Sangat tak puas hati! Ruang bilik yang sempit. Tiada ruang untuk solat. Bilik panas. Air sangat perlahan. Flush tandas kena refill sendiri air 😠 First time check in hotel hanya dpt seketul sabun may yang kecik sedangkan book bilik family. Walaupun memang bawa sendiri, tapi first time jumpa hotel sedemikian. Cadar kotor, bertompok kuning sana sini, bantal nipis, sangat tidak selesa untuk tidur. Tiada lif, dapat bilik tingkat 2 dan sangat tidak sesuai jika anda bercuti membawa ibu dan ayah anda. Jika hanya untuk tidur sahaja tanpa kemana mana mungkin sesuai. Bila malam kedua dapat pula jiran sebelah bilik yang bersuka ria pukul 2 ke 3 pagi time orang lena diulit mimpi. Sampai kena tinggikan suara suruh diam baru faham bahasa nak diam. Harap manusia macam tu pupus sahaja dari muka bumi ni, menyusahkan orang lain untuk berehat. Secara kesimpulannya, baiklah anda pilih hotel yang lebih sesuai untuk bercuti sekiranya berada di cameron highland. Sangat tidak direkomenkan untuk anda tidur di hotel ini.