Keadaan kenderaan baik dan pemandunya juga tidak mengapa. Malangnya tiada kepastian masa berlepas atau berapa lama menunggu. Sampai di Lapangan Terbang Juanda, kami terpaksa menunggu pemandu dan kenderaan sampai lebih kurang 1 jam, selepas itu, menurut pemandu, kami terpaksa menunggu 2-3 orang lagi baru boleh bertolak (dan masa berlepas tidak dapat dipastikan). Kalau nak terus (kami berdua) kena tambah yuran 200 ribu. Akhirnya kami membayar yuran tambahan daripada menunggu tanpa kepastian pukul berapa kami bertolak ke Malang