Lawati laman web Vietjet Air untuk mendapatkan e-baucar anda.
Setelah tiket anda dikeluarkan, pergi ke laman web Vietjet Air (tekan di sini). Kemudian, masukkan kod tempahan anda (PNR) dan nama penumpang untuk mengesahkan PNR dan ujian COVID-19 yang berkaitan.
Terima e-baucar ujian COVID-19 anda.
Setelah penumpang memilih untuk menerima, sistem akan menghantar e-baucar ke e-mel yang didaftarkan dalam PNR dalam masa sejam. Sila periksa peti masuk e-mel anda dan pastikan anda telah menerima e-baucar. E-baucar anda dikeluarkan sekali sahaja.
Tempah ujian COVID-19 anda.
Tempah ujian COVID-19 anda melalui laman web penyelesaian Healthy Vietnam (tekan di sini). Pilih "Tempah ujian untuk penumpang penerbangan". Kemudian, pilih lokasi dan jadual ujian anda. Penumpang dikehendaki menempah jadual ujian COVID-19 sebelum jam 5 petang.
Lakukan ujian
Pergi ke lokasi ujian dan tunjukkan e-baucar anda. Pastikan anda mengikuti prosedur di lokasi ujian.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila periksa Arahan Umum di sini .
Terma dan syarat
Perkhidmatan ujian COVID-19 Vietjet Air hanya tersedia untuk penumpang yang telah membeli tiket penerbangan Vietjet Air.
Penumpang bertanggungjawab mengatur jadual ujian mereka. Vietjet Air dan Traveloka tidak bertanggungjawab sekiranya penumpang gagal mendapat keputusan ujian tepat pada waktunya untuk berlepas.
Perkhidmatan ujian COVID-19 Vietjet Air tidak akan dikembalikan.
Vietjet Air berhak mengubah terma dan syarat tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
Kami mencadangkan anda untuk terus mengetahui keperluan perjalanan terkini oleh pihak berkuasa tempatan dan dalam negeri melalui lapangan terbang keberangkatan dan ketibaan mereka. Harap maklum bahawa Vietjet Air dan Traveloka tidak menjamin penumpang untuk melakukan perjalanan, kerana keputusannya terletak pada pihak berkuasa syarikat penerbangan dan lapangan terbang.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila periksa Terma dan Syarat syarikat penerbangan
di sini
Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia