Inginkan percutian bajet? Kini, anda boleh menempah tiket penerbangan dan hotel bersama pada harga yang lebih murah. Dengan satu pakej, anda boleh merancang percutian dalam satu pembelian. Pilih dan suaikan pelbagai pakej lawatan daripada koleksi yang kami tawarkan untuk mendapatkan kombinasi yang sesuai mengikut impian anda.
Macau merupakan Kawasan Pentadbiran Khas Wilayah Macau yang dimiliki oleh Republik Rakyat China. Ia juga dikenali dengan nama Macao. Ia merupakan satu wilayah kecil di Selatan China yang menjadi salah satu daripada Kawasan Pentadbiran Khas selain daripada Hong Kong. Macau ditadbir oleh Portugal sehingga tahun 1999. Ia merupakan koloni Eropah yang tertua di China dan diasaskan pada abad ke-16. Hak memerintah Macau telah dipindah milik ke Republik Rakyat China pada tahun 1999. Macau memainkan peranan unik sebagai penghubung di antara China dan Barat terutamanya dalam segi hal ehwal perdagangan pada pertengahan abad ke-16 sehingga abad ke-19.
Penduduk Macau menggunakan bahasa Kantonis, Mandarin, Portugis dan Inggeris untuk berkomunikasi. Penduduk di Macau dirujuk sebagai orang Macau dan secara khususnya merujuk kepada etnik campuran Portugis dan Han. Tarikan Macau selain daripada statusnya sebagai bekas wilayah jajahan Portugis adalah aktiviti perjudian dan kasino. Permainan perjudian yang paling terkenal di Macau adalah permainan Pai Gow yang dimain dengan menggunakan domino China. Aktiviti perjudian yang lain juga sah di sisi undang-undang Macau. Terdapat ramai pelancong yang datang ke Macau untuk berjudi terutamanya dari Hong Kong. Perkhidmatan feri juga tersedia selama 24 jam setiap hari menghubungkan Macau dan Hong Kong oleh syarikat hydrofoil.
Macau mempunyai iklim subtropika yang lembap walaupun ia terletak di kawasan persisir Selatan. Ia mempunyai purata kelembapan di antara 75% dan 90%. Sama seperti kawasan di China Selatan, iklim bermusim ini dipengaruhi oleh musim monsun. Perbezaan suhu di antara musim panas dan musim sejuk adalah ketara di Macau. Purata suhu tahunan Macau ialah 22.7 °C. Bulan Julai adalah bulan yang paling panas dengan mempunyai suhu purata 28.9 ° C. Bulan yang paling sejuk adalah bulan Januari dengan suhu purata 14.5 °C. Iklim Macau dan Hong Kong hampir serupa kerana kedua-dua negara itu berdekatan dengan satu sama lain.
Lapangan Terbang Antarabangsa Macau adalah lapangan terbang yang utama di Macau. Ia adalah sebuah lapangan terbang antarabangsa di wilayah pentadbiran khas Macau. Ia terletak di hujung Timur Pulau Taipa yang dibuka untuk operasi komersil pada 9 November 1995 semasa pentadbiran Portugis di rantau ini. Sejak daripada itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Macau menjadi hab transit bagi orang-orang yang mengembara antara Tanah Besar China dan Taiwan. Ia juga menjadi hab penumpang untuk destinasi di Tanah Besar China dan Asia Tenggara. Pada tahun 2006, lapangan terbang itu mengendalikan 5 juta penumpang manakala pada tahun 2017, bilangan penumpang telah meningkat kepada lebih daripada 7 juta penumpang melebihi kapasiti asal penumpang di terminal itu.
Jika anda datang dari Kuala Lumpur, Malaysia, anda boleh mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk ke Macau. Terdapat beberapa syarikat penerbangan yang menyediakan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Macau seperti AirAsia, Scoot dan juga Singapore Airlines. Walau bagaimanapun, hanya AirAsia yang menyediakan penerbangan terus dari Kuala Lumpur untuk ke Macau. Penerbangan yang lain memerlukan anda transit di satu lapangan terbang lain sebelum membuat penerbangan ke Macau. Tambang penerbangan yang termurah ditawarkan oleh AirAsia iaitu RM 242 bagi penerbangan satu hala. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Macau akan mengambil masa selama 3 jam dan 50 minit.
Cara yang paling mudah untuk pergi ke pusat bandar atau hotel anda adalah dengan menggunakan bas shuttle yang terdapat di Lapangan Terbang Antarabangsa Macau. Untuk mendapatkan bas ini, anda perlu berjalan ke arah Utara dari lapangan terbang dan berjalan keluar ke tempat letak kereta dan anda akan menemui beberapa bas ulang alik yang terdapat di situ. Bas shuttle ini akan bertolak setiap 15 hingga 20 minit dari pukul 11.00 pagi sehingga 9.00 malam.
Macau terkenal sebagai tempat percutian oleh pelancong-pelancong di Asia mahupun di seluruh dunia. Terdapat banyak tempat yang boleh dikunjungi di Macau. Anda pastinya teruja untuk datang ke Macau.
Ruins of St. Paul's
Ruins of St. Paul’s adalah runtuhan yang asalnya adalah Gereja Mater Dei yang dibina pada tahun 1602-1640. Ia dimusnahkan oleh api pada tahun 1835 dan runtuhan St. Paul’s College yang terletak dengan bersebelahan gereja. Secara keseluruhannya, Gereja Meter Dei, Kolej St. Paul dan Gunung Benteng adalah datang dari pembinaan Jesuit yang boleh dilihat sebagai acropolis Macau. Pada masa kini. Runtuhan St. Paul ini menjadi simbolik dan tanda untuk ke bandar.
The Venetian Macao
The Venetian Macao ini merupakan hotel bertaraf 5 bintang di Macau. Bukan itu sahaja, di sini juga terletaknya salah satu kasino yang terkenal dalam kalangan pelancong. Hotel ini terletak 3 km sahaja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Macau. Di sini juga terdapat pusat membeli belah. Para pelancong yang berkunjung ke kasino yang terdapat di hotel ini kebiasaanya menetap di hotel ini juga. Hotel ini menawarkan pelbagai kemudahan untuk semua tetamunya. Bagi anda yang ingin berjudi dan mesti berkunjung ke kasino yang terdapat di sini.
Macau Tower
Menara Macau ini terletak di Se, Macau. Menara ini mempunyai ketinggian sebanyak 338 meter. Anda perlu berkunjung ke sini kerana menara ini merupakan antara mercu utama pelancong di Macau. Ia merupakan tempat yang menarik di Macau. Selain daripada itu, anda boleh melihat aktiviti lompat lelabah yang terdapat di sini. Anda juga boleh mencuba aktiviti lompat lelabah untuk pengalaman yang ekstrem. Anda juga boleh menikmati makanan dan minuman di restoran yang terdapat di sana.
Fortaleza do Monte
Fortaleza do Monte merupakan salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO. Ia terletak betul-betul bersebelahan Runtuhan St. Paul yang terkenal di Macau. Ia merupakan tempat yang sangat bagus untuk dikunjungi kerana anda boleh mempelajari sejarah Macau. Semasa berjalan-jalan di kubu ini, anda boleh berehat di bahagian bawah kubu ini. Ia diperbuat daripada kayu dan bertutup. Anda boleh berehat sementara dari cuaca panas. Anda akan disajikan dengan pemandangan yang indah. Anda juga boleh melihat meriam yang dipamerkan di sana.
Muzium Macau
Jika anda bercadang untuk melawat Fortaleza do Monte dan Muzium Macau, anda patut berkunjung ke muzium terlebih dahulu kerana anda boleh menggunakan eskalator untuk pergi ke pintu masuk muzium itu. Apabila anda sudah selesai melawat muzium, anda boleh pergi ke Fortaleza do Monte tanpa perlu memanjat bukit untuk ke pintu masuk. Sekiranya anda tidak menggunakan eskalator yang disediakan, anda perlu memanjat bukit yang tinggi untuk sampai ke pintu masuk.
Dim Sum
Dim sum adalah makanan tradisi masyarakat Cina yang disediakan dengan saiz yang kecil dan dikukus. Dim sum juga selalunya dihidangkan bersama teh. Anda perlu mencuba dim sum ini sementara anda di Macau. Dim sum juga boleh didapati di Malaysia, walau bagaimanapun, pastinya ada perbezaan di antara dim sum yang terdapat di Macau dan di Malaysia. Dim sum juga sering dimakan bersama kumpulan yang besar. Anda boleh mendapatkan dim sum yang lazat di Tou Tou Koi, 6-8 Travessa do Mastro.
Almond Cookies
Biskut ini merupakan makanan yang terkenal di Macau. Anda boleh mendapatkan biskut ini di mana-mana sahaja di Macau. Anda pasti akan menyukainya. Biskut ini mempunyai rasa yang tidak terlalu manis. Rasanya sangat sempurna. Anda boleh mendapatkan biskut ini di Pastelaria Chui Heong. Ia terletak di Ruo do Gamboa, Macau. Rasai kelazatan biskut yang asli di Macau ini.
Steam Milk Pudding
Puding susu kukus ini adalah pencuci mulut tradisional Cina sama seperti douhua dan pannacotta. Ia diperbuat menggunakan tiga bahan iaitu susu, gula dan telur putih. Puding ini sangat enak dimakan. Anda boleh menikmati puding sama ada panas atau pun sejuk.
Macau Science Centre
Pusat Sains Macau ini terletak di Se, Macau. Pusat sains ini mula dibina pada tahun 2001 dan siap pada tahun 2009. Ia merupakan pusat sains yang hebat dengan harga yang sangat berpatutan. Terdapat bas ulang alik pada waktu tertentu untuk membawa anda ke jeti yang berdekatan. Terdapat kira-kira 15 bilik pameran dan masing-masing mempunyai topik yang berbeza seperti kereta api, angkasa lepas, DNA dan bermacam-macam lagi. Pusat Sains Macau ini merupakan tempat yang bagus untuk dilawati untuk destinasi percutian hujung minggu bersama keluarga dan anak-anak anda.
Dengan pakej tiket penerbangan dan hotel yang tersedia di Traveloka Malaysia, anda boleh mengunjungi Macau dengan lebih mudah dan murah. Pilih pelbagai pakej pelancongan yang kami tawarkan dan ubah suai pakej-pakej tersebut seperti yang anda mahukan untuk mendapatkan kombinasi yang paling sesuai.
Idea Rancangan Hari Pertama
Idea Rancangan Hari Kedua
Idea Rancangan Hari Ketiga