Negeri cantik, budaya menarik

Bandar pesisir ini tidak asing lagi dengan pantainya yang mempesona, rumah-rumah kampung yang masih memelihara binaan warisan, restoran tempatan yang berpatutan dan pemandangan ikonik seperti Terengganu Drawbridge yang mengagumkan. Jom sertai kami kenali kembali Kuala Terengganu!

Mulakan cuti-cuti Malaysia untuk #SupportLokal dan lihat cadangan kami untuk percutian anda di sini.

Baca lebih lanjut tentang tempat-tempat ini di bawah!

Kofi.trg
Tentang Kofi.trg - Pastikan anda singgah di kafe baru ini apabila anda berada di Kuala Terengganu! Dibuka pada awal tahun ini, KOFI menyediakan kopi brew segar bersama snek enak seperti sandwich dan pastri. Kafe kecil dikawasan kejiranan berdekatan ini dikendalikan oleh barista tempatan yang berpengalaman. Dengan hiasan dalaman yang minimalis, tempat lepak ini tentunya sesuai untuk anda bersantai selepas menjelajah bandar Kuala Terengganu.
Mahu pesan apa di sini? - Kofi.trg menawarkan pilihan kopi yang berpatutan seperti americano, mocha dan latte dari RM5. Untuk menghilangkan dahaga, cuba Matcha Latte Frappe atau Strawberry Smoothie yang masam manis.
Address: 7825, Taman Baiduri, Kampung Padang Nenas, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi*: Sabtu – Khamis, 4.00 petang – 10.00 malam. Ditutup setiap Jumaat.
Kak Yah Keropok Lekor
Tentang Kak Yah Keropok Lekor - Kampung Losong dikenali dengan produk keropok lekornya. Antara pengusaha terawal di sini termasuklah kedai Sariah Ismail — Kak Yah Keropok Lekor, yang telah menjadi popular hingga telah memasarkan pelbagai produk snek sejuk beku ke pasaran tempatan dan luar negara. Keropok lekor rebus atau goreng enak dinikmati ketika minum petang, lebih-lebih lagi dengan sos cili istimewa Terengganu.
Mahu beli apa di sini? - Perjalanan anda ke Terengganu tidak lengkap tanpa membawa pulang keropok lekor sebagai ‘oleh-oleh’. Terdapat banyak pilihan di sini seperti keropok lekor panjang, nipis, keropok lekor keping, ikan masin dan satay ikan.
Alamat: 140, Kampung Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi*: Isnin – Ahad, 8.00 pagi – 7.00 malam
Wanisma Craft & Trading
Tentang Wanisma Craft & Trading - Terengganu sinonim dengan operasi pembuatan kecil seperti batik tradisional dan pembuatan barangan tembaga. Untuk mencari produk-produk yang kualiti tinggi, lawati Wanisma Craft & Trading. Perniagaan yang diwarisi turun-temurun ini dimiliki oleh Wan Mahadi bin Ismail dan sangat terkenal di kalangan pelancong kerana hasil pertukangannya yang halus dan teliti. Anda akan berasa seperti dibawa ke zaman lampau ketika menjejakkan kaki ke dalam kedai satu tingkat ini apabila melihat paparan pelbagai barangan tembaga, perabot dan batik tradisional.
Aktiviti menarik di sini? - Di sini anda boleh melihat pembuatan tembaga secara tradisional; daripada melebur hingga mengilap dan mengukir. Anda juga boleh melihat proses membuat batik. Cara untuk baik menyokong perniagaan tempatan adalah dengan membawa pulang pelbagai koleksi tembikar, set perkahwinan tradisional, peralatan dapur, perabut atau fabrik batik yang cantik dan berpatutan sebagai cenderahati.
Alamat: 32, Ladang Sekolah, 20000, Kuala Terengganu, Terengganu, 20000

*Waktu operasi mungkin berbeza semasa PKP

Mahu lihat lebih banyak cadangan perniagaan tempatan yang menarik? Lawati akaun media sosial rasmi kami Facebook, Instagram atau Twitter hari ini.


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved