Kota Kinabalu yang unik dan menarik

Laut yang sejernih kristal, suasana selesa, makanan laut yang ‘ohsem’ serta pasar kraftangan adalah sesuatu pengalaman indah yang sentiasa terpahat di hati kalau ke Kota Kinabalu. Malah, orang tempatan yang mesra menambahkan lagi sebab untuk ke sana selepas berbulan tidak ke mana-mana.

Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di KK, apa kata mulakan perjalanan anda dengan singgah di perniagaan-perniagaan yang baru dibuka ini. Jom?

Baca lebih lanjut tentang tempat-tempat ini di bawah!

Nook Cafe
Tentang Nook Cafe - Tanya saja orang KK tempat menarik untuk melepak sambil menghirup secawan kopi hangat, pastinya mereka akan mencadangkan kafe-kafe unik di sepanjang Lorong Dewan atau dikenali sebagai Australia Lane. Nook Cafe yang dimiliki oleh Anas Amdan dan isterinya Zarifah Fowzi adalah antara kafe menyerlah yang cukup digemari kerana suasananya, menu yang pelbagai dan hiasan dalaman yang Instagrammable.
Mahu pesan yang mana? - Pelbagai sandwich yang menjadi pilihan para pelanggan. Terdapat juga kopi, teh, pencuci mulut (mesti cuba wafel) dan seleksi sarapan pagi yang tersedia sepanjang hari. Untuk vegan, kafe ini menyediakan menu untuk anda juga!
Alamat: 19, Lorong Dewan, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.
Waktu operasi*: Isnin – Ahad, 8.00 pagi – 10.00 malam
Tao Art Studio
Tentang Tao Art Studio - Jika anda sudah bersedia untuk kotorkan tangan anda, cuba ambil kelas membuat tembikar di Tao Art Studio! Dahulunya dikenali sebagai Sabah Pottery Studio, ia diasaskan oleh pakar seramik, Hu Shun Cheng. Master Hu yang dilahirkan di ‘Pusat Porcelin’ di Jingdezhen, China, telah mendalami ilmu membuat tembikar sepanjang hayatnya. Di Kota Kinabalu, Tao Art Studio adalah satu-satunya yang menyediakan kelas seni pembuatan seramik yang berpatutan, sesuai untuk semua lapisan umur.
Mahu buat apa di sini? - Selain daripada kelas asas pembuatan tembikar, anda boleh mendaftar untuk pelbagai bengkel lain seperti DIY tembikar buatan tangan, membuat tembikar menggunakan roda tembikar dan ilustrasi cawan.
Alamat : Lot No. 7, House No.2, Taman Foh Sang, Lorong Mawas 3, Off Jalan Penampang Road, 88300 Kota Kinabalu, Sabah.
Waktu operasi*: Isnin – Sabtu, 10.00 pagi – 6.00 petang
Toojou
Tentang Toojou - Toojou, tempat tumpuan sosial terbaru ini menggabungkan penginapan, kafe, ruang bekerja dan bar atas bumbung. Walaupun anda tidak bercadang untuk menginap di sini, anda boleh lepak-lepak di Tamaha Cafe dan Tamu Bar, atau singgah di Opis, ruang bekerja 24 jam yang tersedia untuk disewa (percuma untuk tetamu hotel!).
Kenapa anda perlu menginap di sini? - Jika anda bercadang untuk berehat dan berkenalan dengan orang baru, inilah tempatnya. Penginapan yang sesuai untuk pengembara solo, muda atau berpasangan ini termasuklah kapsul dalam bilik yang dikongsi dan bilik peribadi. 
Alamat: 12, Jalan Masjid Lama, Bandaran Berjaya, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.
Baca lebih lanjut tentang Toojou Hotel di sini or lihat biliknya tersedia sekarang.

*Waktu operasi mungkin berbeza semasa PKP

Mahu lihat lebih banyak cadangan perniagaan tempatan yang menarik? Lawati akaun media sosial rasmi kami Facebook, Instagram atau Twitter hari ini.


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved