Memang berbaloi dengan harga yang kami dapat, bilik bersih dan bilik air ada air panas. Ini sebenarnya bilik asrama yang dinaik taraf, tetapi setakat ini ia berbaloi dengan harganya. Cadangan, mungkin almari perlu ditanggalkan supaya lebih luas, dan digantikan dengan rak dinding dengan pemanas air supaya kita boleh membuat kopi dan teh hehehe. Oh ye, staff dia peramah, terima kasih kak hehehee. Oh yeah, lokasi bergantung, sebab dekat dengan destinasi kami so memang okay