Jika anda gemar berenang di lautan dan suka pukulan ombak, anda pasti suka bermandi-manda di Taman Air Ciputra Surabaya. Ia merupakan salah satu kawasan untuk bermain air yang terbesar di Asia Tenggara. Salah satu tarikan di sini ialah, Syracuse Beach yang mempunyai pukulan ombak yang kecil dan besar yang sama seperti di tengah lautan. Dengan kawasan yang luas, tarikan yang pelbagai serta kemudahan yang menyeronokkan seperti gelongsor yang mendebarkan dan taman permainan, taman air ini pasti menjadi tempat yang sesuai untuk luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.
Waktu Operasi | 13:00-19:00. |
---|---|
Alamat | Ciputra Waterpark Surabaya, Kawasan Waterpark Boulevard Citraland, Made, Sambikerep, Kota SBY, Jawa Timur 60219, Indonesia. |
Kemudahan awam | Tandas,Bilik Persalinan,Restoran,Bilik Sembahyang,Tempat Letak Kenderaan |
Kategori | Tarikan |