Lawati tempat yang seakan-akan di dalam filem fantasi di Abbaye du Mont Saint-Michel. Tapak Warisan Dunia yang menakjubkan ini terletak di persisiran pantai berbatu Normandy. Ia merupakan tempat yang perlu anda kunjungi!
Dengan lebih daripada 20 bilik dan menara tinggi, pastinya pelbagai yang menarik dapat diterokai. Anda juga boleh mengikuti lawatan kumpulan berpandu secara percuma – anda hanya perlu bertanya dan anda akan dimasukkan di dalam kumpulan untuk lawatan. Sambil berjalan di kawasan itu, anda berpeluang untuk melihat pukulan ombak yang dinamik. Di akhir lawatan itu anda akan lihat panorama yang cantik, seolah-olah anda seorang raja di sebuah istana Perancis.
Waktu Operasi | 09:30-18:00. |
---|---|
Alamat | Abbaye Du Mont Saint Michel, L'Abbaye, 50170 Le Mont-Saint-Michel, France. |
Kategori | Tarikan |