Buat plan mengejut untuk staycation masa raya 2025 ni.. sebab kebanyakan hotel 4-5 bintang penuh, so kami dapat hotel ni, selebihnya premium dan standard.. tengok saiz bilik kami pilih yang premium. Sebab memilih ini juga kerana kemudahan kolam renang kanak-kanak yang menarik.
Mungkin sebab masa tu hotel penuh, kami dapat bilik paling belakang, dari segi view biliknya bagus, sebab menghadap langsung ke taman yang cantik.
Tapi, ini yang agaknya perlu dibaiki.. biliknya berbau hanyir ☹️ Saya pun sampai beli asid karbolik sendiri dan tuala kecil untuk bersihkan bilik dan bersihkan sendiri. Tapi masih bau hanyir 😕 Mungkin boleh beli mop/cleaner baru... sebab bila tengok, mop yang saya guna tu kotor sangat 🙏