Kos sewa ditentukan oleh zon pengambilan/penghantaran, laluan, dan jenis kereta.
Kos sewa termasuk pemandu, minyak, tol, dan fi parkir.
Penumpang harus menanggung kos tambahan yang mungkin dikenakan ekoran pengubahan zon pengambilan atau penghantaran. Pembayaran mestilah dibuat dalam bentuk tunai secara terus kepada pemandu atau staf Talixo.
Semua harga tertakluk pada perubahan tanpa sebarang notis.
Untuk perjalanan dari lapangan terbang, penumpang perlu menghubungi pemandu secara terus untuk pengambilan di lokasi yang disetujui. Sila lihat baucar Traveloka anda untuk panduan lanjut.
Penumpang boleh mengubah butiran penerbangan atau info perhubungan dengan menghubungi Khidmat Pelanggan Traveloka.
Untuk perjalanan ke lapangan terbang, penumpang perlu hadir selewat-lewatnya 15 minit dari waktu pengambilan yang disetujui. Jika tidak, tempahan akan terbatal dan tidak boleh dibayar balik.
Untuk perjalanan dari lapangan terbang, penumpang perlu hadir selewat-lewatnya 45 minit (Economy Class), 60 minit (Business Class), 90 minit (First Class) dari waktu pengambilan yang disetujui. Jika tidak, tempahan akan terbatal dan tidak boleh dibayar balik.
Kanak-kanak diantara umur 3 - 6 tahun perlu menggunakan kerusi duduk bayi. Untuk menempah, sila sertakan di dalam bahagian “Nota kepada Pemandu” semasa membuat tempahan. Talixo akan menghubungi anda untuk mengesahkan ketersediaan dan harga kerusi duduk. Sila buat bayaran untuk penambahan secara terus kepada Talixo.
Penumpang yang membawa bagasi tambahan tanpa sebarang notis akan dikenakan caj tambahan
Bagi penumpang yang mengemukakan nombor penerbangan sah, Talixo akan memberikan waktu tambahan menunggu apabila berlakunya pengangguhan penerbangan. Jika penerbangan anda tertangguh, sila hubungi Talixo di talian +4930346497369 / WhatsApp +491742118370.
Penumpang harus mengikut bilangan maksimum penumpang dan bagasi yang ditetapkan semasa membuat tempahan.
Penumpang dilarang merokok, serta membawa bahan berbau kuat dan/atau barangan berbahaya dalam kenderaan Talixo. Barangan berbahaya termasuk tetapi tidak terhad kepada barangan tajam, bahan mudah terbakar, bahan letupan, bahan kimia, bahan berbahaya, dan ubat terlarang.
Penumpang tidak dibenarkan memandu kenderaan Talixo.
Penumpang dilarang menggunakan perkhidmatan Talixo untuk kegiatan jenayah atau aktiviti haram.
Penumpang bertanggungjawab terhadap akibat yang disebabkan pelanggaran polisi ini.
Setelah tempahan selesai, tiket Talixo tidak dapat dijadualkan semula.
Untuk pembatalan tempahan dan permintaan bayaran balik, hubungi Khidmat Pelanggan Traveloka di talian +6015 4840 9469 atau +603 7724 3501.
Pembayaran balik tersedia untuk pembatalan yang dibuat selewat-lewatnya 24 jam sebelum waktu pengambilan yang disetujui.
Kos sewa 100% akan dibayar balik.
Jumlah bayaran balik akan dikembalikan melalui kaedah pembayaran yang digunakan semasa tempahan dibuat.
Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia