7.6
Baik
Daripada 16 ulasan
Disediakan oleh pengembara di
Kebersihan

8.1

Keselesaan Bilik

7.5

Makanan

8.0

Lokasi

8.5

Perkhidmatan dan Kemudahan

7.6

Isih mengikut
Paling Terkini
Format
Dengan Teks
Pilihan
Semua Rating, Bahasa Aplikasi Semasa, Semua

Ulasan Pelancong Lumut Valley Condominium

Bilangan ulasan setiap halaman
20
40
Ulasan pelanggan
Shafiqah S.
icon-Percutian Keluarga
Percutian Keluarga
icon-origin-TRAVELOKA
6.2
/10
Diulas 285 minggu yang lalu
Bilik cantik, selesa, seaview pon lawa. Tapi sayang sangat lif ada dua ja, satu lif pelawat satu lif bomba. Lif bomba pula rosak, jadi semua orang yg stay situ terpaksa gunakan satu lif yang amatlah lambat dan buat hal setiap kali nak guna. Kami semua terpaksa tunggu lebih daripada 15-30 minit semata-mata untuk naik lif sampaikan keluarga saya memilih untuk menggunakan tangga turun naik dari tingkat 10 ke parking. Parking pula sunyi dan gelap tiada lampu. Kolam renang pula tidak dieselenggara dan tiada orang bersihkan, air kotor dan berlumut. Pengurusan di sini diuruskan oleh banyak pihak, Lumut Valley Resort Condominium, Super Clean dan lain-lain. Sila pastikan anda book bilik dengan pihak mana sebelum sampai di sana atau sebaik saja ID Booking diberikan kerana pejabat Super Clean tidak beroperasi disitu. Akhir sekali, saya nasihatkan anda untuk tidak memilih condominium ini untuk mengelakkan masalah seperti ini berlaku.
Read More
1 orang mendapati ini membantu
Noor F. M.
icon-origin-TRAVELOKA
5.9
/10
Diulas 298 minggu yang lalu
Semasa check in ada konflik kerana kondominium itu diuruskan oleh 3 syarikat. Oleh itu, 1 orang resepsi suruh kami pergi cek dengan syarikat yang bersih bersih di luar dari bangunan. Masalahnya datang dari agen yang salah menangani syarikat itu dan menyusahkan pelanggan. Bangunan dan kemudahan yang sangat lama dan usang, angkat dan perkhidmatan rosak dan tak, suasana sgt seram, syarikat tidak menyediakan tilam dan bantal tambahan, tuala tak cukup hanya untuk 3 orang, periuk nasi juga tidak disediakan jauh berbeza dengan kondominium yang pernah kami sewa di mana2 pusat peranginan di cameron. Harga tidak sepadan dengan kemudahan yang disediakan. Sangat buruk dan tidak mengesyorkan untuk orang lain yang lebih baik anda menginap di hotel bajet la.
Read More
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Muhamad F.
icon-Percutian Keluarga
Percutian Keluarga
icon-origin-TRAVELOKA
6.0
/10
Diulas 308 minggu yang lalu
sudah dibayar dan menerima resit. tetapi penyambut tetamu menyebut bahawa mereka tidak mendapat sebarang bayaran. apa yang jahat. mereka juga marah kerana ini. fuck the system.
Translated by Google Icon
Lihat asal
2 orang mendapati ini membantu
azza a.
icon-origin-TRAVELOKA
6.0
/10
Diulas 332 minggu yang lalu
Suasana di sekitar amat menyeramkan, sunyi dan tidak berlampu di kawasan parkir kereta Butang lif tidak boleh ditekan dari luar. Lantai rumah berhabuk teruk dan terpaksa dibersihkan dahulu sebelum menginap. Sliding door tidak boleh dikunci tidak selamat bagi keluarga yang mempunyai anak kecil. Peralatan mandian tidak disediakan dengan lengkap. Di bilik tidur paling kecil hanya ada kipas dinding sahaja bukan kipas syiling. Lantai parket di dalam bilik tercabut dan melekit. Bilik air di dalam bilik berbau busuk. Kolam renang tidak boleh digunakan dan sudah lama ditinggalkan tanpa pembersihan tetapi di dalam iklan kolam masih cantik dan boleh digunakan.
Read More
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Noranaliza B. A.
icon-origin-TRAVELOKA
8.5
/10
Diulas 375 minggu yang lalu
Apartment selesa dan besar, cuma suasana keliling agak sunyi sedikit perlu perubahan menarik suasana.
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Bilangan ulasan setiap halaman
20
40

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved