Anda sedang mencari cara untuk bersuka ria bersama anak anda pada hujung minggu ini? Apa kata anda bawa mereka ke Kidzooona , di mana taman permainan ini menggabungkan unsur pendidikan dan hiburan menjadi satu. Anak-anak anda boleh belajar kemahiran berkomunikasi dan tatasusila sambil bermain bersama rakan sebaya mereka di sini.
Kidzooona menawarkan beberapa permainan untuk kanak-kanak, dari gelongsor yang menarik, pit bola, dan juga kawasan khas seperti Mini City di mana anak anda boleh memainkan beberapa peranan atau Toys Corner, zon yang dipenuhi permainan didik hibur dan banyak lagi. Jangan risau tentang keselamatan anak-anak anda, kerana Kidzoona bukan sahaja tempat yang selamat dan selesa, malah anda juga boleh bermain dengan anak anda dan pantau mereka.
Bagi cawangan Kidzooona yang mempunyai sudut bayi, kemasukkan ke sudut bayi tidak akan dicaj, tetapi anda perlu mengemukakan dokumen untuk mengesahkan umur anak anda (gambar sijil kelahiran). Sudut bayi adalah untuk kanak-kanak berumur bawah 1 tahun.
Cawangan Kidzooona yang mempunyai sudut bayi:
- Kidzooona AEON Mall Jakarta Garden City
- Kidzooona Tunjungan Plaza 6
- Kidzooona Lippo Mall kemang
- Kidzooona Hartono Mall
- Kidzooona Palembang Icon
- Kidzooona Baywalk
- Kidzooona Ciputra World Surabaya
- Kidzooona Big Mal Samarinda
- Kidzooona Duta Mall
- Kidzooona Qmall
- Kidzooona Paris Van Java