Lokasinya sangat strategik berhampiran Stesen Tennoji di mana stesen itu menghubungkan ke semua tempat strategik di Osaka termasuk Kyoto dan Nara. Bilik yang luas, bilik mandi dan tandas yang berasingan. Satu-satunya kelemahan ialah apabila tiba musim luruh penghawa dingin tidak berfungsi jadi walaupun cuaca di luar sejuk tetapi di dalam bilik panas, kami sukar tidur nyenyak kerana panas dan peluh. Mungkin perlu ada pengudaraan supaya udara di dalam bilik lebih sejuk.