Keselamatan Anda, Keutamaan Traveloka

Kami menggunakan teknologi penyulitan data terkini untuk melindungi keselamatan transaksi anda. Penggunaan perlindungan pelbagai lapisan dan sistem pengurusan fraud kami boleh mengelakkan akaun anda daripada diakses tanpa kebenaran. Kami menghormati privasi anda dan tidak akan berkongsi data anda dengan mana-mana pihak ketiga.


Bagaimana kami melindungi akaun anda?

Notifikasi Log Masuk
Pengesahan Dua Faktor
Pengesahan Biometrik
Penyahaktifan Akaun
Traveloka Secret Code (PayLater)

Kami akan memaklumkan anda jika terdapat aktiviti log masuk dan peranti yang digunakan untuk mengesahkan anda pengguna tersebut. Proses ini berlaku sebaik sahaja akaun anda diakses.


Cara mengaktifkan Notifikasi Log Masuk:

  1. Pergi ke Akaun Saya dan pilih Tetapan
  2. Tekan Notifikasi Melalui Aplikasi
  3. Aktifkan Aktiviti Akaun


Pastikan anda membenarkan Traveloka App untuk menghantar notifikasi melalui aplikasi. Konfigurasi ini boleh diubah di tetapan peranti anda.

Apabila terdapat aktiviti berhubung dengan keselamatan akaun seperti mengubah info akaun atau membuat permintaan bayaran balik, kami akan meminta anda memasukkan kata laluan Traveloka dan kod pengesahan. Proses dua langkah ini melindungi akaun anda daripada diceroboh dan memastikan hanya anda yang boleh melakukan aktiviti tersebut.


Anda akan menerima kod pengesahan melalui emel atau nombor telefon bimbit yang didaftar dalam akaun. Traveloka tidak akan meminta kod daripada anda kecuali melalui laman web dan aplikasi.

Teknologi kami membolehkan anda menggunakan cap jari dan wajah untuk pengesahan akaun. Lebih selamat dan peribadi!


Cara mengaktifkan pengesahan biometrik:

  1. Pergi ke Akaun Saya dan pilih Tetapan
  2. Tekan Kata Laluan & Keselamatan
  3. Aktifkan pengesahan biometrik


Apabila anda tidak dapat menaip kata laluan, pengesahan biometrik memudahkan anda log masuk atau melakukan aktiviti dalam akaun.

Jika terdapat aktiviti tanpa kebenaran, anda boleh menyahaktifkan akaun buat sementara waktu. Maklumat anda akan disimpan apabila anda kembali ke Traveloka nanti. Anda juga boleh menyahaktifkan akaun dengan menghubungi Khidmat Pelanggan kami.


Cara menyahaktifkan akaun:

  1. Apabila kata laluan Traveloka telah diubah, kami akan menghantar emel dan SMS kepada anda.
  2. Pautan untuk penyahaktifan akaun boleh didapati dalam emel dan SMS. Klik pada pautan tersebut.
  3. Hubungi Khidmat Pelanggan untuk maklumat lanjut mengenai penyahaktifan akaun.

To make sure every purchase using PayLater is done by you, every purchase using PayLater needs to be confirmed with a secret code that will be sent via SMS to the phone number you entered during your PayLater application process.


How does it work?

  1. Make a purchase with PayLater, you will receive secret code via SMS
  2. Enter the secret code
  3. Your purchase will be done if the correct secret code is successfully entered

Kad kredit anda tetap rahsia

Untuk pembayaran kad kredit, Traveloka menjalin kerjasama dengan CyberSource®, sebuah anak syarikat Visa. Data kad kredit anda akan sentiasa dilindungi, kekal rahsia dan selamat kerana ia disulitkan dengan keselamatan 256-bit dan diasingkan sebagai satu ‘token’ dalam pelayan CyberSource. Dalam bahasa mudah, sistem CyberSource Tokenization adalah pengganti kepada pengenalan unik untuk data sensitif, dipanggil 'token’ yang membolehkan kami memproses bayaran anda dengan selamat.

Cybersource

Keselamatan transaksi anda diawasi 24 jam

Traveloka menggunakan solusi keselamatan siber pelbagai lapis untuk memastikan keselamatan transaksi anda. Melalui sistem pengurusan penipuan kami, setiap transaksi diawasi dan dinilai supaya kami dapat mengenalpasti transaksi penipuan oleh pihak yang tidak sepatutnya.


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved