Biarkan anak anda meneroka alam untuk mempelajari tentang kehidupan di luar. Di Kebun Wisata Pasirmukti, anda akan pelajari tentang bunga dan buah-buahan di Kebun Anggrek dan Kebun Jeruk, serta tumbuh-tumbuhan herba di Taman Obat Keluarga yang akan memberi anda inspirasi untuk bercucuk tanam. Kebun Wisata Pasirmukti juga menyediakan kolam ikan untuk anak anda bermain pemainan Serok Ikan, dan bengkel untuk pelajari bagaimana melukis "caping". Anda juga akan dapat melihat itik, arnab dan pelbagai lagi untuk anda melihat bagaimana pertanian di bandar. Selepas semua aktiviti yang menyeronokkan ini, anda boleh bersantai dan nikmati hari anda di kemudahan kolam renang. Pakej lengkap untuk percutian sempurna untuk keluarga anda.
Waktu Operasi | 08:00-17:00. |
---|---|
Alamat | Kebun Wisata Pasirmukti, Jl. Raya Tajur No.KM. 4, Pasir Mukti, Citeureup, Bogor, Jawa Barat 16810, Indonesia. |
Kategori | Tarikan |