Check-in malam, penat seharian dengan banyak aktiviti, kena juga deposit walaupun polisi awal tak kata ada deposit, rupa-rupanya bilik yang diberi ada orang di dalamnya, jantung saya rasa macam nak berhenti, nasib baik penghuni bilik tu tak marah cuma terkedu dan terkejut bila diberi.kena tukar bilik lagi dan hotel takde lif, harga murah tapi tak apa, sayang bell boy malam-malam pun merangkap sebagai receptionist, tolong perbaiki pengurusan, sayang hotel tu sunyi, ramai orang cari makan kat situ, ceriakan. perbaiki diri ya.