1. Terma dan syarat ini (“Terma dan Syarat”) megawal Program Flyer Deals ini (“Promosi”).
2. Promosi ini ditawarkan oleh entiti Traveloka dalam Kumpulan Traveloka yang telah memeterai kontrak dengan pihak (“Anda” atau “Pengguna”) pada masa tempahan produk penerbangan dibuat, di mana Anda layak menerima diskaun tertentu ke atas penginapan terpilih dan pakej kupon selepas berjaya membuat tempahan produk penerbangan melalui laman web desktop, laman web mudah alih, atau aplikasi mudah alih rasmi Traveloka (secara kolektif, “Laman”).
3. Promosi ini tersedia kepada semua Pengguna yang berjaya menempah sebarang produk penerbangan di Laman. Bagi tujuan Terma dan Syarat ini, tempahan dianggap berjaya apabila transaksi telah diselesaikan di Laman dan pengesahan tempahan telah dikeluarkan oleh Traveloka.
4. Tertakluk kepada Bahagian A dan B dalam Terma dan Syarat ini, Anda layak menerima manfaat Promosi berikut selepas berjaya menempah produk penerbangan di Laman:
a. Diskaun Penginapan Ekslusif: Akses kepada kadar diskaun khas bagi produk penginapan terpilih (“Diskaun”); dan
b. Pakej Kupon Pelbagai Produk: Koleksi pelbagai kupon (“Kupon”) yang boleh ditebus untuk pelbagai produk pelancongan yang tersedia di Laman.
A. Diskaun
5. Diskaun ini hanya tersedia kepada Pengguna yang mempunyai tempahan penerbangan yang aktif. Sekiranya tempahan penerbangan Anda dibatalkan atau dipulangan, Anda tidak lagi layak mendapatkan Diskaun.
6. Diskaun hanya sah untuk produk penginapan terpilih di bandar ketibaan penerbangan Anda yang ditandakan dengan label “Flyer Deal”. Walaupun Diskaun secara umumnya terpakai untuk mana-mana tarikh penginapan, ia tertakluk kepada polisi tarikh sekatan (blackout date) setiap penginapan. Jika tarikh tempahan Anda jatuh dalam tempoh sekatan, Diskaun tidak akan terpakai.
7. Diskaun ini boleh ditebus dalam masa lima belas (15) hari dari tarikh pengesahan tempahan penerbangan Anda. Jika Diskaun tidak ditebus dalam tempoh awal ini, Diskaun tersebut akan tetap tidak dapat diperoleh sehingga tempoh kelayakan kedua, yang bermula lima belas (15) hari sebelum tarikh penerbangan dijadualkan dan akan berakhir lima belas (15) hari selepas jadual berlepas penerbangan.
8. Penyertaan Anda dalam Promosi ini tidak menjamin ketersediaan mana-mana penginapan tertentu. Semua tempahan adalah tertakluk kepada ketersediaan bilik pada masa transaksi. Jika inventori bilik promosi telah habis bagi tarikh yang Anda pilih, Diskaun tidak akan terpakai dan kadar bilik standard semasa akan dikenakan.
9. Kadar Diskaun berbeza mengikut setiap produk penginapan, sehingga maksimum 25%. Pengurangan ini hanya terpakai kepada kadar asas bilik setiap malam dan tidak termasuk sebarang yuran atau caj tambahan.
10. Caj perkhidmatan dan cukai kerajaan semasa tetap terpakai dan akan dikenakan berdasarkan harga asal sebelum Diskaun digunakan.
11. Sekiranya berlaku pembatalan penerbangan atau perubahan jadual yang dimulakan oleh syarikat penerbangan untuk apa jua sebab (termasuk, tetapi tidak terhad kepada Force Majeure), Anda mungkin layak untuk penjadualan semula percuma atau bayaran balik penuh bagi tempahan penginapan yang terjejas. Perlindungan adalah terhad kepada tempoh sebenar gangguan, sehingga maksimum tujuh (7) malam berturutan. Kelayakan dan tuntutan adalah bertakluk kepada Terma dan Syarat Pembatalan Percuma & Penjadualan Semula di: https://www.traveloka.com/ms-my/promotion/reschedule-guarantee-tnc
12. Sebarang bayaran balik akan dikira berdasarkan jumlah sebenar yang dibayar oleh Anda selepas Diskaun digunakan, bukan harga asal.
B. Kupon
13. Kupon hanya sah untuk produk dan perkhidmatan penginapan, aktiviti pelancongan, pemindahan lapangan terbang, dan sewaan kereta di Laman.
14. Penggunaan Kupon ini adalah terhad bagi setiap Pengguna untuk setiap tempahan penerbangan.
15. Anda hanya boleh menuntut Kupon di bawah Promosi ini maksimum dua (2) kali bagi setiap tahun kalendar.
16. Kupon yang dikeluarkan di bawah Promosi ini sah dari masa ia dikeluarkan sehingga tarikh berlepas yang dijadualkan bagi tempahan penerbangan yang mencetuskan Promosi ini. Kupon yang telah tamat tempoh tidak boleh dilanjutkan atau diaktifkan semula.
17. Penebusan setiap Kupon tertakluk kepada terma dan syarat khusus masing-masing, yang boleh dilihat pada Kupon tersebut.
18. Kupon untuk produk penginapan boleh digunakan bersama Diskaun. Pengguna berhak menggunakan Kupon ini ke atas kadar asas yang telah didiskaunkan bagi mendapatkan penjimatan maksimum.
C. Terma dan Syarat Umum
19. Dengan menyertai Promosi ini, Anda bersetuju untuk terikat kepada Terma dan Syarat ini bersama-sama dengan Terma dan Syarat Penggunaan Traveloka yand tersedia di https://www.traveloka.com/ms-my/termsandconditions (“Terma dan Syarat Penggunaan”). Sekiranya terdapat percanggahan antara Terma dan Syarat ini dan Terma dan Syarat Penggunaan, maka Terma dan Syarat Penggunaan akan mengatasi.
20. Promosi ini tidak boleh dipindah milik, tidak boleh dikembalikan, dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai/produk/kredit dalam apa jua bentuk.
21. Traveloka berhak, atas budi bicara mutlaknya, untuk mengubah atau membatalkan sebarang tempahan sekiranya didapati Pengguna terlibat dalam aktiviti penipuan atau tidak wajar, atau dalam keadaan di mana tempahan tersebut mengandungi atau berpunca daripada kesilapan.
22. Traveloka berhak untuk menarik balik Promosi ini daripada mana-mana Pengguna yang melanggar Terma dan Syarat ini. Dalam keadaan sedemikian, Traveloka berhak untuk mendapatkan semula sebarang manfaat Promosi dan boleh mengambil langkah lanjut yang perlu, termasuk menyenaraihitamkan Pengguna daripada promosi Traveloka pada masa hadapan. Keputusan Traveloka berhubung perkara ini adalah muktamad, dan Pengguna yang terlibat tidak mempunyai sebarang hak tuntutan, remedi, atau pelepasan terhadap Traveloka.
23. Traveloka berhak untuk meminda, menggantung, atau menamatkan Promosi ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu kepada Anda.
Terma ini ditadbir oleh undang-undang bidang kuasa yang terpakai kepada entiti Traveloka yang Anda berkontrak dengannya pada masa tempahan produk penerbangan dibuat. Anda bersetuju bahawa sebarang pertikaian akan diselesaikan secara eksklusif oleh mahkamah dalam bidang kuasa tersebut.