Cari penginapan dengan label ‘Tiada bayaran perlu dibuat sekarang’, kemudian cari bilik dengan pilihan tarikh pembayaran. Anda juga boleh menggunakan penapis ‘Bayar menjelang tarikh penginapan’.
Selepas memilih bilik anda, teruskan mengisi butiran anda dan pilih Tiada bayaran hingga tarikh tertentu apabila memilih tarikh pembayaran anda.
Guna kad kredit untuk menjamin tempahan anda. Jangan bimbang, jumlah ini hanya akan dicaj pada tarikh pembayaran.
Voila! Tempahan anda kini sah dan anda akan menerima baucar anda. Nikmati penginapan anda!
Bayar menjelang tarikh penginapan merupakan pilihan yang menawarkan pembayaran yang lebih fleksibel kepada anda. Apabila anda menempah bilik dengan pilihan ini, anda boleh memilih "Tiada bayaran hingga tarikh tertentu" tanpa perlu membuat pembayaran segera. Anda hanya perlu menggunakan kad kredit atau PayLater untuk menjamin tempahan anda.
Memandangkan pilihan bayar menjelang tarikh penginapan hanya tersedia untuk bilik terpilih, anda boleh mengenal pasti bilik tersebut dengan pilihan "Tiada bayaran hingga tarikh tertentu" atau "Bayar sekarang" atau gunakan penapis ‘Bayar menjelang tarikh penginapan’ sewaktu membuat carian bilik.
Dengan pilihan bayar menjelang tarikh penginapan, anda boleh memilih "Tiada bayaran hingga tarikh tertentu", yang bermaksud bayaran hanya akan dicaj dalam tempoh masa setelah tempahan dibuat. Ini membolehkan anda menangguhkan pembayaran anda dan memberi anda lebih kefleksibelan dalam rancangan perjalanan anda. Jika perlu, anda juga boleh membatalkan tempahan anda tanpa perlu meminta bayaran balik.
Bayar menjelang tarikh penginapan membolehkan anda memilih "Tiada bayaran hingga tarikh tertentu" atau "Bayar sekarang". Jika anda memilih pilihan kedua, pembayaran anda akan diproses secara automatik pada tarikh tertentu sebelum tarikh penginapan anda. Dasar Pembatalan Percuma ini juga terpakai untuk bilik dengan pilihan bayar menjelang tarikh penginapan.
Sementara itu, untuk bilik Bayar Di Hotel, bayaran hanya akan dibuat di penginapan apabila anda hendak mendaftar masuk dan tidak semestinya tertakluk pada dasar Pembatalan Percuma.
Ya, penginapan anda dijamin dan anda akan menerima baucar selepas membuat tempahan. Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa jika bayaran anda gagal dicaj pada tarikh pembayaran, tempahan anda akan dibatalkan dan baucar akan menjadi tidak sah.
Malangnya, tidak. Kupon promosi tidak boleh digunakan pada masa ini jika anda memilih "Tiada Bayaran hingga tarikh tertentu".
Ya, anda juga tidak boleh membeli alat tambah, menebus Mata atau membayar tempahan anda secara ansuran. Walau bagaimanapun, anda tetap akan diberikan Mata untuk tempahan anda.
Anda boleh menggunakan kad kredit untuk membuat tempahan anda. Jangan bimbang, jumlah ini hanya akan dicaj pada tarikh pembayaran.
Jika anda memilih untuk menggunakan kad kredit, yakin bahawa segala butiran akan disulitkan dan benar-benar selamat.
Tidak, bayaran akan dicaj secara automatik pada tarikh yang dinyatakan dan tidak boleh diubah. Jadi, pastikan anda memberi perhatian kepada tarikh pembayaran, kerana tarikh mungkin berbeza untuk setiap tempahan!
Sudah tentu, kami akan menghantarkan e-mel dan pemberitahuan semerta kepada anda 2 hari sebelum tarikh pembayaran.
Anda akan menerima resit anda selepas pembayaran selesai.
Pembayaran bil kad kredit anda bukan di bawah bidang kuasa Traveloka, jadi kami mencadangkan anda menyemak dengan pembekal kad kredit anda untuk mengesahkan perkara ini.
Anda tidak boleh menukar kad atau menukar kaedah pembayaran selepas tempahan dibuat. Walau bagaimanapun, bayaran masih boleh diproses selagi had anda mencukupi pada tarikh pembayaran itu sendiri.
Jika pembayaran gagal, tempahan anda akan dibatalkan secara automatik.
Tidak, tiada yuran pembatalan akan dikenakan.
Malangnya, pada masa ini tiada cara untuk memulihkan tempahan yang dibatalkan. Sebaliknya anda boleh cuba membuat tempahan baharu.
Ya, bilik dengan pilihan bayar menjelang tarikh penginapan sentiasa mempunyai dasar Pembatalan Percuma untuk memastikan anda mempunyai kefleksibelan untuk membatalkan tempahan anda, jika perlu. Walau bagaimanapun, anda mungkin akan dikenakan caj pembatalan selepas tempoh pembatalan percuma tamat. Sila semak butiran tempahan anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Prosesnya sama seperti tempahan biasa. Pergi ke Tempahan pada Traveloka App, ketik tiga titik di sudut atas sebelah kanan tempahan anda, kemudian pilih Batalkan Tempahan.
Ya, anda akan dapat menjadualkan semula tempahan anda selepas pembayaran selesai, tetapi anda mungkin akan dikenakan yuran pembatalan. Sila rujuk butiran tempahan anda untuk menyemak spesifikasi polisi penjadualan semula.
Malangnya, tidak, anda tidak boleh menjadualkan semula tempahan anda sebelum pembayaran selesai. Sebaliknya, anda boleh membatalkan tempahan secara percuma semasa tempoh Pembatalan Percuma aktif dan membuat tempahan baharu.
Terma dan Syarat ini ("Terma dan Syarat") terpakai antara entiti Traveloka yang mengikat kontrak dengan Anda untuk suatu transaksi ("Traveloka" atau "Kami") dan pelanggan Traveloka yang membuat pembelian di Platform Traveloka ("Anda" atau "Tetamu").
Dengan mengakses, menggunakan dan membuat tempahan penginapan dengan kaedah Bayar Menjelang Tarikh Penginapan, Anda dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk menerima semua Terma dan Syarat seperti yang berikut:
1.1. Bayar Menjelang Tarikh Penginapan ialah kaedah pembayaran untuk tempahan penginapan di Platform Traveloka, seperti yang berikut:
1.1.1 Bayar Sekarang; dan
1.1.2. Tiada Bayaran Hingga Tarikh Tertentu.
1.2 Bayar Menjelang Tarikh Penginapan hanya tersedia pada laman web dan aplikasi mudah alih Traveloka versi 3.80 atau lebih baharu (“Platform Traveloka”).
Bayar Sekarang ialah kaedah pembayaran di Platform Traveloka yang memerlukan Anda membuat pembayaran selepas menempah penginapan dalam had masa yang ditetapkan. Jika pembayaran tidak dibuat dalam had masa yang ditetapkan, Traveloka berhak untuk membatalkan atau mengabaikan proses tempahan penginapan Anda.
3.1. Tiada Bayaran Hingga Tarikh Tertentu ialah kaedah pembayaran di Platform Traveloka yang membolehkan Anda menempah penginapan dan membuat pembayaran pada tarikh yang ditentukan oleh Traveloka.
3.2. Traveloka akan memaklumi Anda tentang tarikh pembayaran perlu dibuat melalui Platform Traveloka dan/atau baucar tempahan penginapan ("Tarikh Pembayaran").
3.3. Jika Anda memilih kaedah Tiada Bayaran Hingga Tarikh Tertentu, Anda tidak boleh menggunakan kemudahan-kemudahan berikut:
3.3.1. Menebus atau menggunakan Traveloka Points;
3.3.2. Menggunakan kupon Traveloka atau kupon penginapan;
3.3.3. Menambah insurans; dan
3.3.4. Membuat bayaran ansuran dengan kad kredit.
3.4. Jika Anda memilih kaedah Tiada Bayaran Hingga Tarikh Tertentu, Anda tidak boleh menjadualkan semula tempahan Anda atau mengubah butiran tempahan Anda (termasuk tetapi tidak terhad kepada, mengubah jenis bilik atau tempoh penginapan) sebelum Tarikh Pembayaran.
3.5. Kaedah pembayaran Tiada Bayaran Hingga Tarikh Tertentu hanya boleh dibuat menggunakan kad kredit.
3.6. Pembayaran Menggunakan Kad Kredit
3.6.1. Apabila Anda menempah penginapan ("Tarikh Tempahan") menggunakan kad kredit sebagai kaedah pembayaran, Anda akan diminta untuk memasukkan maklumat kad kredit Anda.
3.6.2. Traveloka atau pihak ketiga yang dilantik oleh Traveloka berhak untuk mengesahkan kad kredit Anda.
3.6.3. Caj tempahan penginapan akan dibuat secara automatik pada Tarikh Pembayaran.
3.6.4. Anda perlu memastikan bahawa had kad kredit Anda mencukupi pada Tarikh Pembayaran.
3.6.5. Jika pembayaran gagal dibuat pada Tarikh Pembayaran kerana ralat sistem kad kredit, had kad kredit Anda tidak mencukupi atau sebarang sebab lain, Traveloka akan membatalkan tempahan penginapan Anda secara automatik dan apa-apa baucar penginapan yang telah dikeluarkan akan menjadi tidak sah.
3.6.6. Anda boleh membatalkan tempahan secara percuma sebelum Tarikh Pembayaran. Jika Anda membuat pembatalan selepas Tarikh Pembayaran, Anda mungkin dikenakan caj pembatalan seperti yang dinyatakan dalam fasal 3.6.7 Terma dan Syarat ini.
3.6.7. Anda boleh membatalkan atau menjadualkan semula tempahan penginapan selepas Tarikh Pembayaran, tertakluk pada caj pembatalan atau caj perubahan jadual seperti yang dinyatakan dalam baucar.
3.6.8. Sekiranya pembatalan atau penjadualan semula dibuat, baucar penginapan yang telah dikeluarkan akan menjadi tidak sah dan tidak boleh digunakan.
4.1. Anda dilarang mengambil kesempatan dengan apa-apa jua cara sekalipun, mengikut budi bicara mutlak Kami, yang dilakukan secara tidak jujur, tidak munasabah dan/atau dengan cara yang Kami anggap menyalahgunakan ciri Bayar Menjelang Tarikh Penginapan.
4.2. Sekiranya Kami mendapati bahawa Anda telah melanggar peruntukan artikel ini, Kami berhak untuk: (i) menjalankan siasatan terhadap dakwaan penyalahgunaan; (ii) meminta Anda membayar pampasan atas semua kerugian yang dialami oleh Traveloka atau pihak berkaitan yang lain berhubung tindakan penipuan tersebut; dan/atau (iii) mengambil tindakan lain yang dianggap perlu oleh Traveloka.
5.1. Untuk mengelakkan keraguan, takrifan "Penginapan" dalam Terma dan Syarat ini boleh merujuk kepada apa-apa bentuk hartanah penginapan.
5.2. Anda dengan ini bersetuju untuk melepaskan Traveloka daripada semua tuntutan atau pampasan yang disebabkan oleh kecuaian Anda atau kelewatan Anda dalam membatalkan tempahan sebelum Tarikh Pembayaran.
5.3. Jika satu atau beberapa peruntukan dalam Terma dan Syarat ini diisytiharkan tidak sah, bercanggah dengan undang-undang atau tidak dapat dikuatkuasakan mengikut peraturan, maka satu atau beberapa peruntukan tersebut tidak akan menjejaskan, membatalkan atau menyingkirkan mana-mana peruntukan lain dalam Terma dan Syarat ini.
5.4. Traveloka berhak untuk mengubah atau mengemas kini Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa. Sila baca dengan teliti dan sentiasa semak halaman Terma dan Syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan. Jika Anda terus menggunakan kaedah Bayar Menjelang Tarikh Penginapan selepas perubahan dibuat, maka Anda dianggap bersetuju untuk menerima semua perubahan dalam Terma dan Syarat ini.