Bilik-bilik agak kecil dan jarak dari penginapan ke stesen kereta api adalah 10-12 minit berjalan kaki. Kemudahan yang lengkap, tidak perlu membawa apa-apa lagi kerana semuanya disediakan di dalam bilik. Pelayanannya sangat baik, kakitangannya ramah dan membantu, lebih-lebih lagi apabila mendapat tahu kami orang Islam yang tidak makan daging babi, mereka segera menyediakan makanan istimewa untuk sarapan pagi supaya kami dapat makan dengan selesa tanpa risau ia mengandungi daging babi. Dobi dengan syiling terletak kira-kira 5 minit berjalan kaki dari hotel.