Inginkan percutian bajet? Kini, anda boleh menempah tiket penerbangan dan hotel bersama pada harga yang lebih murah. Dengan satu pakej, anda boleh merancang percutian dalam satu pembelian. Pilih dan suaikan pelbagai pakej lawatan daripada koleksi yang kami tawarkan untuk mendapatkan kombinasi yang sesuai mengikut impian anda.
Melaka yang terletak di pantai barat semenanjung Malaysia adalah sebuah bandar yang kaya dengan bangunan warisan, peninggalan sejarah dan infrastruktur peninggalan bekas-bekas penjajah. Lawatan ke Melaka adalah pengalaman yang unik kerana bandar ini berlatar belakangkan sejarah dan kebudayaan yang kaya hasil daripada pemerintahan Portugis, Belanda dan Inggeris. Peninggalan-peninggalan sejarah British, Belanda dan Portugis masih lagi boleh dilihat dengan jelas melalui kubu-kubu, muzium, gereja-gereja dan Menara yang ditinggalkan. Disebakan peninggalan-peninggalansejarah inilah pusat bandar itu telah disenaraikan oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia pada bulan Julai 2008. Daya tarikan Melaka bukan sahaja terletak pada sejarahnya tetapi juga pada penduduk-penduduk negeri itu. Di Chinatown di Melaka, terdapat sebuah komuniti unik yang dikenali sebagai kaum Peranakan Cina Selat atau lebih dikenali sebagai masyarakat Cina Peranakan atau Baba dan Nyonya. Gabungan unik warisan Cina dan Melayu telah menjadikan kaum ini sebagai antara tanda-tanda identiti Melaka. Tidak lupa juga masyarakat Portugis, keturunan pelaut yang telah bermastautin di Melaka. Disebabkan terdapat pelbagai jenis kaum dan budaya di Melaka inilah yang menjadikan Melaka terkenal sebagai syurga makanan. Anda boleh menemui pelbagai hidangan yang berbeza yang pasti akan memuaskan selera-selera yang berlainan.
Dalam bahasa Melayu, Kuala Lumpur secara harfiahnya bermaksud 'bandar berlumpur' oleh sebab pertemuan antara sungai Klang dan sungai Gombak zaman semasa penubuhannya. Ia merupakan sebuah kawasan penempatan penting bagi industri timah pada abad ke-19, sebelum menjadi sebuah bandar yang sebenar. Bandar ini kemudiannya berkembang pesat pada awal abad ke-20 dengan pembangunan ladang getah di Selangor.
Pada mulanya, ia menjadi ibu negeri bagi Selangor, kemudian Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Malayan Union, serta akhirnya Malaya dan Malaysia. Hari ini, Kuala Lumpur secara rasmi dikenali sebagai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebagai bandar terbesar di Malaysia, ia juga merupakan ibu negara bagi negara ini. Statistik sehingga tahun 2016, bandar ini meliputi kawasan seluas 243 km2 (94 meter persegi) dan mempunyai anggaran penduduk sebanyak 1.73 juta orang. Bandar ini biasanya dikenali sebagai KL dan merupakan antara kawasan metropolitan yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara, dari segi penduduk dan pembangunan ekonomi.
Ia diiktiraf secara meluas disebabkan pelbagai mercu tanda, termasuk Menara Berkembar Petronas (bangunan pencakar langit berkembar tertinggi di dunia), pasar Jalan Petaling dan Batu Caves yang berusia lebih 400 juta tahun. Dibahagikan kepada banyak daerah, hab utamanya dikenali sebagai Segitiga Emas yang terdiri daripada Bukit Bintang, KLCC dan Chinatown. Kawasan ini terkenal di kalangan pelawat sama ada untuk percutian santai atau lawatan perniagaan.
Kuala Lumpur mempunyai iklim tropika sepanjang tahun yang hangat dan cerah, bersama-sama dengan hujan yang banyak. Walau bagaimanapun, banjir sering berlaku di bandar ini apabila terdapat hujan yang lebat, terutamanya di kawasan pusat bandar dan kawasan-kawasan hilir. Penduduk di bandar ini kebanyakannya bertutur dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris. Kebanyakan papan tanda di bandar ini juga ditulis dalam bahasa Malaysia.
Melaka sering dikunjungi oleh pelancong kerana bangunan-bangunan warisan yang dipelihara dengan baik, infrastruktur kolonial yang mengagumkan dan juga sejarahnya menarik. Tetapi di luar bandar bersejarah ini, Melaka juga menawarkan banyak lagi daya tarikan untuk para pengunjungnya.
A 'Famosa Resort
Terletak sekitar 24 km ke utara Melaka, A'Famosa Resort merupakan Kawasan yang seluas 520-hektar. Jangan dikelirukan dengan dengan Kubu A'Famosa, resort ini merangkumi 1,300 ekar tanah dan hanya boleh digambarkan sebagai salah satu taman tema utama di Malaysia. Terdapat beberapa taman hiburan di dalam resort ini termasuk Animal World Safari, Water World dan Cowboy Town. Taman berorientasikan keluarga ini menawarkan pelbagai aktiviti-aktiviti seronok yang sesuai untuk pengunjung dari semua peringkat umur.
Taman Rama-rama & Reptilia
Taman Rama Rama & Reptilia ini adalah tarikan pelancong yang terletak di Ayer Keroh, kira-kira 15km timur laut bandar Melaka. Ia menempatkan koleksi haiwan yang terdiri daripada rama-rama, ular, cicak, buaya, ikan koi dan juga sepasang harimau bintang. Terletak di kawasan hutan yang seluas 11 hektar membuatkan kompleks ini berfungsi sebahagiannya sebagai hutan sekunder dan sebahagian landskap taman. Tempat perlindungan ini telah dibuka pada tahun 1991 dan terbahagi kepada lima bahagian: Lembah Koi River, Taman Rama-Ramakandang reptilia, Wild Photo Lane dan Nature's Art Centre.
Mini Malaysia & Taman Budaya ASEAN
Mini Malaysia & Taman Budaya ASEAN adalah taman kebudayaan di mana replika menarik rumah-rumah tradisional Malaysia dan ASEAN dapat dilihat. Setiap rumah mengandungi hiasan, lekapan dan karya seni yang menggambarkan budaya setiap negara. Terletak di Ayer Keroh, Mini Malaysia & Taman Budaya ASEAN mempamerkan 13 negeri yang diwakili dengan rumah masing-masing. Walau bagaimanapun, di dalam setiap tempat tinggal adalah di mana perbezaannya dapat dilihat dengan jelas. Pengunjung juga boleh mencari model sebuah perkampungan Orang Asli di Kompleks Mini Malaysia.
Melaka juga merupakan bandar gastronomi yang menarik. Melaka menawarkan pelancong pelbagai pilihan makanan yang kebanyakannya dipengaruhi dengan budaya Peranakan contohnya makanan campuran masakan Cina dan Melayu. Hidangan-hidangan negeri Melaka pasti akan memuaskan selera sesiapa sahaja. Berikut adalah beberapa hidangan negeri Melaka yang mesti dicuba apabila anda melawat bandar Warisan Dunia UNESCO yang menakjubkan ini.
Nasi Ayam Bebola
Hidangan ini merupakan variasi hidangan nasi ayam Hainanese, ia adalah nasi hancur yang dimasak dengan pati ayam, dicampur dengan rempah-ratus dan kemudiannya dibentuk menjadi bebola. Ia biasanya dimakan bersama ayam kukus atau panggang. Tempat yang popular untuk menikmati hidangan ini adalah Restoran Chung Wah di Jonker Walk, namun pelancong Muslim yang mahu mencuba hidangan ini boleh mencuba hidangan ini di Restoran Ee Ji Ban di Jalan Melaka Raya 3.
Ikan Asam Pedas
Ikan dan/atau makanan laut dimasak di dalam kuah asam pedas, diperbuat daripada air asam jawa, cili dan rempah ratus. Biasanya, hidangan itu juga akan menggunakan sayur-sayuran seperti bendi, terung, kacang hijau panjang dan tomato. Proses memasak hidangan melibatkan merendam pulpa buah asam jawa sehingga lembut dan kemudiannya perahan jus akan digunakan untuk memasak ikan/makanan laut. Ini adalah hidangan istimewa negeri Melaka. Kuah asam pedas yang masam-masam pedas itu amat sesuai dimakan sekali nasi putih. Hidangan ini boleh didapati di sepanjang Jonker Walk dan bahagian-bahagian lain di bandar ini namun restoran kegemaran ramai untuk hidangan ini adalah Amy Heritage dan Nyonya Cuisine di Jalan Melaka Raya 24.
Sate Celup
Ini adalah hidangan di mana pelbagai jenis makanan laut mentah dan separa masak, daging (termasuk daging mentah) dan sayur-sayuran yang dicucuk lidi akan dimasak di dalam periuk yang dipenuhi kuah sate panas (kuah kacang). Ramai yang menganggap Capitol Sate di Lorong Bukit Cina menghidangkan Sate Celup yang terbaik, namun anda juga boleh mencuba hidangan ini di Sate Celup McQuek di Jonker Walk.
Cendol Nyonya
Cendol gaya Melaka, juga dikenali sebagai cendol Nyonya, akan di dititiskan yang gula melaka yang dicairkan dan santan di atas ais dan ditambah kacang merah, cendol dan jagung. Di tempat-tempat tertentu, anda juga boleh memilih untuk menambah seulas durian dalam cendol anda. Pelbagai kedai makan dan gerai makanan di Melaka menyajikan hidangan ini, tetapi ramai yang menganggap cendol Aunty Koh di Jalan Batang Tiga adalah antara cendol terbaik di Melaka.
Melaka sering dikunjungi oleh pelancong kerana bangunan-bangunan warisan yang dipelihara dengan baik, infrastruktur kolonial yang mengagumkan dan juga sejarahnya menarik. Tetapi di luar bandar bersejarah ini, Melaka juga menawarkan banyak lagi daya tarikan untuk para pengunjungnya.
A 'Famosa Resort
Terletak sekitar 24 km ke utara Melaka, A'Famosa Resort merupakan Kawasan yang seluas 520-hektar. Jangan dikelirukan dengan dengan Kubu A'Famosa, resort ini merangkumi 1,300 ekar tanah dan hanya boleh digambarkan sebagai salah satu taman tema utama di Malaysia. Terdapat beberapa taman hiburan di dalam resort ini termasuk Animal World Safari, Water World dan Cowboy Town. Taman berorientasikan keluarga ini menawarkan pelbagai aktiviti-aktiviti seronok yang sesuai untuk pengunjung dari semua peringkat umur.
Taman Rama-rama & Reptilia
Taman Rama Rama & Reptilia ini adalah tarikan pelancong yang terletak di Ayer Keroh, kira-kira 15km timur laut bandar Melaka. Ia menempatkan koleksi haiwan yang terdiri daripada rama-rama, ular, cicak, buaya, ikan koi dan juga sepasang harimau bintang. Terletak di kawasan hutan yang seluas 11 hektar membuatkan kompleks ini berfungsi sebahagiannya sebagai hutan sekunder dan sebahagian landskap taman. Tempat perlindungan ini telah dibuka pada tahun 1991 dan terbahagi kepada lima bahagian: Lembah Koi River, Taman Rama-Ramakandang reptilia, Wild Photo Lane dan Nature's Art Centre.
Mini Malaysia & Taman Budaya ASEAN
Mini Malaysia & Taman Budaya ASEAN adalah taman kebudayaan di mana replika menarik rumah-rumah tradisional Malaysia dan ASEAN dapat dilihat. Setiap rumah mengandungi hiasan, lekapan dan karya seni yang menggambarkan budaya setiap negara. Terletak di Ayer Keroh, Mini Malaysia & Taman Budaya ASEAN mempamerkan 13 negeri yang diwakili dengan rumah masing-masing. Walau bagaimanapun, di dalam setiap tempat tinggal adalah di mana perbezaannya dapat dilihat dengan jelas. Pengunjung juga boleh mencari model sebuah perkampungan Orang Asli di Kompleks Mini Malaysia.
Dengan pakej tiket penerbangan dan hotel di Traveloka Malaysia, anda boleh melawat Melaka dengan mudah dan murah. Pilih pelbagai pakej pelancongan yang kami tawarkan dan ubah suai pakej-pakej tersebut untuk mendapatkan kombinasi yang anda mahukan.
Idea Rancangan Hari Pertama
Idea Rancangan Hari Kedua
Idea Rancangan Hari Ketiga