Harga bilik yang ditawarkan oleh Traveloka adalah berpatutan (RM 250.00) kerana saya menginap pada hari Ahad.
Kakitangan hotel sangat ramah dan membantu. Ruang parking hotel yang banyak dan mudah diakses. Bilik tidak luas tetapi sangat selesa dan bersih. Terdapat ruang untuk solat, katil bersaiz king dan bilik mandi yang selesa.
Untuk sarapan pagi, ruang kafe agak kecil dan tidak mempunyai pilihan makanan, tetapi makanan yang disediakan sangat lazat. Saya memilih hotel ini kerana berdekatan dengan Putrajaya IOI Mall (5 minit).