Sudah order dan minta di tingkat 1 atau 2 tetapi diberikan di tingkat 3. Cadar kotor, TV ada tapi tak boleh dihidupkan kerana tiada digital server, sinki bilik air bocor, pancuran mandian. air pun kecik, tak ada paip tambahan kalau nak ambik wuduk, aircond tak boleh hayun sebab rosak, servis kurang. Yang bagusnya ialah lokasinya di tengah-tengah bandar jadi anda ingin pergi ke mana-mana berhampiran lapangan terbang, pusat membeli-belah, stesen, dan sebagainya.