Alhamdulilah, hanya transit sementara dan itulah harga penginapan berhampiran airport, saya rasa kemudahan yang disediakan cukup memuaskan. tilam bersih, bilik air bersih, AC sejuk, air mineral percuma pun ada. Maaf, mungkin sekadar cadangan agar sampah yang berlonggok di tong sampah lobi boleh segera diketepikan kerana bila masuk bilik dari luar hotel boleh terhidu baunya (masa tu mee pedas) heheh dan tisu tandas telah habis dan tidak diisi semula. Jika bajet mengizinkan, tisu boleh disediakan di dalam bilik. Terima kasih sis, sangat disyorkan untuk pelancong yang memerlukan tempat transit sementara. sukses selalu sis 😊