Malam pertama kami menginap, AC di dalam bilik tidak cukup sejuk & sarapan pagi tidak enak. Hari kedua dah dapat bilik AC tak sejuk lagi sampai pukul 1pm, kena check bilik kosong beberapa kali untuk pindah bilik tapi sama macam AC tak sejuk sampai check bilik ke 5 barulah. Saya mendapat AC yang baik (tidak terlalu sejuk). Hotel ini sangat-sangat mengecewakan saya, yang telah bekerja sepanjang hari dan ingin berehat dengan selesa pada waktu malam tetapi terganggu dengan keadaan AC bilik yang kebanyakannya tidak sejuk, sama ada penyelenggaraan kurang atau ia benar-benar mengurangkan kos operasi. Sila beri perhatian sekali lagi untuk keselesaan. Terima kasih.