”);
      2. Anda mesti mempunyai Traveloka Points yang mencukupi dalam akaun anda untuk memenuhi syarat penebusan;
      3. Anda mungkin perlu mengekalkan jumlah minimum Traveloka Points seperti yang kami nyatakan di https://www.traveloka.com/en-my/loyalty-points (EN) and https://www.traveloka.com/ms-my/loyalty-points (atau pengganti);
      4. Traveloka Points yang akan tamat tempoh terdekat akan didahulukan untuk penebusan, dan anda tidak boleh memilih Traveloka Points yang ingin ditebus terlebih dahulu; dan
      5. Anda tidak boleh menebus merentas mata wang. Anda hanya boleh menebus Traveloka Points untuk Produk Layak dan/atau barangan dalam mata wang dan lokasi (negara) asal Traveloka Points anda diberikan.
    5. Anda bersetuju dan faham bahawa Traveloka Points:
      1. Diberikan dalam Akaun Traveloka anda, dan hanya diberikan dalam negara dan mata wang lalai Akaun Traveloka anda, dalam kes ini Malaysia (“Malaysia”) dan Ringgit Malaysia. Jika anda membuat transaksi, tempahan atau pembelian produk atau perkhidmatan menggunakan negara dan mata wang selain Malaysia dan Ringgit Malaysia, anda tidak akan diberikan Traveloka Points;
      2. Tidak boleh dipindah milik dan/atau digabungkan dengan Traveloka Points lain yang terdapat dalam profil pengguna atau Akaun Traveloka lain, sama ada akaun tersebut juga dikendalikan oleh anda atau tidak;
      3. Hanya milik anda dan khusus untuk penggunaan di bawah Akaun Traveloka anda. Anda dilarang untuk menyerahkan, menjual, memindah milik, menjaminkan, dan/atau membebankan Traveloka Points dan/atau Akaun Traveloka anda atas apa-apa sebab;
      4. Boleh ditambah, ditolak, dipinda, dan/atau dibatalkan oleh Traveloka Akaun anda atas apa-apa sebab;
      5. Mempunyai tarikh luput seperti yang dinyatakan di https://www.traveloka.com/en-my/loyalty-points (EN) dan https://www.traveloka.com/ms-my/loyalty-points (MY) (atau pengganti). Setiap Traveloka Point yang anda peroleh mungkin mempunyai tarikh luput yang berbeza. Anda boleh menyemak status dan tarikh luput setiap Traveloka Points dalam Akaun anda;
      6. Tiada nilai wang tunai dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai atau pembayaran mata wang lain; dan
      7. Walaupun demikian, untuk tujuan penebusan dan pengiraan bayaran balik, 1 (satu) Traveloka Point bernilai bersamaan 0.01 (sifar perpuluhan kosong satu) Ringgit Malaysia.
  2. PEMBAYARAN BALIK DAN PENGEMBALIAN TRAVELOKA POINTS
    1. Anda bersetuju dan faham bahawa perubahan pada tempahan dan/atau reservasi anda, seperti pembatalan atau penjadualan semula, boleh memberi kesan pada Traveloka Points yang akan anda peroleh, yang telah anda peroleh dan/atau yang telah anda tebus.
    2. Secara amnya, Traveloka Points tidak boleh dikembalikan. Ini bermakna dalam kebanyakan situasi:
      1. Traveloka Points “aktif” yang diberikan kepada anda selepas tempahan akan kekal dengan anda sehingga tarikh luputnya;
        1. Dalam kes pembatalan atau penjadualan semula tempahan, Traveloka Points yang diperoleh untuk tempahan tersebut akan kekal dengan anda, dan sebarang jumlah bayaran balik akan ditolak dengan Traveloka Points anda;
        2. Dalam beberapa kes, penjadualan semula boleh menyebabkan Traveloka membatalkan dan mengeluarkan semula Traveloka Points baru;
        3. Sebaliknya, Traveloka Points “tertunda” anda akan dibatalkan dalam kes pembatalan atau penjadualan semula;
      2. Jika tempahan yang dibatalkan atau dijadual semula dibeli dengan diskaun atau pengurangan harga menggunakan Traveloka Points, terdapat risiko Traveloka Points yang ditebus tidak akan dikembalikan langsung, dan dalam kes penjadualan semula, anda perlu membayar harga penuh tempahan baru.
    3. Sebagai program kesetiaan, sebarang Traveloka Points yang dikembalikan adalah atas budi bicara kami sendiri. Dalam kes pengembalian Traveloka Points diberikan kepada anda:
      1. Tarikh luput Traveloka Points tidak akan berubah. Ada kemungkinan Traveloka Points yang dikembalikan telah tamat tempoh dan anda tidak dapat menggunakannya lagi;
      2. Dalam kes bayaran balik tempahan sebahagian, Traveloka Points yang dikembalikan akan dikira secara prorata dengan jumlah bayaran balik sebahagian;
    4. Sebarang bayaran balik Traveloka Points juga akan mengambil kira dan tertakluk kepada polisi bayaran balik, termasuk polisi bayaran balik dalam Terma Penggunaan Laman https://www.traveloka.com/en-my/termsandconditions (EN) dan https://www.traveloka.com/ms-my/termsandconditions (MY) (atau pengganti) dan terma serta syarat produk yang berkaitan.
    5. Perubahan atau pembatalan tempahan boleh menyebabkan perbezaan antara anggaran Traveloka Points tertunda yang anda boleh peroleh dan jumlah Traveloka Points aktif yang sebenarnya ditambah ke Akaun Traveloka anda.
  3. LAIN LAIN
    1. Sekiranya kami mengesan atau mengesyaki secara munasabah sebarang aktiviti penipuan atau mencurigakan pada Akaun Traveloka anda, penggunaan Traveloka Points atau pelanggaran mana-mana peruntukan Terma dan Syarat ini, kami berhak untuk menyahaktif atau menggantung Akaun Traveloka anda. Penyahaktifan atau penggantungan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penyitaan Traveloka Points, kupon atau ganjaran lain yang telah anda peroleh secara penembusan Traveloka Points anda.
    2. Jika kami mendapati anda menggunakan Akaun Traveloka dan/atau Traveloka Points secara penipuan atau berniat jahat, kami akan melarang anda daripada menyertai program masa depan yang dianjurkan, diurus atau dilaksanakan oleh Traveloka.
    3. Kami berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap anda jika kami mendapati anda menggunakan Akaun Traveloka dan/atau Traveloka Points secara penipuan, berniat jahat, sebagai helah, sebahagian daripada helah atau menggunakan maklumat palsu. Anda juga mungkin bertanggungjawab atas kerugian kewangan Traveloka, termasuk kos dan yuran guaman.
    4. Anda bersetuju untuk melepaskan kami dan syarikat bersekutu kami dari semua tanggungjawab berkaitan perolehan, penebusan dan penggunaan Traveloka Points, termasuk kehilangan atau kecurian Traveloka Points yang telah diberikan kepada Akaun Traveloka anda tanpa kesalahan kami.
    5. Jika mana-mana peruntukan Terma dan Syarat ini didapati tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan tersebut akan dipisahkan dari Terma dan Syarat yang lain, yang akan terus berkuat kuasa sepenuhnya.
    6. Maklumat dan terma yang dinyatakan di https://www.traveloka.com/en-my/loyalty-points (EN) dan https://www.traveloka.com/ms-my/loyalty-points (MY) (atau pengganti) melengkapkan dan menjadi sebahagian daripada Terma dan Syarat ini.
    7. Oleh kerana Traveloka Points digunakan dalam Laman dan berkaitan dengan produk lain dalam Laman, sila ambil perhatian bahawa terma & syarat lain mungkin terpakai. Ini termasuk Terma Penggunaan Laman (https://www.traveloka.com/en-my/termsandconditions (EN) dan https://www.traveloka.com/ms-my/termsandconditions (MY) (MY) (atau pengganti)) dan Notis Privasi (https://www.traveloka.com/en-my/privacy-notice, https://www.traveloka.com/ms-my/privacy-notice (atau pengganti)).
    8. Sebarang kegagalan atau kelewatan kami dalam menggunakan hak kami di bawah Terma dan Syarat ini tidak bermakna kami melepaskan hak tersebut dan sebarang pelepasan mesti dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa.
    9. Terma dan Syarat ini adalah di bawah undang-undang Republik Singapura.
    10. Sebarang pertikaian yang timbul berkaitan Terma dan Syarat ini akan diselesaikan mengikut mekanisme yang disediakan dalam Terma Penggunaan Laman (https://www.traveloka.com/en-my/termsandconditions (EN) dan https://www.traveloka.com/ms-my/termsandconditions (MY) atau pengganti).
    11. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan Traveloka Points anda, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan kami di https://www.traveloka.com/en-my/contactus (EN) atau https://www.traveloka.com/ms-my/contactus (MY) (atau pegganti).