Waktu yang diluangkan bersama keluarga dan yang tersayang tak pernah sia-sia, lebih-lebih lagi jika anda meluangkan waktu bersama mereka di Amazone. Dibuka pada tahun 2001, Amazone mempunyai banyak permainan untuk semua peringkat umur. Pelbagai permainan yang berlainan genre, ada di sini. Dari permainan lumba, sukan, muzik hinggalah ke permainan menembak. Ini bermaksud, permainan-permainan yang ada sesuai untuk seisi keluarga. Dengan lebih daripada 74 cawangan di seluruh negara itu, Amazone merupakan pusat hiburan keuarga yang terbaik dan dikenali ramai. Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi pusat hiburan ini.