Cari

destinationDescriptionTitle

George Town ialah ibu negeri Pulau Pinang, Malaysia. bandar ini dikenali sebagai bandar yang penuh dengan sejarah dan budaya. Tak hairanlah, sebab di George Town terdapat kawasan tapak warisan dunia UNESCO yang telah diiktiraf sejak tahun 2008. Terletak di pantai barat laut Pulau Pinang, bandar ini digelar sebagai bandar metropolitan daerah Pulau Pinang. Jika Anda ke George Town, Anda akan dapati keunikan bandar ini dengan kepelbagaian budaya yang tebal dan menawan. Selain melihat seni bina yang istimewa dan unik, Anda juga akan mengenali pelbagai budaya dan melihat sejarah dahulu yang wujud di sini.

George Town, bandar Warisan Sejarah dan Budaya

Apabila Anda melawat ke George Town, Anda akan mendapati banyak seni bina bandar yang menarik. Kebanyakan bangunan ini adalah bangunan warisan kolonial dengan seni bina yang tersergam indah dan istimewa. Dengan warisan masa lalu ini, George Town menyajikan sejarah yang kaya. Dengan cara itu, Anda akan mendapat pengalaman baharu yang berkesan serta mendapat maklumat baharu tentang sejarah bandar tersebut.

Bukan itu sahaja, George Town pun mempunyai persekitaran yang harmoni antara pelbagai golongan. Di sana Anda akan melihat pelbagai tempat ibadat bersebelahan antara satu sama lain, contohnya masjid, gereja, dan kuil. Kepelbagaian ini adalah ciri George Town. Boleh dikatakan George Town adalah sebuah bandar tempat berkumpulnya orang yang berbeza iaitu tempat di mana pelbagai agama, etnik dan adat bersatu. Perbezaan harmoni ini menghasilkan mozek budaya yang unik dan istimewa.

George Town - Kawasan Warisan Dunia UNESCO 

Ibu negara Pulau Pinang mendapat perhatian khusus di mata dunia sebab ia merupakan bandar yang kaya dan mampan dalam sejarah dan budayanya. Tidak hairanlah jika bandar ini telah menjadi bandar yang diiktiraf oleh UNESCO sejak 2008 sebagai sebahagian daripada Kawasan Disahkan Warisan Dunia. bandar George Town memainkan peranan penting dalam pemeliharaan warisan budaya dan sejarah. Kepelbagaian budaya dan warisan sejarah yang unik dan monumental dihasilkan dari pelabuhan perdagangan yang menghubungkan Timur dan Barat. Pelbagai agama dan tradisi turut hidup berdampingan dan harmoni di kota ini.

Beberapa bangunan bersejarah dan budaya di kawasan Warisan Dunia UNESCO adalah seperti berikut.

1. Fort Cornwallis

Tempat ini merupakan kubu bersejarah di George Town. Kubu penjajah British ini dibina pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light. Kubu ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 7 malam.

2. Kuil Sri Maha Mariamman

Kuil ini merupakan kuil Hindu tertua di Malaysia.

3. Gereja St. George

Gereja ini adalah gereja Anglikan tertua di Malaysia dengan seni bina klasik Inggeris yang menawan.

4. Masjid Kapitan Keling

Masjid ini menjadi salah satu tempat bersejarah seterusnya di George Town yang dibina oleh Kapten Keling, seorang saudagar India Muslim.

5. Rumah Air Peranakan

Rumah ini merupakan peninggalan sejarah dengan seni bina yang unik dan tebal antara perpaduan budaya Cina dan Melayu. Biasanya berwarna cerah dengan perhiasan tradisional Peranakan.

Alamat: 159, Chulia St, Georgetown, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

Melawat Bukit Bendera dengan Kereta Kabel

Untuk melihat pemandangan dan merasai kesejukan tanah tinggi di kawasan George Town, Anda boleh berkunjung ke Bukit Bendera atau Penang Hill. Bukit yang mempunyai ketinggian 821 meter dari aras laut itu boleh  Anda akses menggunakan keretapi kabel atau Penang Hill Railway. Dari ketinggian di sini, Anda akan melihat pemandangan indah bandaraya George Town, Selat Melaka, dan kawasan sekitarnya. Untuk sampai ke puncak Bukit Pulau Pinang, masa yang diperlukan untuk menaiki Keretapi Bukit Pulau Pinang adalah sekitar 30 minit. Bagi Anda yang ingin melawat Penang Hill, Anda boleh membayar yuran Keretapi Bukit Pulau Pinang sebanyak RM 30.

Alamat: Jalan Bukit Bendera, 11500 Bukit Bendera, Pulau Pinang, Malaysia

Lihat Budaya dan Sejarah di Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang

Jika Anda ingin melihat tinggalan sejarah yang menggambarkan kehidupan masyarakat Peranakan di Pulau Pinang, Anda boleh mengunjungi Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang. Bangunan purba ini adalah rumah Kapitan Chung Keng Kwee pada masa lalu. Di sini, Anda akan melihat lebih daripada 1,000 barangan antik dan koleksi terbaik barang kemas Baba Nyonya. Anda pun akan melihat zaman purba dan keunikan barangan warisan yang kaya dengan budaya, perpaduan antara China, Malaysia, India, dan Victoria.

Alamat: 29, Church St, Georgetown, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

Lihat bandar di The Rainbow Skywalk

The Rainbow Skywalk adalah sebahagian daripada kompleks The Top Penang yang menawarkan pelbagai hiburan dan tarikan. Tempat ini ialah jambatan kaca melengkung yang direka daripada kaca lutsinar. Jika Anda berkunjung ke sini, Anda akan melihat pemandangan George Town dari ketinggian. Pemasangan lampu LED juga mencipta pemandangan yang lebih cantik pada waktu malam. Di kawasan kompleks The Top Penang juga terdapat restoran, kafe, dan pelbagai kemudahan hiburan lain.

Alamat: 1, Jln Pulau Pinang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

Merasai Masakan Sedap di George Town

1. Asam Laksa Pulau Pinang – Masakan Istimewa dan Sedap

Asam laksa adalah makanan khas Malaysia. Apabila Anda ke George Town, Anda boleh mencuba Asam Laksa Pulau Pinang yang lazat dan menyelerakan. Sebagai makanan istimewa, asam laksa penang sangat pekat dengan rempah ratus sehingga rasanya lebih enak. Sos laksa juga diperbuat daripada santan dan cili merah. Terdapat beberapa bahan di dalamnya, seperti udang, telur rebus, mee pekat, ayam, tauge, dan bahan pelengkap lain.

2. Gurney Drive Hawkar Centre – Tempat Masakan Tepi Laut

 Salah satu tempat kulinari paling popular di George Town ialah Pusat Penjaja Gurney Drive. Gurney Drive Hawkar Centre menyediakan pelbagai pilihan snek yang boleh Anda rasa untuk mengisi perut Anda yang lapar. Menariknya, tempat ini terletak di pinggir pantai tidak jauh dari pusat bandar. Makanan istimewa yang lazat disajikan dari banyak gerai makanan di sini, seperti asam laksa penang, char kway teow, makanan laut, mee goreng, nasi kAndar, dan lain-lain. Sekadar dimaklumkan, kebanyakan gerai makan di Pusat Penjaja Gurney Drive dibuka pada sebelah petang hingga lewat malam. Suasana malam masih sesak, ditemani lampu warna warni.

Alamat: 172, Solok Gurney 1, Pulau Tikus, 10250 Jelutong, Pulau Pinang, Malaysia

Membeli-belah Cenderamata dan Kraftangan di Pulau Pinang

Sebagai tempat yang penuh dengan sejarah dan kekayaan budaya, jangan ketinggalan untuk membeli cenderamata apabila Anda ke George Town.

1. Gurney Plaza – Tempat Membeli-belah Terkenal di George Town

Gurney Plaza merupakan antara pusat membeli-belah terbesar yang terkenal dan menjadi destinasi membeli-belah bagi warga tempatan dan luar negara. Selain membeli barangan berjenama, Anda juga boleh membeli barangan istimewa Malaysia di sini. Selain itu, tempat ini juga terkenal sebagai pusat membeli barangan elektronik di Pulau Pinang.

Alamat: 170, Gurney Dr, Pulau Tikus, 10250 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

2. Pasar Campbell Street – Pasar Tradisional di George Town

Selain Plaza Gurney, Anda pun boleh mengunjungi Pasar Campbell Street. Pasar Campbell Street ialah pasar tradisional dengan bangunan tipikal gaya Victorian British. Di sana, Anda akan mendapat cenderahati berupa kraftangan atau barangan antik khas Pulau Pinang. Terdapat juga pastri, produk makanan tempatan, dan cenderahati tempatan yang lain. Barang selain dari tu pun ada, contohnya baju. Kalau nak shopping di Campbell Street Market, boleh datang sebelum jam 12 tengahari sahaja. 

Alamat: 4, Lebuh Campbell, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

Lawatan Anda ke George Town akan menjadi pengalaman yang menyenangkan dan tak dapat dilupakan. Anda akan dapati keindahan kota multikultural, temui banyak bangunan asli yang menjadi peninggalan sejarah, mendapat pelbagai seni bina yang penuh dengan budaya, dan pemandangan alam yang tidak kurang cantiknya. Dengan cara itu, Anda akan berjalan-jalan dan belajar tentang budaya dan sejarah George Town.


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka