Prosesnya agak cepat, keputusan keluar 30 minit selepas ujian. Apa yang perlu diberi perhatian ialah pelanggan perlu membawa salinan fotostat satu kad pengenalan. Kalau tak bawa, kena buat salinan sendiri di kantin hospital yang terpaksa beratur dengan pembeli makanan. Mungkin jika pihak hospital menyediakan pencetak pelbagai fungsi ia akan sangat berguna untuk pelanggan.