Perkhidmatan kakitangan adalah mesra dan membantu. Lokasi strategik, depan hotel ada 7-Eleven, money changer, bus stop, dekat pusat kulinari malam, dekat restoran durian. Ke Bukit Bintang, hanya 10 minit berjalan kaki berhampiran Stesen Pudu. Terlupa nak ambil gambar bilik.. tapi bagus, bersih, selesa, katil king muat 4 orang (2 dewasa dan 2 kanak-kanak kecil) + sofa panjang boleh tidur orang dewasa. Saya mendapat bilik di tingkat 11, pemandangannya ok dan sejuk. Terima kasih atas perkhidmatan yang sempurna sepanjang kami menginap di Swiss Garden Hotel dari 12-15 November 2025.