Santai-santai saja di Langkawi

Anda kurang ceria sejak kebelakangan ini? Ayuh berehat dengan tenang di tepi pantai atau mencuba bermacam-macam aktiviti menarik di Pulau Langkawi. 
Tak lupa juga, anda boleh mengenali sejarah dan legenda Permata Kedah yang mempesonakan ini! Untuk mengetahui lebih tentang Langkawi, apa kata anda mulakan dengan perniagaan-perniagaan tempatan ini.

Baca lebih lanjut tentang tempat-tempat ini di bawah!

Che Nah Restaurant
Tentang Che Nah Restaurant - Restoran ini dimiliki oleh Rasenah Ibrahim dan telah menyajikan sarapan Melayu seperti nasi lemak dan pelbagai 'roti' dengan harga yang berpatutan sejak tahun 2010. Hidangan mesti cuba? Mestilah Roti Canai Lada Hitam lazat yang dipenuhi dengan daging, sayur-sayuran, digulung menjadi separuh, dihiasi dengan mayonis dan disajikan di atas piring yang dicurah dengan sos lada hitam pedas.
Mahu pesan yang mana? - Hidangan popular - Roti Canai Lada Hitam adalah hidangan mesti cuba. Tambahkan keju dan inti pilihan anda: lembu, kambing atau ayam. Kami janji, rasanya 100 kali lebih sedap!
Alamat: Jalan Kedawang, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu operasi*: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 3.00 petang
Hidden Langkawi
Tentang Hidden Langkawi - Jika anda seorang yang sukakan matahari terbenam, jadikan Hidden Langkawi sebagai tempat sempurna untuk anda mengambil gambar. Restoran dan bar di Pantai Tengah ini menawarkan ruang santai atas bumbung yang menghadap ke arah pantai. Menjadi popular selepas hanya dua tahun beroperasi, di sini anda dapat menikmati makanan yang lazat dan pemandangan yang menakjubkan. Berbaloi untuk dicuba!
Mahu pesan yang mana? - Mocktail atau jus segar yang dipadankan dengan kentang goreng Hidden House Fries sesuai untuk santai petang anda. Cuba juga pelbagai piza mereka, seperti Piza Sambal Ayam Asli atau Piza Two-Faced, perisa gabungan barat dan Asia.
Alamat: 2461, Jalan Pantai Tengah, Padang Matsirat, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu operasi*: Isnin – Ahad, 12.00 tengah hari – 10.00 malam
Temple Tree Resort
Tentang Temple Tree Resort - Temple Tree di Bon Ton adalah resort butik yang menawarkan keramahan asli rakyat Malaysia dengan sentuhan mewah. Terletak jauh dari hiruk-pikuk Cenang, persinggahan rehat anda di Temple Treet Resort adalah seperti menginap dalam muzium sebenar kerana resort ini telah memulihara dengan cukup indah 8 buah rumah warisan daripada kaum Cina, Melayu, India dan orang Eropah (ada di antaranya berusia lebih dari 120 tahun!). Rumah yang pernah diduduki ini telah dipindahkan dari beberapa perkampungan tempatan dari seluruh Malaysia.
Kenapa anda perlu menginap di sini? - Resort ini sangat sesuai untuk pencinta alam semula jadi dan yang ingin berbulan madu. Suasana di sini cukup nyaman kerana dikelilingi kehijauan, seni bina unik dan dilengkapi kemudahan moden. Setiap vila juga menawarkan keunikan dan pengalaman tersendiri bagi tetamu yang menginap di situ.
Alamat: Lot 1053, Jalan Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah
Baca lebih lanjut tentang Temple Tree Resort di sini or lihat biliknya tersedia sekarang.

*Waktu operasi mungkin berbeza semasa PKP

Mahu lihat lebih banyak cadangan perniagaan tempatan yang menarik? Lawati akaun media sosial rasmi kami Facebook, Instagram atau Twitter hari ini.


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2026 Traveloka. All rights reserved