Bawa keluarga dan rakan-rakan anda untuk percutian mengujakan di World of Water Jambi! Terletak di tanah seluas 7 hektar, anda pasti sukakan taman air terbesar di bandar ini yang lengkap dengan pelbagai permainan dan kemudahan seperti Toba Pool/Terrific Semi-Olympic, Batanghari Lazy River, Linow Watercastle Kiddy Pool, Masurai Tower, D’Palm Resto, Maldives Island dan Cabana.
Taman air ini dikelilingi pokok-pokok hijau yang memberikan atmosfera semulajadi yang cukup menenangkan. Dengan bayaran kemasukan yang berpatutan, akses mudah dan kawasan yang luas, World of Water pastinya satu destinasi percutian yang berbaloi dilawati!
World of Water Jambi, menjanjikan masa yang menakjubkan bersama keluarga anda!
Nikmati masa berharga bersama keluarga di tengah-tengah kawasan yang hijau
Biarkan anak-anak bergembira!
Pengunjung dinasihatkan untuk membawa pakaian renang, pakaian ganti, dan ubatan peribadi
Waktu Operasi | 09:00-18:00. |
---|---|
Alamat | Citraraya City, Mendalo Darat, Jambi Luar Kota, Jambi City, Jambi, Indonesia. |
Kemudahan awam | Tempat menukar pakaian,tandas,Infirmary,Restoran,bilik solat,Kawasan letak kereta,Wifi |
Kategori | Tarikan |