Rumah selesa, dalaman elok, bilik elok, semua ada AC, walaupun kalau semua 3 pasang, elektrik akan terpadam, jadi tak boleh hidupkan kesemua 3 pada masa yang sama dan katil semua plastik, jadi bila tidur ada bunyi kresek. Cuma kebersihan perlu perhatian, masuk banyak semut jadi beli baygon untuk sembur semut tapi tak sangka bila buka almari dapur lipas semua keluar sehinggakan peralatan memasak dan dari laci kutleri keluar lipas merata-rata. mengejar lipas dan anak-anaknya, malu kerana tempat itu memang selesa cuma tidak dibersihkan dengan sempurna. Ini adalah input kami supaya di masa akan datang, bila kami ke sana lagi, memang betul-betul okay. Terima kasih