Melancong ke tempat yang baru mencecah intragram seperti melawat Pura Lempuyang, Tirtagangga, Air Terjun Tukad Cepung.
Pura Lempuyang adalah sebuah pura yang terletak di bagian timur pulau Bali, tepatnya di Kabupaten Karangasem. Kuil ini mula diperkatakan secara meluas sekitar tahun 2018, apabila ramai yang menyiarkan foto di media sosial ketika mereka berada di pintu gerbang dengan berlatar belakangkan Gunung Agung yang tersergam indah. Pintu itu diberi jolokan "The Gate Of Heaven" atau pintu syurga.
Tirta Gangga merupakan salah satu tapak bersejarah di Bali dengan pemandangan indah yang memanjakan mata. Tapak ini merupakan warisan budaya yang diasaskan oleh Raja Karangasem pada tahun 1946. Ia sesuai untuk semua tempat bergambar untuk pelancong.
Air Terjun Tukad Cepung merupakan salah satu koleksi wisata air terjun di kawasan Bangli. Lokasinya tersembunyi di Dusun Penida Kelod, Tembuku, Kabupaten Bangli, Bali. Walaupun tersorok dan memerlukan sedikit perjuangan untuk mencapainya, air terjun ini eksotik kerana ia seolah-olah berada di dalam gua.
Alamat | Desa Lempuyang, Seraya Bar., Kec. Karangasem, Kabupaten Karangasem, Bali 80852, Indonesia. |
---|---|
Kemudahan Awam | Restoran,tandas,Kawasan letak kereta. |
Kategori | Lawatan. |